Amal Hijazi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amal Hijazi
أمل حجازى

Amal Hijazi mempromosikan albumnya, Zaman pada pertengahan tahun 2002
Latar belakang
Lahir 20 Februari 1973 (umur 39)
Asal Bendera Lubnan Beirut, Lubnan
Genre Muzik Arab
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2000 — sekarang
Label Dilara Master(2000—2001), Music is My Life (2002—2003), Rotana (2004—kini)
Laman web Official Amal Hijazi FanClub

Amal Hijazi atau Amal Higazi (Arab:أمل حجازى) (lahir pada 20 Februari 1977) ialah penyanyi, model, dan ikon pop Lubnan yang popular di seluruh dunia Arab. Kejayaannya yang utama bermula dengan penerbitan Zaman (Masa Lalu), albumnya yang kedua yang menjadi kegemparan blokbuster. Hijazi terkenal kerana daya cipta video muziknya yang tinggi serta juga kerana suara dan gaya menyanyi yang tersendiri.

Hijazi telah dibandingkan dengan berbagai-bagai penyanyi Lubnan yang termasyhur seperti Nancy Ajram, Haifa Wehbe, Nawal Al Zoghbi, dan Elissa.[1] Bagaimanapun, beliau enggan dibandingkan dengan mereka dan berkata bahawa beliau tidak bergantung kepada rupa dan gaya yang menggoda untuk mencapai kepopularan, tetapi sebaliknya hanya menumpukan perasaan untuk menyampaikan pesanan kepada penonton. Beliau menambah bahawa tidak sekali pun pada sepanjang kerjaya penyanyiannya bahawa beliau berasa terpaksa akan keperluan untuk membuat video muzik yang menggoda demi mencapai kepopularan dan hanya bergantung kepada bakat sendiri dan hormat kendiri untuk bernyanyi.[2]

Kini merupakan salah satu penyanyi Lubnan yang paling aktif, Hijazi telah memberi persembahan dalam sebilangan konsert di seluruh dunia serta juga membuat kemunculan TV yang tidak berbilang. Beliau juga terkenal kerana sokongannya kepada berbagai-bagai projek amal, selain daripada merupakan duta jenama Panasonic yang terkenal.

Hijazi kini memiliki empat buah album blokbuster dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang di banyak negara Arab, selain daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

[sunting] Rujukan

  1. "Amal Hijazi has nothing to conceal", Albawaba, 10-07-2005
  2. "Amal Hijazi: I refuse to be compared to Alissa, Nancy Ajram and Haifa Wahbi, and use my sexuality to gain fame", 06-09-2003

[sunting] Pautan luar



Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain