America's Next Top Model Musim 9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
America's Next Top Model Musim 9
Foto komersial untuk para peserta Musim 9 America's Next Top Model
FormatRealiti
PenciptaTyra Banks
Dibangunkan oleh
Ken Mok
Kenya Barris
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifTyra Banks
Ken Mok
Daniel Soiseth
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalThe CW
Siaran asal19 September, 2007 – 12 Disember, 2007
Kronologi
MengikutiMusim 8
Diikuti olehMusim 10
Pautan luar
Laman sesawang

America's Next Top Model Cycle 9 adalah musim ke-9 bagi 'America's Next Top Model dan sudah bersiaran selama 3 musim di The CW Network. Promosi untuk musim kali ini ialah "The Future Of Fashion".

Destinasi antarabangsa bagi musim kali ini adalah Shanghai dan Beijing, China. Pemenang musim ini akan menandatangani kontrak dari agensi model yang terkenal Elite Model Management, kontrak $100,000 bersama CoverGirl cosmetics, dan akan menjadi penghias muka depan majalah dan liputan sebanyak 6 mukasurat di Seventeen magazine.

Saleisha stowers yang berusia 22 tahun ketika itu telah menjuarai pertandingan ini. Beliau menewaskan Chantal Jones, 19 tahun yang akhirnya terpaksa akur di tempat kedua.

Rumusan Episod[sunting | sunting sumber]

The Girls Go Cruisin'[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: September 19 2007

Bagi musim kesembilan ini,33 orang wanita telah menerima panggilan telefon dari Tyra Banks dan mengumumkan mereka adalah semifinalis.33 wanita yang telah dipilih tadi telah berkumpul di pelabuhan di San Juan, Puerto Rico.Di sana mereka bertemu dengan J.Alexander,yang berada di sana untuk memberikan pas berlepas bagi 33 wanita berkenaan untuk menaiki sebuah kapal mewah Caribbean Ocean Liner,mereka semua akan menginap di sini sehinggalah Tyra mengumumkan siapakah 13 peserta akhir yang akan diserap masuk ke pertandingan itu.Tugasan pertama mereka adalah untuk berjalan sambil memperagakan jaket keselamatan,dimana gaya jalan Heather yang membongkok menarik perhatian ramai.Semasa mereka bersarapan, mereka telah bertemu dengan Tyra,sebelum satu persatu dari mereka di temuduga di ships’ Lyric Theatre.Episod kali ini telah menampilkan seorang peserta musim yang ke-10 iaitu Marvita Washington,yang gagal menempatkan diri menjadi 13 peserta akhir,beliau walau bagaimanapun talah menebus kekalahanya dengan berjaya memboloskan diri menjadi antara peserta akhir pada musim yang berikutnya.kita juga telah dimaklumkan akan Heather yang menderita dari salah satu penyakit autism.

selepas itu,kesemua semifinalis telah dibawa ke St. John's, Antigua untuk sesi pengambaraan di pantai,di mana mereka telah bertemu dengan juara musim lalu(musim 8)iaitu Jaslene Gonzalez.selepas itu,20 peserta akhir telah dipilih.semasa makan malam, tyra menyoal kesemua 20 peserta akhir yang telah dipilih tadi mengapa patut bergelar America's Next Top Model, sebelum pertimbangan yang terakhir bersama Mr. dam Ms Jay dibuat.13 wanita telah dipilih pada malam itu.

  • Jurugambar: Jim Wade
  • Penampilan Istimewa: Jaslene Gonzalez, Gregorio Cuevas, Patrick Duke

The Girls Go Green[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 26 September, 2007

13 orang finalis yang telah dipilih dibawa ke Los Angeles dimana mereka diperkenalkan dengan tema baru bagi pengangkutan mereka.Limousine yang disaluti warna hijau itu bergerak dengan menggunakan minyak biodiesel untuk membantu keseimbangan alam sekitar.

mereka dibawa ke sesi pengambaraan pertama mereka setelah bergelar finalis yang dimana mereka semua dikehendaki menonjolkan apa yang negatif tentang rokok terhadap kita.satu gambar diambil menunjukkan seorang perokok yang jelitawan.satu lagi gambar pula diambil lalu digabungkan dengan gambar yang tadi dengan menunjukkan pula kesan negatif yang akan diterima akibat merokok.semua peserta telah menonjolkan kesan-kesan yang berikut:

Model kesan merokok
Ambreal kanser paru-paru
Bianca Gingivitis
Chantal Tracheotomy
Ebony Lemah Jantung
Heather Perokok Pasif (dengan Saleisha)
Janet terbakar
Jenah menjadi botak akibat kemoterapi
Kimberly wajah tidak bermaya
Lisa tumor pada wajah
Mila hilang rambut akibat kemoterapi
Saleisha Perokok Pasif (dengan Heather)
Sarah penuaan
Victoria mati semasa kelahiran

semasa kebanyakan antara mereka terutamanya Heather, Lisa, and Chantal beraksi cemerlang.Bianca,Ebony, Mila pula terpaksa berhempas pulas.Mila dikritik akibat tidak mampu membawa kan watak seorang pesakit kemoterapi kerana Mila merasakan ia melucukan.Ebony dan Mila akhirnya terjerumus di dua tangga terbawah pada sesi penyingkiran.Ia berpunca daripada Ebony yang kelihatan kaku dalam gambar dan Mila yang tidak serius dalam sesi fotografi.Akhirnya,Ebony dipilih bagi meneruskan pertandingan daripada Mila kerana dilihat lebih berpotensi.Pada akhir rancangan,semua diberitahu bahawa merokok adalah diharamkan pada musim ini kerana ia boleh membawa tanggapan yang buruk bagi golongan kanak& wanita itu sendiri.

  • Dua Tangga Terbawah:Ebony Morgan & Mila Bouzinova
  • Tersingkir:Mila Bouzinova
  • jurugambar:Mike Rosenthal
  • Penampilan Istimewa:Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Lisa Jackson

The Girls Go Rock Climbing[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 3 Oktober, 2007

Beberapa peserta telah berusaha membantu Heather mengubah imejnya.Dan selepas itu semua peserta dibawa ke Fashion Madhouse,Yang di mana J.Alexander mengejutkan para peserta dengan sesi pelajaran yang menakutkan dalam memperkemaskan langkah apabila memperagakan pakaian di mana mereka dipakaikan dengan jaket pesakit mental.Miss j. telah mengkritik gaya jalan Heather yang lemah.Dia juga turut mengkritik gaya jalan Bianca kerana dia banyak menunjukkan aksi dalam peragaannya dan agak melampaui batas.Di rumah,Saleisha dan Bianca telah bertengkar apabila Bianca dan para peserta lain menuduh Saleisha telah mempunyai banyak pengalaman di dalam dunia modeling,sementara Bianca telah memberi gelaran“borderline plus-size” kepada saleisha.

selepas cabaran memperaga pakaian,Saleisha telah memenangi tiket percutian ke Paris apabila mengetepikan semua peserta di dalam cabaran tersebut.Untuk sesi bergambar pula,kesemua peserta akan beraksi di Rock Climbing di samping para peserta memakai gaun bagi sesi itu.Heather sekali lagi menunjukkan kelebihannya apabila memberikan pandangan mata yang menarik dalam setiap foto yang diambil.Jenah,Lisa,Sarah dan Chantal turut beraksi cemerlang di dalam gambar mereka,sementara Bianca dan Kimberly terpaksa berhempas pulas dalam usaha memberi aksi yang menarik.

malangnya,kimberly dan bianca akhirnya gagal memuaskan hati juri dan akhirnya mereka ditempatkan pada dua tangga terbawah.tyra memberitahu,selain dia,tiada seorang juri pun yang menyukai gambarnya,dan kimberly pula disifatkan gagal dalam mengadaptasi pemikiran fesyennya yang tinggi ke dalam gambarnya.selepas itu,kimberly disingkirkan.

  • Dua tangga Terbawah: Bianca Golden & Kimberly Leemans
  • Tersingkir: Kimberly Leemans
  • Jurugambar: Matthew Jordan Smith
  • Penampilan Istimewa: Roy Campbell, Colleen Quen, Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Heather Kuzmich

The Girl Who Goes Bald[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 10 Oktober, 2007

Tyra memberitahu semua peserta tentang gambaran wajah mereka di dalam satu Makeover yang akan dilakukan di salun milik jurugaya rambut terkenal,ken pavés.Perubahan yang paling berlaku pada Bianca apabila terpaksa dicukur botak,sedangkan Tyra telah mencadangkan rambutnya diwarnakan dengan warna perang,ia berpunca dari keadaan rambutnya yang banyak mengalami kerosakan.walau bagaimanapun,beliau diberikan rambur perang yang palsu untuk dipakai ketika sesi bergambar,walaupun Bianca tidak menggunakan rambut palsu yang diberikan kepadanya didalam sesi bergambar.

cabaran kali in melibatkan para peserta mengubah wajah mereka dengan menggunakan produk Covergirl yang diletakkan di meja solek dan para peserta perlu menggeledah melalui rak-rak pakaian untuk mencari pakaian yang ada tertera nama mereka.Juri membuat keputusan bahawa Janet memilki gaya solekan yang menarik dan sepatutnya memenangi cabaran itu,walau bagaimanapun Janet telah melakukan satu kesalahan apabila tersalah memilih pakaian,lalu dia disingkirkan dari cabaran itu.akhirya kemenangan itu menjadi milik sarah,dan dia mendapat peluang untuk mengadakan sesi pengambaraan video tutorial bagi laman web Covergirl di dalam aplikasi solekan.

bagi sesi bergambar minggu ini para peserta akan memainkan peranan sebagai pelbagai jenis tumbuhan,seperti berikut:

Model Jenis Tumbuhan
Ambreal Ros
Bianca Bunga Matahari
Chantal Baby's Breath
Ebony Bunga Cenderawasih
Heather lalang
Janet Hydrangea
Jenah Lumut
Lisa Buluh
Saleisha Bunga Tulip
Sarah Ivy
Victoria Kaktus

Semasa Jenah, Sarah dan Heather sekali lagi memberikan gambar yang menarik. Bianca, Ebony dan Janet diberikan pujian untuk peningkatan yang ada pada mereka, dan Chantal, Saleisha dan Victoria terpaksa bergelut pada sesi bergambar yang dijalankan.

Di panel, Chantal mendapat kritikan tentang ketidakupayaannya untuk menerima arahan dari jurugambar dan pengarah seni semasa pengambaraan.semasa juri menilai gambar kaktus Victoria,Twiggy merasakan Victoria mempunyai sifat "prickly disposition" iaitu beliau mudah terasa.komen yang diberikan kepada Victoria dengan serta merta menyoal balik kepada Twiggy.Saleisha dan Victoria berada di dua tannga terbawah dan victoria disingkirkan atas kediabannya terhadap Twiggy semasa sesi penilaian.

  • Dua Tangga Terbawah: Saleisha Stowers & Victoria Marshman
  • Tersingkir: Victoria Marshman
  • Jurugambar: Lionel Deluy
  • Penampilan Istimewa: Ken Pavés, Dawn Patton, Brent Poer, Crissy Barker, Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Heather Kuzmich

Para peserta[sunting | sunting sumber]

Mengikut urutan penyingkiran[sunting | sunting sumber]

(umur dicatat mengikut waktu pertandingan)

  • Lyudmila "Mila" Bouzinova, 20, from Boston, Massachusetts
  • Kimberly Leemans, 20, from Ocala, Florida
  • Victoria Marshman, 20, from New Haven, Connecticut
  • Janet Mills, 22, from Bainbridge, Georgia
  • Ebony Morgan, 20, from Chicago, Illinois (Tarik diri)
  • Sarah Hartshorne, 20, from Heath, Massachusetts
  • Ambreal Williams, 19, from Dallas, Texas
  • Lisa Jackson, 20, from Jersey City, New Jersey
  • Heather Kuzmich, 21, from Valparaiso, Indiana
  • Bianca Golden, 18, from Queens, New York
  • Jenah Doucette, 18, from Farmington, Connecticut
  • Heather "Chantal" Jones, 19, from Austin, Texas (Naib juara)
  • Saleisha Stowers, 21, from Los Angeles, California (Pemenang)

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Panggilan Tyra Mengikut Urutan
Urutan Episod
1 2 3 4 5 6 8 9 10 11 12 13
1 Mila Heather Jenah Jenah Lisa Saleisha Lisa Bianca Chantal Saleisha Chantal Chantal Saleisha
2 Bianca Lisa Heather Sarah Bianca Jenah Heather Jenah Saleisha Bianca Saleisha Saleisha Chantal
3 Jenah Chantal Lisa Heather Ebony Heather Saleisha Saleisha Bianca Chantal Jenah Jenah
4 Chantal Sarah Chantal Lisa Chantal Bianca Bianca Chantal Jenah Jenah Bianca
5 Ambreal Jenah Sarah Janet Jenah Sarah Ambreal Heather Heather Heather
6 Victoria Saleisha Ambreal Ambreal Saleisha Chantal Jenah Lisa Lisa
7 Sarah Ambreal Victoria Ebony Heather Lisa Chantal Ambreal
8 Saleisha Victoria Saleisha Bianca Sarah Ebony Sarah
9 Kimberly Janet Janet Chantal Ambreal Ambreal
10 Ebony Kimberly Ebony Saleisha Janet
11 Janet Bianca Bianca Victoria
12 Heather Ebony Kimberly
13 Lisa Mila
     Peserta yang menarik siri dari pertandingan
     Peserta CoverGirl of the Week dan memenangi cabaran
     Peserta CoverGirl of the Week
     Peserta yang memenangi pertandingan ini
     Peserta yang memenangi cabaran
     Peserta CoverGirl of the Week dan tersingkir
     Peserta yang sepatutnya disingkirkan tetapi tidak disingkirkan dan memenangi cabaran
     Peserta yang tersingkir
  • Dalam episod 1, 20 orang peserta telah dipilih dan telah dikurangkan menjadi 13 orang. Namun, urutan panggilan ini tidak menunjukkan prestasi mereka pada minggu tersebut.
  • Dalam episod 6, Ambreal sepatutnya tersingkir, tetapi terselamat apabila Ebony menarik diri.
  • Episod 7 adalah episod imbauan.
  • Dalam episod 12, Heather telah diundi sebagai CoverGirl of the Week.