Amiriah Cordoba
|
|||||||||||||||||||||||
Amiriah Cordoba (bahasa Arab: إمارة قرطبة Imārat Qurṭuba) ialah amiriah merdeka yang wujud di antara tahun 756 hingga 929 CE. Ibu negerinya ialah Cordoba.
Wilayah Semenanjung Iberia menjadi wilayah pemerintahan Kekhalifahan Umayyah selepas penaklukan Iberia yang berlangsung di antara tahun 711 hingga 718 CE. Pemerintah-pemerintah awal menubuhkan Cordoba sebagai ibu negeri dan mendapat panggilan Wali atau Amir daripada Khalifah Damsyik.
Abd Al-Rahman I menjadi Amir pada tahun 756. Pada tahun 750, beliau melarikan diri selama enam tahun selepas kejatuhan dinasti bani Umayyah di Damsyik. Namun, beliau kemudiannya berjaya menewaskan pemerintah-pemerintah Islam, pemegang tanah feudal di Iberia, yang ingkar akan pemerintah Umayyah dan menyatukan wilayah-wilayah tersebut menjadi satu amiriah.[2]
Waris-waris Abd Al-Rahman I menjadi amir Cordoba selama satu setengah abad selepasnya. Namun, mereka menguasai Al-Andalus dan kadangkala kawasan-kawasan barat Afrika Utara pada nama sahaja; penguasaan sebenar, terutamanya di wilayah berhampiran sempadan Kristian, bertukar-ganti bergantung kepada kemampuan amir tertentu. Malah, kuasa amir Abdallah ibn Muhammad (c. 900 CE) terbatas kepada kawasan sempadan bandar Cordoba sahaja.
Kemerosotan kuasa politik amiriah menjadi ketara semasa cucu Abdallah ibn Muhammad, Abd Al-Rahman III (yang menggantinya) menaiki takhta dalam tahun 912. Abd-Al-Rahman III dengan pantas memulihkan kuasa Umayyah di seluruh Al-Andalus dan memanjangkan kuasanya ke bahagian barat Afrika Utara. Pada tahun 929 Amir Abd Al-Rahman III, dengan niat menamatkan persengketaan di semenanjung Iberia dan mengenakan kuasa amiriah di wilayah-wilayah jajahannya, mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Cordoba, sekaligus menaik taraf kedudukan amiriah Cordoba menandingi martabat bukan sahaja Kekhalifahan Abbasiyyah di Baghdad tetapi juga khalifah Syiah di Tunis yang bersaing dengannya untuk menguasai Afrika Utara.
Rujukan [sunting]
- ↑ Azizur Rahman, Syed (2001). The Story of Islamic Spain. Goodword Books. m/s. 129. ISBN 978-81-87570-57-8. http://books.google.com/books?id=iRAsAQAAIAAJ&q=oath+of+allegiance. "[ Amir Abdullah meninggal pada] 16 Okt., 912 selepas pemerintahan yang mengaibkan selama 26 tahun dan mewariskan kerajaan yang berpecah dan muflis kepada cucunya, Abd Al-Rahman. Pada ke-esokan hari pemerintah baharu menerima lafaz sumpah setia di "Dewan sempurna" (Al-majils Al-kamil) bangunan Alcazar."
- ↑ Barton, 37.