Ampo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ampo ialah makanan ringan yang terbuat dari tanah liat dan berasal dari Jawa Tengah dan Jawa Timur.[1] Bahan dasar makanan ini dibuat dari tanah liat murni tanpa ada campuran bahan lain apapun.[1] Ampo biasanya dihidangkan sebagai makanan ringan atau camilan, amat digemari terutakan dikalangan wanita yang sedang hamil.[2] Kebiasaan makan lempung ini disebut juga dengan geofagi, dilakukan oleh beberapa masyarakat di bahagian dunia, biasanya dikalangan oleh orang yang tinggal di daerah tropika dan panas. Kebiasaan ini banyak diamalkan oleh masyarakat dari berbagai negara di dunia, meski sebagian besar negara yang memiliki amalan memakan tanah liat ini tidak pernah mengakuinya.[3][4]

Kesan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Makanan dari tanah liat yang diberi nama "Ampo" ini sudah menjadi makanan tradisional yang dipercayai oleh masyarakat di Pulau Jawa, terutama masyarakat di Jawa Tengah dan Jawa Timur, dan dipercaya mampu menguatkan sistem pencernaan. Bahkan memakan tanah liat juga dipercaya sebagai ubat yang dapat mengubati beberapa jenis penyakit.[5][6]

Faedah kesihatan[sunting | sunting sumber]

Dalam majalah Science Digest terdapat rencana (Paraquat: a Potent Weed Killer is Killing People[7]), ia dicadangkan bahawa mangsa keracunan paraquat menelan tanah dengan segera, walaupun berisiko dijangkiti salmonella, kerana paraquat dinyahaktif apabila bersentuhan dengan tanah. Sebaliknya dos membawa maut yang yang mencukupi mampu merosakkan hati, buah pinggang dan terutamanya paru-paru, biasanya menyebabkan kematian melalui lemas dengan menyebabkan fibrosis teruk. Mangsa pemindahan paru-paru hanya sekadar melambatkan kematian mereka kerana aras kimia dalam badan mereka kemudiannya merosakkan paru-paru yang dipindahkan juga.

Terdapat juga bukti yang menyokong kegunaan flora yang terdapat dalam tanah, bahan ampo. Sesetengah mencadangkan ia berguna, jika tidak penting, bagi menubuhkan bakteria sihat dalam sistem penghadaman, menangani masalah akibat penyakit Crohn dan Sindrom Usus Bocor. Keluarga tanah liat yang amat menyerap telah dibuktikan menyebabkan alas usus untuk berubah pada tahap selular dan aselular, berpotensi melindungi perut dari kesan kimia termasuk mengurangkan penyakit seperti esophagitis, gastritis dan colitis.

Ancaman kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat risiko jelas dalam pemakanan ampo dan tanah liat akibat pencemaran oleh najis haiwan dan manusia; terutama, telur parasit seperti cacing gelang, yang mampu dorman selama beberapa tahun, dan menyebabkan masalah. Tetanus juga merupakan risiko lanjut. Bagaimanapun, risiko ini jelas difahami oleh kebanyakan puak yang mengamalkan geophagy, dengan itu tanah 'bersih' dari bawah aras permukaan digunakan. Kegemaran kanak-kanak bagi mengamalkan geophagy menjadikan mereka lebih cenderung kepada jangkitan cacing. Bahaya lain berkait dengan geophagia termasuk kerosakan pada enamel gigi, pengyerapan pelbagai bakteria, pelbagai bentuk pencemaran tanah, dan usus tersekat.

Dalam masyarakat tradisi, menghasilkan ampo dengan memasaknya sebelum di makan, dan dengan itu mengurangkan risiko pada tahap tertentu.[8]

Terdapat hipotesis psychologi, yang berpusat pada keinginan yang dilaporkan oleh pemakan tanah liat. Perhatian penyelidik tertumpu kebanyakannya kepada wanita hamil dan lepas beranak dan keadaan emosi mereka. Geophagy dikatakan dicetus oleh perasaan murum, rindukan kampung, murung, dan terasing.[8]

Cara Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Cara membuat Ampo sangat sederhana dan mudah. Namun, tanah yang digunakan sebagai bahan asas membuat ampo bukanlah sebarangan, melainkan harus jenis tanah liat yang bertekstur lembut dan bebas dari pasir, kerikil, atau batu.[9]

Dari tanah yang sudah dikumpulkan, pembuat kemudian membentuk semacam adunan berbentuk kotak atau bentuk tertentu lainnya dengan menambahkan air secukupnya agar adunan tanah menjadi melekit dengan ciri tidak lengket di tangan. Untuk membuat adunan kotak tersebut, tanah ditambah air sedikit demi sedikit sambil sesekali ditumbuk dengan alat semacam palu besar dari kayu. Setelah adunan kotak siap, proses berikutnya adalah mengikis atau menyerut tanah di bahagian atas adunan sedikit demi sedikit dengan menggunakan bilah pisau buluh. Hasil serutan tanah yang berbentuk seperti stik wafer dengan panjang 6-8 cm itu yang disebut ampo. Ampo kemudian dikumpulkan dan ditempatkan pada seperti periuk oven tanah liat untuk diasapi di atas tungku kayu bakar.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Ampo, Camilan dari Tanah Liat. indosiar.com
  2. Peter Abrahams, Human Geophagy: A Review of Its Distribution, Causes, and Implications. in H. Catherine W. Skinner, Antony R. Berger, Geology and health: closing the gap. Oxford University Press US, 2003, p. 33. ISBN 0-19-516204-8
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sera tidak disediakan
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kompas-TN tidak disediakan
  5. Unik Aneh. Ampo, Makanan Khas Tuban yang Terbuat dari Tanah Liat
  6. (Indonesia)"unik aneh - Inilah Satu-Satunya Suku yang Memakan Tanah Liat Panggang". http://www.apakabardunia.com/2011/04/inilah-satu-satunya-suku-yang-memakan.html. Capaian 2013-08-22. 
  7. Revkin, A. C. 1983. Paraquat: A potent weed killer is killing people. Science Digest 91(6):36-38, 42, 100-104.
  8. 8.0 8.1 Henry dan Kwong, "Why is geophagy treated like dirt?", halaman 355
  9. 9.0 9.1 Jelajah Nesia. 2012. Camilan Ampo Dari Tanah Liat di Tuban