Amirul Azwan bin Mohd. Ghazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Amirul)
Amirul Azwan
Nama asalAmirul Azwan
Nama lahirAmirul Azwan bin Mohd. Ghazali
Juga dikenali sebagai
Amirul Azwan / Amirul
Kelahiran (1988-08-03) 3 Ogos 1988 (umur 35)
Kuching, Sarawak.
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia musim keempat

Amirul Azwan bin Mohd. Ghazali atau lebih dikenali sebagai Amirul (lahir 3 Julai 1988) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kuching, Sarawak.

Penyanyi kegemarannya ialah Kanye West, Vince, Radhi OAG. Pelakon kegemarannya pula ialah Adam Sandler, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Rosyam Nor, Erra Fazira, Reese Witherspoon, dan Sarimah Ibrahim. Beliau dikenali dengan imej hip hop, seluar besar, dan baju besar serta bertopi, jejaka comel berketurunan kacukan Melanau dan Cina ini tahu apa yang beliau inginkan.

Maklumat lain[sunting | sunting sumber]

Makanan Kegemaran : Makanan segera (KFC, Mc Donald`s)
Minuman Kegemaran : Cola Cola
Filem Kegemaran : Tiada
Lagu Kegemaran : Let Me Love You
Hobi : Bermain gitar, makan, dan membuat persembahan
Zodiak : Cancer
Tinggi : 176 cm
Berat : 56 kg
Bangsa : Melanau


Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Amirul diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada dua orang yang diterima melalui undian penonton) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Amirul telah tersingkir pada Konsert ke-8. Seterusnya, Amirul diserap masuk bersama tujuh peserta yang lain tetapi beliau tidak berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bersama empat finalis yang lain dengan hanya menduduki tempat ketiga untuk AF MASUK.

Amirul juga menganggap Velvet sebagai kakaknya sendiri di Akademi Fantasia.

Lagu-lagu yang didendangkan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan yang seterusnya :

  • Konsert Prelude : Biru - nyanyian asal oleh OAG
  • Konsert Pertama : Dengar Ini Cerita - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : Fiona - nyanyian asal oleh 4U2C
  • Konsert Ketiga : Yesterday - nyanyian asal oleh Beatles
  • Konsert Keempat : Khatulistiwa - nyanyian asal oleh Blues Gang
  • Konsert Kelima : Lagu Zaman - nyanyian asal oleh Tan Sri SM Salim dan Ramli Sarip
  • Konsert Keenam : Sedang Ingin Bercinta - nyanyian asal oleh Dewa
  • Konsert Ketujuh : Oh No Kamu - nyanyian asal oleh V.E.
  • Konsert Kelapan : Jatuh - nyanyian asal oleh Adam
  • Konsert Kesembilan : Kurniaan Cinta - nyanyian asal oleh Adi Fashla AF1
  • ""Konsert Kesepuluh"" : "Ceritera" - nyanyian asal oleh Bittersweet

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]