Amelina
| Amelina | |
![]() Album Memori Hit Amelina Ratu Dangdut |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Asal | |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Vokal |
Amelina ialah seorang penyanyi dangdut yang berasal dari Nilai,Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai "Ratu Dangdut". Sebelum menjadi penyanyi, Amelina pernah bekerja sebagai pekerja kilang. Penyanyi ini aktif sekitar 1990-an dan sering berganding dengan penyanyi dangdut Iwan.
Kepopularitian Amelina dapat dilihat apabila album pertama beliau Rindu Ah Ah Ah berjaya terjual sebanyak 200,000 unit. Selain itu, album kedua beliau Syik Ayik Asyik juga berjaya terjual sebanyak 200,000 unit. Ini telah mengukuhkan lagi nama beliau di dalam persada seni Malaysia. Lagu-lagu Amelina selalu disiarkan di corong-corong radio. Antara lagu-lagu popular beliau ialah Asyik, Rindu dan Semakin Rindu Semakin Asyik. Amelina juga pernah menyertai Anugerah Juara Lagu apabila lagu beliau Ah Rindu Lagi berjaya memasuki peringkat akhir kategori Irama Malaysia. Pada tahun 1998, Amelina mengeluarkan album terakhir beliau iaitu Cinta Oh Cinta. Walaupun album ini gagal mengulangi kejayaan album-album terdahulu, namun ia masih mampu untuk terjual sebanyak 100,000 unit.
Bagaimanapun, pada tahun 1999, Iwan telah memfailkan saman malu terhadap Amelina berkenaan "kontroversi seluar dalam". [1]
Isi kandungan |
[sunting] Diskografi
[sunting] Album
- Amelina (1994)
- Asyik (1995)
- Cinta Oh Cinta (1997)
- PILIHAN DANGDUT NO.1: Ah! Ah! - Amelina (2000)
[sunting] Lagu-lagu
- Asyik
- Rindu
- Zapin Tujuh Purnama
- Ah Rindu Lagi
- Di Dadaku Ada Kamu
- Yang Indah Yang Hangat
- Semakin Rindu Semakin Asyik
- Sini Cinta Sana Cinta - duet bersama Sheeda
- Secangkir Madu Merah - duet bersama Sheeda
- Memori Daun Pisang - duet bersama Iwan
- Yang Tersayang - duet bersama Iwan
- Bulan Cinta (penyanyi asal - EVA)
- Cinta Oh Cinta
- Aduh
- Ah Aku Tahu
- Sepayung Berdua - duet bersama Iwan
- Jangan...jangan...jangan
- Aku Jatuh Cinta
- Yang Indah Yang Hangat (remix)
- Rindu
- Andaikan Bintang Berkata
- Cinta Oh Cinta
- Secangkir Madu Merah (duet Sheeda)
- Semakin Rindu Semakin Asyik
- Zapin Tujuh Purnama
- Memori Daun Pisang (duet Iwan)
- Seri Langkat (duet Jamal Abdillah)
- Asyik
- Di Dadaku Ada Kamu
- Yang Tersayang (duet Iwan)
- Jangan … Jangan … Jangan
- Sini Cinta Sana Cinta (duet Sheeda)
- Bulan Cinta
- Secangkir Madu Merah (remix)
[sunting] Rujukan
- ↑ Bintang Popular (1999). Iwan saman Amelina. Berita Harian. Diperolehi pada 2008-08-13
