Amanda Imani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amanda Imani
Kelahiran
Amanda Imani binti Iskandar

(1991-12-30) 30 Disember 1991 (umur 32)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sains Psikologi dan Komunikasi
Pusat pendidikanUniversiti Iowa
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • komposer
  • penulis lirik
Tahun aktif2008–2015
Kampung asalKuantan, Pahang, Malaysia
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Amanda Imani Productions
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.amanda-imani.com

Amanda Imani Iskandar (lahir 30 Disember 1991) ialah seorang bekas penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan lagu-lagu terkenalnya seperti "Selamilah Cinta" dan "Fobia Cinta". Amanda juga telah menerima pelbagai anugerah dalam kerjaya muziknya.[3][4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Amanda mula menunjukkan minat terhadap muzik seawal usia 5 tahun dan amat meminati lagu rakyat "Jong Jong Inai". Pada usia 17 tahun, Amanda mula bergiat aktif secara serius dalam bidang muzik.[6][7] Beliau pernah diberi peluang menjayakan persembahan pembukaan di Konsert F1 Grand Prix.[8]

Pada tahun 2009, beliau melancarkan single sulungnya, "Selamilah Cinta" hasil nukilan Ajai. Amanda seterusnya melancarkan album sulungnya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album yang dikeluarkan pada November, memuatkan 7 lagu termasuk "Selamilah Cinta".[9] Pada tahun sama, Amanda melancarkan EP bahasa Inggeris pertamanya, Yeah yang menerima pencalonan bagi kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17.[10][11]

Pada Jun 2010, beliau bersama Iz Sulaini telah dipilih oleh Austin Chase Malaysia bagi mengedarkan album mereka.[8] Beliau kemudian melancarkan single "Cemburu" yang mengandingkan beliau bersama bekas ahli Too Phat, Malique.[12][13][14]

Dari 13 hingga 15 Mei 2011, beliau terpilih sebagai wakil Malaysia di 20th International Pop Music Festival Discovery yang berlangsung di Varna, Bulgaria.[15][16] Amanda mewakili Malaysia bagi dua kategori, iaitu Lagu Asal Terbaik menerusi "Selamilah Cinta" dan Penyanyi Terbaik menerusi "Hero" nyanyian asal Mariah Carey.[17]

Pada 22 Januari 2012, Amanda melancarkan dua single baharu secara serentak yang bertajuk "Fobia Cinta" bersama Dennis Lau serta lagu "Like A Boss".[18][19]

Amanda telah dijemput sebagai salah seorang juri Crystal Star Music Festival bagi memperingati Raja Pop, Michael Jackson. Selain sebagai juri, beliau turut mengadakan persembahan secara langsung di festival yang yang berlangsung pada 3 November 2013 di Iasi, Romania.[9][20]

Amanda juga mewakili delegasi negara ke Konsert Supernova di Festival Muzik Midem 2013 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Januari di Cannes, Perancis bersama beberapa artis tempatan yang terlibat termasuk Jaclyn Victor, Hujan, Bunkface, Goldfish & Blink, Nadhira, ZE! dan Sasi The Don.[10][21][22]

Pada 14 November 2014, Amanda melancarkan album keduanya, iaitu album berbahasa Inggeris bertajuk Blackheart. Majlis pelancaran diadakan di kedai buku Borders, The Curve, Mutiara Damansara. Album ini memuatkan sebanyak 7 lagu dengan penambahan dua lagu bonus iaitu "Like a Boss" dan "Billionaire Boy".[23][24][25][26]

Bakat[sunting | sunting sumber]

Selain berbakat dalam nyanyian, Amanda juga memiliki bakat bermain gitar dan piano.[10] Beliau juga berkebolehan menulis lagu dan telah menulis lebih daripada 70 lagu dalam simpanannya.[10] Gaya muzik beliau terarah kepada jaz, R&B dan soul.[27] Dalam temubual bersama The Star pada 4 Oktober 2007, Amanda mengatakan "genre sedemikian cukup dekat di hati saya kerana ia sangat mendalam berbanding genre lain yang saya pernah dengar semasa zaman kanak-kanak seusia saya".[27]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Amanda Imani dilahirkan dan dibesarkan di Kuantan, Pahang dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya.[8] Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina, Thai dan Turki.[9][28] Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Psikologi dan Komunikasi di Universiti Iowa, Amerika Syarikat.[29] Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di Universiti California, Los Angeles.[30] Selain itu, beliau juga aktif dalam taekwondo.[9]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Amanda Imani
Blackheart
  • Dikeluarkan: November 2014
  • Label: Amanda Imani Productions
  • Format: CD, muat turun digital

EP[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Yeah

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Selamilah Cinta" 2009
"Cinta Seluas Angkasa" 2010
"Cemburu" (ft. Malique) 2012
"Fobia Cinta"
"Like a Boss"
"Billionaire Boy" 2013
"Next Generation" 2014

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Anugerah Industri Muzik ke-17 Album Inggeris Tempatan Terbaik Yeah Tercalon
Voice Independent Music Awards 2010 Lagu Pop Terbaik "Selamilah Cinta" Menang
Penyanyi Pop Terbaik Dirinya sendiri Menang
Penyanyi Wanita Terbaik (Keseluruhan) Tercalon
2011 Anugerah Planet Muzik 2011 Vokal Terbaik Artis Baharu Wanita Menang
20th International Pop Music Festival Discovery Penyanyi Baru Terbaik Menang
Lagu Asal Terbaik "Selamilah Cinta" Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (12 September 2014). "Amanda Imani tidak putus asa kejar dunia artis". mStar Online. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  2. ^ Noorsila Abd Majid (11 Jun 2011). "Amanda's going places with her music" [Hala tuju Amanda bersama muziknya] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (7 Ogos 2011). "Menjenama Amanda Imani". Metro Ahad. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
  4. ^ Wahiduzzaman (9 September 2012). "Amanda Imani jarang muncul depan khalayak kerana tiada jemputan". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  5. ^ Hatina Shuib (2 Jun 2011). "Pembakar semangat". Berita Harian. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
  6. ^ Liyana (15 Disember 2014). "Amanda mahu dikenali kerana bakat". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  7. ^ Amirah Amaly Syafaat (8 November 2009). "Langkah berani Amanda". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2009. Dicapai pada 9 Julai 2018.
  8. ^ a b c Siti Azira Abd Aziz (10 Jun 2010). "Amanda Imani mengeluh, stesen radio pilih kasih". mStar Online. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  9. ^ a b c d Bryna K. (25 Oktober 2013). "Amanda Imani - Part of the jury members of the Crystal Star Music Festival" [Amanda Imani - Sebahagian daripada barisan juri Festival Muzik Crystal Star] (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  10. ^ a b c d "Amanda harum nama negara". Harian Metro. 20 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-25. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  11. ^ "Amanda Imani hots up local music industry" [Amanda Imani hangatkan industri muzik tempatan]. The Daily Chilli (dalam bahasa Inggeris). AsiaOne. 11 Jun 2011. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  12. ^ Wahiduzzaman (12 Januari 2012). "Amanda Imani bergantung harap pada Cemburu". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  13. ^ "Peralihan berani". Berita Harian. 28 Januari 2012. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
  14. ^ Budiey (13 Januari 2012). "Amanda Imani mahu lebih daring lancar Cemburu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  15. ^ Budiey (25 Mei 2011). "Amanda Imani menang besar di Festival Discovery 2011". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  16. ^ Ifqdar Rahman (9 Julai 2011). "Amanda mahu lebarkan sayap". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2011. Dicapai pada 9 Julai 2018.
  17. ^ Feride Hikmet Atak (5 Mei 2011). "Amanda Imani wakili negara ke Bulgaria". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  18. ^ "Amanda Imani kembali dengan 2 single terbaru - "Fobia Cinta" & "Like a Boss"". Galaksi Media. 23 Januari 2012. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  19. ^ "Amanda Imani kembali dengan dua lagu baharu". Astro Awani. 24 Januari 2013. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  20. ^ Fatin Farhana Ariffin (30 Oktober 2013). "Amanda Imani juri festival muzik di Romania". Berita Harian. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
  21. ^ Norhayati Nordin (25 Januari 2013). "Sudah tahu hala tuju". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
  22. ^ Wahiduzzaman (23 Januari 2013). "Amanda Imani pelik tidak popular di negara sendiri". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  23. ^ Zul Husni Abdul Hamid (28 Februari 2015). "Sisi gelap Amanda Imani". Berita Harian. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
  24. ^ Desiree Tresa Gasper (15 Disember 2014). "Darker side makes Amanda kinder" [Sisi yang lebih gelap jadikan Amanda ceria] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  25. ^ "Blackheart selah bakat Amanda Imani". Sinar Harian. 25 Disember 2014. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  26. ^ Zuhairi Sahrom dan Amira Azman (16 Disember 2015). "Amanda Imani terbang jauh membuat persembahan di serata dunia". GLAM. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  27. ^ a b Fazleena Aziz (4 Oktober 2007). "Amanda the teen sensation" [Amanda sensasi remaja] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  28. ^ Ramlah Zainal (4 Julai 2012). "Tak pernah ditaja VIP". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
  29. ^ Feride Hikmet Atak (20 Jun 2011). "Akademik dan bakat Amanda Imani". mStar Online. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  30. ^ Zaidi Mohamad (11 September 2016). "Amanda Imani di Los Angeles timba ilmu muzik". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]