Amaluddin Darus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amaluddin Darus

Ustaz Amaluddin Darus merupakan ahli politik PAS dan banyak menulis rencana dan buku berkaitan dengan politik semasa pada zamannya. Beliau antara pemimpin PAS yang rapat dengan Dato Mohamad Asri Muda. Beliau antara pemimpin awal parti PAS dan pernah dilantik menjadi Senator di Dewan Negara.

Beliau seangkatan dengan Ahmad Fuad, Dr. Boerhanuddin Al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad, Yusof Rawa,dan Abu Bakar Hamzah.

Mengembangkan PAS di Kelantan[sunting | sunting sumber]

Amaludin Darus berusaha mengembangkan PAS di Kelantan sejak 1953 dengan pergi ke sana terutama di Pasir Mas. PAS ditubuhkan di Pasir Mas pada 23 Julai 1953 hasil usaha Amaluddin Darus, Omar bin Yusuf, Ustaz Badullah Ahmad , Ahmad bin Yatim dan Mohd Noor bin Senik. Amaluddin Darus menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan Terengganu.

PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 di Kelantan tapi kesemuannya kalah.Beliau tidak pula bertanding. Hanya Tuan Haji Ahmad Hussin menang di Kerian,Perak dan seorang guru pondok di Pokok Sena, Seberang Prai.

Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 pada Ogos 1959, PAS akhirnya menang 28 dari 30 kerusi negeri Kelantan.Profesor Zulkifli Muhammad selaku Timbalan Yang DiPertua PAS Pusat dan calon luar, menang di Bachok.

Kebangkitan PAS di Kelantan berkait dengan semangat menentang penjajahan British sebelumnya. Antaranya ialah perjuangan Tok Janggut. API diharamkan oleh British dan ramai pemimpinnya ditangkap.PAS ditubuhkan di Kelantan pada 1951 dan kembalinya Mohamad Asri dari Maahad Ehya Al-Syariff ke Kelantan,meningkatkan lagi semangat mereka.

Meninggalkan PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggalkan PAS pada 1977 selepas PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu ,Tun Hussein Onn. Hal itu itu diceritakannya dalam buku 'Kenapa saya tinggalkan PAS'. Pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kerajaan pusat terlebih dahulu. Pilihan raya kecil Kelantan pada Mac 1978 menyaksikan PAS hanya menang di Kemumin dan Manek Urai. Turut keluar dari PAS ialash Ustaz Abu Bakar Hamzah dari Perlis.


Dajjal[sunting | sunting sumber]

Dalam bukunya, beliau berpendapat Dajjal ialah kuasa-kuasa besar dunia, iaitu Rusia dan Amerika pada waktu itu.[1]

Hasil Tulisan[sunting | sunting sumber]

  • Kenapa saya tinggalkan PAS (1977)
  • Yakjuj dan Makjuj bertarung di Malaysia: bagaimana mengatasinya (1977)
  • Lintasan politik Malaysia (1978)
  • Manusia di langit dan manusia di bumi (1979)
  • Satu cabaran (1979)
  • Mahu ke mana kita (1979)
  • Di balik tabir (1979)
  • Kembali ke masjid (1979)
  • Menjelang Isa turun ke bumi (1979)
  • Adakah Imam Mahdi telah muncul?: peristiwa di Masjidil haram (1979)
  • Alim tetapi jahil (1980)
  • Alim tetapi jahil, satu komentar terhadap tulisan Syeikh Mahmud Shaltut (1980)
  • Impian Yahudi menjelang ajalnya (1981)
  • Wasiat Zulkiflee Muhammad (pada tanggal 6 Mei 1964) (1981)
  • Wasiat Zulkiflee Muhammad (1981)
  • Keruntuhan Arab dan kebangkitan Islam (1983)
  • Pintu langit mula dibuka (1984)
  • Al-Quran dan manusia di bumi (1984)
  • Kassim, murtad atau muallaf: sanggahan terhadap Kassim dan bukunya (1986)
  • Serbasalah Melayu di Malaysia (1988)
  • Demokrasi dan diktator: sepanjang sejarah Malaysia (1988)

Rujukan[sunting | sunting sumber]