Amerindian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Amerindian atau Pribumi Indian ialah istilah kabur yang diberikan kepada orang-orang yang berketurunan khususnya daripada penduduk asal di benua Amerika sebelum penjajahan Eropah (menyusuli ketibaan Christopher Columbus pada tahun 1492). Istilah ini membezakan orang-orang tersebut daripada mestizo (kacukan antara penduduk asal dengan orang Eropah) dan kriolo (orang Eropah yang dilahirkan di benua Amerika).

Orang asli benua Amerika seringnya dikenali sebagai "Indian Amerika" atau "Red Indian", atau secara mudahnya "Indian" sahaja. Istilah-istilah ini, termasuk juga istilah "Amerindian" dan "pribumi Indian", kesemuanya adalah kabur kerana diterbitkan daripada perkataan Indian yang menandakan orang dari negara India. Istilah-istilah ini diterbitkan apabila Columbus salah menganggap bahawa beliau telah menjumpai laluan ke India tetapi sebenarnya menemui benua Amerika. Dari segi antropologi, kaum ini berasal dari ras Mongoloid dari Asia. Oleh itu, rupa mereka mirip kepada kaum dari Mongolia dan China.

Di Amerika Syarikat, istilah Amerindian dan Indian Amerika menimbulkan kekaburan tambahan apabila merujuk kepada anak-anak orang India (dari India) yang dilahirkan atau dibesarkan di Amerika Syarikat, sebagaimana dengan istilah-istilah orang Afrika Amerika dan orang India Amerika yang digunakan. Penduduk asal Amerika Syarikat ialah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada orang asli di Amerika Syarikat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]