Amanah Ikhtiar Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan.

Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen di Bangladesh. Kejayaan bank ini mendorong penubuhan Projek Ikhtiar oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim dari USM pada 1986, yang akhirnya berkembang menjadi AIM.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]