Altitud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Altitud ialah ketinggian sesuatu objek dari permukaan dasar, biasanya aras laut. Dalam geografi, sekiranya dasar ialah aras laut, istilah aras tinggi atau dongakan lebih lazim digunakan.

Dalam penerbangan, terdapat beberapa istilah altitud yang digunakan:

  • Altitud tertunjuk – bacaan altimeter
  • Altitud mutlak – altitud daripada segi jarak atas bumi di bawah (altitud AGL)
  • Altitud benar – altitud daripada segi aras tinggi di atas aras laut
  • Tinggi – altitud daripada segi jarak di atas titik tertentu
  • Altitud tekanantekanan udara daripada segi altitud mengikut Piawai Antarabangsa Atmosfera
  • Altitud ketumpatan – ketumpatan udara daripada segi altitud mengikut Piawai Antarabangsa Atmosfera

Tekanan atmosfera berkurangan dengan altitud. Kawasan melebihi 2,400 meter (8,000 ka) di atas aras laut sering digelar kawasan altitud tinggi.[1][2] Disebabkan tekanan yang rendah, udara panas yang naik akan mengembang, menyebabkannya menjadi sejuk.[3][4] Maka, udara altitud tinggi ialah sejuk, satu ciri iklim alp.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Webster's New World Medical Dictionary. Wiley. 2008. ISBN 978-0-470-18928-3. 
  2. "An Altitude Tutorial". International Society for Mountain Medicine. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Diperolehi pada 2011-06-22. 
  3. Mark Zachary Jacobson (2005). Fundamentals of Atmospheric Modelling (edisi ke-ke-2). Cambridge University Press. ISBN 0-521-83970-X. 
  4. C. Donald Ahrens (2006). Meteorology Today (edisi ke-ke-8). Brooks/Cole Publishing. ISBN 0-495-01162-2. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]