Aman Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aman Palestin
Logo rasmi Aman Palestin
Penubuhan
AsalMalaysia
Identiti
Orang pentingAbdullah Zaik bin Abdul Rahman (Presiden)
Kawasan berkhidmatMalaysia
FokusDerma
Matlamat1. Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini. 2. Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.
Laman sesawangwww.amanpalestin.net
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Aman Palestin Berhad ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Lubnan dan Syria dalam bentuk projek-projek amal hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.[1][2]

Ia mempunyai pertalian dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan konservatif Islamis melalui beberapa orang utamanya: Abdullah Zaik Abdul Rahman bekas presiden ISMA memangku kerusi pengarah eksekutif Aman Palestin serta presidennya sehingga 2008 manakala penasihatnya Zainur Rashid adalah naib presiden ISMA.[2][3]

Sejarah pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama Aman Palestin Berhad sebagai sebuah syarikat tidak berkeuntungan bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
  • Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.
  • Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara.
  • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO.
  • Merancang aktiviti secara bersepadu.
  • Menganjurkan siri-siri forum perbincangan.
  • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  • Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka.[4]
  • Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan.
  • Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.
  • Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.
  • Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin.
  • Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
  • Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha.
  • Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya.
  • Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.
  • Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.

Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Pusat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg serta Projek Pakaian Musim Sejuk.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Salahguna dan seleweng duit tabung[sunting | sunting sumber]

Pada 23 November 2023, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan operasi penggeledahan ibupejabatnya di Bangi, Selangor berikutan siasatan penyalahgunaan wang sumbangan ramai dijalankan sejak 17 Oktober yang melibatkan aset sebanyak RM15,868,762.00 dalam 41 akaun bank milik langsung serta tidak langsung Aman Palestin Berhad bahkan juga dakwaan penyelewengan dana dalam badan tersebut sebanyak RM70 juta.[3][5][6][2] Penggeledahan ini turut menemukan aset termasuk 4 ketul jongkong emas gred 999.9 seberat 1 kilogram setiap jongkong.[7][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Profil Aman Palestin. Capaian 5 Disember 2012.
  2. ^ a b c d Kasinathan, Shathana (23 November 2023). "MACC freezes Aman Palestin's accounts, raids premises amid RM70m misappropriation probe". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2023.
  3. ^ a b "Akaun Aman Palestin beku, didakwa salah guna derma lebih RM15 juta". Malaysiakini. 2023-11-23. Dicapai pada 2023-11-27.
  4. ^ utusan malaysia
  5. ^ Azib Zikry (November 23, 2023). "SPRM beku akaun NGO kutip derma Palestin, siasat penyelewengan dana RM70 juta". Astro Awani. Dicapai pada 2023-11-27.
  6. ^ Camoens, Austin (23 Nov 2023). "Aman Palestin graft probe: MACC freezes RM15.86mil in 41 bank accounts". The Star (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Mazwin Nik Anis (26 Nov 2023). "MACC seize four gold bars in Aman Palestin raid, says sources". The Star (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]