Aminah Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aminah Abdullah (57) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang. Beliau juga bekas exco Keadilan pusat dan Ketua Wanita Keadilan Bukit Bendera yang lebih dikenali sebagai "Kak Min".[1]

Bertanding pilihan raya Penanti[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2009, beliau mendaftar diri di IKBN Bukit Mertajam untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Penanti 2009.Beliau menawarkan diri sebagai calon bebas kerana merasakan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah tersasar daripada matlamat asal KeAdilan sewaktu awal penubuhannya dahulu.

Calon lain ialah Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42 dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 59. Pencalonan ahli perniagaan, Mohd. Saberi Othman, 49, ditolak kerana tidak menepati syarat ditetapkan.[2]

Rasuah politik PKR[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mei 2009, Cheah Kah Ping telah bertemu dengan Aminah atas jemputan kawannya Peter Chin untuk ke rumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang. Mereka bertemu di di Jelutong, Pulau Pinang. Cheah Kah Ping tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanraya di Penanti. Mereka saling mengenali sejak 1999 dan berkawan baik.[3][4] Pertemuan itu telah dirakam tanpa disedari tetamunya itu.

Pada 25 Mei 2009, Aminah Abdullah ditemani suaminya Mohd. Rofi Osman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah. Turut diserahkan ialah cakera padat yang didakwa sebagai rakaman tawaran PKR di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Laporan polis menyatakan Aminah ditawarkan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang RM88,000. Tawaran itu diberikan andainya beliau menang atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini, tetapi dengan syarat beliau kembali menyertai PKR. Jawatan Yang Dipertua MPPP dan wang RM88,000 ditawarkan jika beliau menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Bahan bukti itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di KOMTAR, Pulau Pinang. Pita rakaman perbualan dalam bentuk cakera padat selama lebih tiga jam diserahkan kepada SPR bersama gambar-gambar dua wakil PKR itu.

Pada 27 Mei 2009, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin menyatakan mustahil untuk melantik Aminah sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan beliau bukan seorang ahli dari Parti Pakatan Rakyat. Belum pernah seorang wanita menjadi timbalan mahupun ketua menteri PP.

Malaysiakini melaporkan bahawa timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berulangkali menggelarnya ‘Minah Ronggeng' kerana mendakwa bahawa tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali. [5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]