Amuk di Putrajaya 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amuk di Putrajaya 2012 merujuk kepada tindakan amuk Khalil Afandi Hamid (47 tahun) bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya . Khalil didakwa mengaku dirinya "Imam Mahdi" . Pada hari Selasa, 10 Julai 2012 jam 2.30 petang , Khalil Afandi melepasi pondok pengawal keselamatan JPM.

Suspek melibas-libaskan pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan.Apabila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM. Anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai. Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan.

Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala Muhdalina, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. [1]

Mati ditembak[sunting | sunting sumber]

Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berkejar ke tempat kejadian.Pasangan suspek dalam kejadian amuk itu tetap berdegil sehingga memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

PDRM tiada pilihan lain, terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang .Orang ramai diminta supaya tidak mempolitikkan kejadian itu. Suspek tersebut tidak menggunakan sebarang senjata api . Kaitan dengan Imam Mahdi masih disiasat.

Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Muhdalina Ahmad (28 tahun) ibu kepada dua orang anak itu . Khalil dan Muhdalina tidak bekerja dan masih menganggur. Mereka baru seminggu mengenali satu sama lain. Rekod PDRM tidak memaparkan jenayah lampau suspek-suspek tersebut. Muhdalina ditahan reman mulai Selasa untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.[2]

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan tiada kompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan bahawa tahap keselamatan di JPM akan ditingkatkan bagi menjamin keselamatan semua pihak dan insiden seumpama tidak berulang.[3]

Siasatan awal[sunting | sunting sumber]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Jakim meneliti kumpulan agama atau ajaran lain yang mungkin terbabit. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyatakan kemungkinan dua suspek itu menganggotai kumpulan ajaran sesat.[4]

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid menyatakan polis sedang mengesan pihak-pihak yang terbabit seperti pemandu kenderaan yang membawa mereka.[5] Jenazah Khalil Afandi akan disembahyang dan dikebumikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). [6]

Blok Jayanegara[sunting | sunting sumber]

Khalil mempunyai blog di Jayanegara1234.blogspot.com dan selalu aktif sejak Mei 2012. Blog itu menjadi medan untuk suspek berbicara mengenai agama, mengkritik pihak berkuasa, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor. [7]

Tulisan Khalil pada 4 Jun 2012 jelas menyeru agar semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama supaya tidak membenci antara satu sama lain. Malah, lelaki itu turut meminta semua umat Islam supaya melaksanakan perintah Allah iaitu menjaga hubungan kemanusiaan dengan penganut agama lain.

Rencana bertajuk 'Izinkan aku bicara' menyatakan semua kita, tidak kira sesiapa pun adalah khalifah di bumi ini. Jangan kita lupa tugas khalifah. Kita bekerja untuk Allah. Sebarkan dakwah. Sikafir tidak bertepuk tangan jika kita bergaduh.

Mereka juga ada kemanusiaan. Cuma Iblis yang bertepuk tangan. Kamu juga jangan bertepuk tangan jika sikafir bergaduh tetapi damaikan mereka kerana itu tanggungjawab kita. Bukankah kita khalifah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]