Amin Shah Omar Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Amin Shah Omar Shah

Tan Sri Amin Shah Omar ialah seorang rakyat Malaysia dan merupakan ahli korporat Malaysia yang terlibat dalam industri perkapalan , kejuruteraan berat dan hartanah. Bidang perniagaan beliau bertumpu di Pulau Pinang. Tetapi kini beliau telah bankrap di Malaysia.[1] Walau bagaimanapun, beliau masih bergelar jutawan.

Pengurniaan Tan Sri[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dikurniakan pingat kebesaran - Panglima Setia Mahkota (PSM) pada tahun 2001 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail di Istana Negara, Kuala Lumpur yang membawa gelaran Tan Sri.

Penarikan semula gelaran Datuk[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Mahkota Selangor (DPMS), yang membawa gelaran Datuk, dalam tahun 1996.

Mulai 31 Januari 2008, gelaran Datuk yang diberikan kepada beliau telah ditarik balik kerana menurut Setiausaha negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud, kelakuan beliau tidak selayak dengan status berkenaan. Keputusan ini diputuskan dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan buat kali ke-124 pada 30 Januari 2008.[2]

Business Focus[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 nama Tan Sri Amin Shah Omar Shah muncul kembali kerana adiknya Arif Shah Omar Shah menjadi calon dalam pilihan raya tersebut.

Pada 1992 PDC yang mengalami kerugian telah dijual kepada Business Fokus Sdn Bhd (BFSB). Ketika itu Tan Sri Koh Tsu Koon menjadi Pengerusi PDC dan Ketua Menteri Pulau Pinang . Business Fokus Sdn Bhd ialah kepunyaan Tan Sri Amin Shah Omar Shah, seorang penduduk Pulau Pinang, senegeri dengan Anwar Ibrahim. BFSB telah membeli anak syarikat PDC, tapak tanah dan sebidang tanah kecil di Pulau Jerejak pada 1992 pada harga RM29 juta. Amin Shah juga diberi kontrak membina bangunan PSCI di Northam Road, Pulau Pinang.

Pada 19 Ogos 2008, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari 1993-1998 menasihatkan beliau supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Business Focus Sdn. Bhd. (BFSB) yang gagal membayar pembelian Penang Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. (PSC) antara 1997-1998. Melalui arahan lisan, Anwar Ibrahim mengarahkan Koh Tsu Koon memberi kelonggaran kepada syarikat Amin Shah yang tenat akibat kemelesetan ekonomi.

Antara 2003-2004, BFSB telah gagal membayar secara tetap. Oleh itu, PDC terpaksa mengambil tindakan undang-undang dan menyebabkan Amin Shah gulung tikar. PDC mengutip RM20 juta daripada penjualan PSC dan RM9 juta tidak dikutip. [3]

Tersingkir daripada Bolton[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai beliau disingkirkan daripada kerusi pengarah Bolton tetapi kekal sebagai pemegang saham tunggal terbesar. Amin Shah menjadi lembaga pengarah Bolton sejak 26 Februari 2004. Datuk Azman Yahya selaku Pengerusi Eksekutif Bolton menjelaskan penyingkiran Amin Shah tidak memberi sebarang kesan negatif.

Tersingkir daripada PSC Industries[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2006, Amin Shah melepaskan jawatan Pengerusi dan Pengarah PSC Industries Bhd. (PSCI) setelah Boustead Holdings Bhd menyingkir beliau daripada syarikat pembuat kapal itu. Abdul Wahab Jaafar Sidek menjelaskan ketidakhadiran Amin Shah dalam banyak mesyuarat lembaga pengarah merupakan suatu jenayah berat dalam dunia korporat. [4]

Perkembangan semasa[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Amin Shah kini dikatakan masih bergelar jutawan dan beliau kini mempunyai perniagaan di beberapa buah negara seperti perniagaan Feri Mewah di Australia, perniagaan di London, Ghana, Senegal, Dubai. Pengisytiharan muflis beliau di Malaysia dikatakan adalah berpunca daripada halangan individu tertentu yang masuk campur dalam proses pembayaran semula hutang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] Diarkibkan 2008-08-21 di Wayback Machine, "Najib, Amin Shah Omar Shah... The continuing saga", Blog Jeff Ooi, Ogos 2008.
  2. ^ [2], "Amin Shah’s ‘Datuk’ title revoked", The Star, 2 Februari 2008.
  3. ^ [3], "Tsu Koon perjelas isu Business Focus", Utusan Online, 20 Ogos 2008.
  4. ^ [4], "Tokoh korporat Amin Shah tersingkir", Utusan online, 12 Julai 2007.