Amenhotep I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Amenhotpe I)
Amenhotep I
Satu dari sebilangan kecil gambaran 3 dimensi semasa Amenhotep I pada pemerintahannya, kini terdapat di Muzium Seni Halus, Boston.
Satu dari sebilangan kecil gambaran 3 dimensi semasa Amenhotep I pada pemerintahannya, kini terdapat di Muzium Seni Halus, Boston.
Firaun Mesir
Pemerintahan 1526–1506 SM (dipertikai), 20 tahun dan 7 bulan di Manetho[1]Dinasti ke-18
Pendahulu Ahmose I
Pengganti Thutmose I
Prenomen: Djeserkare
Ḏsr-k3-Rˁ
Sucilah Ka bagi Dewa Ra[2]
M23
t
L2
t
<
N5D45D28
>
Nomen: Amenhotep
Jmn ḥtp
Amun berpuas hati
Templat:Pharaoh Infobox Nomen
Nama Horus: Kanaftau
K3-wˁf-t3w
Lembu jantan yang menundukkan negeri-negeri
G5
E1G43D36
I9
N16
N16
N16
Nama Nebty: Aaneru
ˁ3-nrw
Dia yang mendatangkan ketakutan amat
G16
O29
n
r
H4G43
Horus Emas: Wahrenput
wȝḥ-rnpwt
Bertahan bertahun-tahun
G8
V29M4M4M4

Permaisuri Ahmose-Meritamon
Putera-puteri Amenemhat (mati muda), kemungkinan Ratu Ahmose
Ayahanda Ahmose I
Ibunda Ahmose-Nefertari
Mangkat 1506 or 1504 SM
Makam Mumia ditemui di makam rahsia Deir el-Bahri, tetapi mungkin pada asalnya dikebumikan di Dra' Abu el-Naga' atau KV39

Amenhotep I (memerintah 1545-1525 BCE) merupakan raja kedua dalam dinasti ke lapan belas, Kerajaan Baru Mesir. Sungguhpun dia dapat dipastikan sebagai anak raja sebelumnya, Ahmose (memerintah 1569-1545 BCE) dan isterinya Ahmose–Nefertari, hubungan Amenhotep I dengan keluarga lainnya tidak begitu jelas direkodkan.

Hubungannya dengan Ahotpe II yang pernah dipercayai sebagai isteri & saudara, kini dipercayai sebagai neneknya. Merit-Amun I kekal sebagai "Isteri Raja Agung" tetapi jelas bukannya "Ibu Raja". Seorang lagi isteri, Sitkamose direkodkan di stelea dinasti ke sembilan belas.

Amenhotep I dipercayai tidak memiliki anak kandung. Isteri kepada Thutmose I, Ahmose dipercayai sebagai saudara perempuan kepada Amenhotep I, tetapi hal ini dipertikaikan kerana Ahmose bukannya "Puteri Raja". Satu-satu hubungan Ahmose adalah dengan Thutmose I, dan dia kemungkinannya merupakan saudara dan isteri Thutmose I.

Amenhotep I kemungkinannya telah mengukuh dan menyepadukan kejayaan bapanya tetapi pemerintahannya kurang direkodkan. Sejarahwan Yunani-Mesir, Manetho (sekitar 305-285 BCE) menempatkan pemerintahannya sebagai dua puluh tahun dan tujuh bulan yang menyamai dengan tempoh pemerintahannya 21 tahun. Tidak terdapat bukti kukuh mengenai pemerintahan bersamannya dengan bapanya Ahmose atau dengan pemerintah berikutnya Thutmose I.

Usaha pembinaan Amenhotep I direkodkan dengan lebih baik. Di Karnak dia membina kuil alabaster yang dikenali sebagai "Peringatan Berkekalan Amun". Di Deir el-Bahri dan di Dra Abul naga dia membina logi balak di El-kab, terdapat kuil bagi Nekhbet. Di Abydos dia menyiapkan kuil Ahmose. Di Kom Ombo, Elephantine, Shatt el-Rigal, dan Gebel es-Silsila beberapa blok diukir dengan namanya masih kekal.

Amenhotep I merupakan raja Mesir pertama yang mengasingkan makam dan kuil pengebumiannya sebagai usaha mengelirukan perompak. Kuil pengebumiannya kemungkinannya terletak di Deir el-Bahri di mana Rumah Amenhotep di Taman terletak dalam kuil peringatan Hatshepsut. Dua makan tidak bertanda di Lembah Raja-raja telah dikaitkan dengan Amenhotep I, tetapi tiada satupun menyerupai gambaran makamnya yang direkod dalam Papyrus Abbott. Mumminya ditanam semula oleh paderi dinasti dua puluh satu selepas makamnya dirompak. ia dijumpai bersama mummi diraja lain di Deir el-Bahri.

Generasi Mesir berikutnya memuliakan Amenhotep I di Deir el-Medina, di mana dia disembah sebagai dewa tempatan, sebagaimana ibunya. Dia juga diketahui sebagai sumber ramalan. Amenhotep I diwakili dalam tiga bentuk: Amenhotep Bandar; Amenhotep Kecintaan Amun; dan Amenhotep Medan utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan manetho tidak disediakan
  2. ^ Clayton, p.100.
  • The Oxford Encyclopedia Of Ancient Egypt, Donald B. Redford - Volume 1, 2001