Amy Mastura binti Suhaimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amy Mastura
AmyMasturaLebihBaik.jpg
Amy Mastura, kulit album Lebih Baik
Kelahiran Amy Mastura bt. Suhaimi
10 Mei 1971 (43 tahun)

Amy Mastura binti Suhaimi (nama komersial: Amy Mastura; lahir pada 10 Mei 1971 di Hospital Batu Gajah, Perak, Malaysia) merupakan seorang aktres komedi, komposer, pengacara, jurucakap produk dan juga penyanyi popular Malaysia.

Beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an.

Perkembangan Karier[sunting | sunting sumber]

Dari Pramugari ke Asia Bagus (1989 -1993)[sunting | sunting sumber]

Kerjaya pertamanya ialah sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1989 - 1994. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Mazuin Hamzah sebagai sepupu, maka tidak hairanlah dunia seni tidak asing bagi beliau. Amy mula menceburi bidang nyanyian menerusi pertandingan Asia Bagus yang diadakan di Jepun dan hasilnya Amy berjaya memenangi gelaran juara pada tahun 1993 menewaskan bakat-bakat baru dari Asia yang lain.

Meniti Populariti (1994 - 1996)[sunting | sunting sumber]

Kejayaan di Asia Bagus memberi peluang kepada Amy untuk mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Pony Canyon pada tahun 1994. Amy diperkenalkan terlebih dahulu menerusi lagu Harapan Semalam, sebuah duet bersama komposer Azmeer. Setelah segala perancangan ditelusi,maka terbitlah album sulungnya yang berjudul Amy Mastura. Sejak itu Amy mengecap populariti sebagai penyanyi remaja yang membawa kelainan dalam industri muzik dengan muzik rancak dan bersahaja. Lagu-lagu seperti Meniti Hari, Flora & Fauna, Jawapan Kasih dan Kasih menjadi siulan anak muda pada tahun itu.

Amy berjaya meraih anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1994 menewaskan nama-nama besar lain seperti Fauziah Latiff dan Shima. Lagu Meniti Hari pula berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu serta lebih manis, Amy menerima pencalonan kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album di Anugerah Industri Muzik pada tahun 1995. Pada penghujung tahun 1994, Amy meninggalkan karier sebagai pramugari kerana ingin terus serius dalam bidang seni tatkala popularitinya sedang berada di puncak.

Di samping itu, Amy melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa apabila berpeluang berduet bersama penyanyi pop Amerika Syarikat iaitu Tommy Page menerusi lagu The Best Part. Amy juga diintai oleh MTV untuk menjadi VJ dalam program MTV Syok pada tahun 1995.

Kejayaan dalam bidang nyanyian membuka peluang kepada Amy untuk menceburi bidang lakonan di layar lebar. Hakikatnya, Amy telah terlebih dahulu menjadi pelakon ketika menunggu album sulungnya dipasarkan. Pada awal tahun 1994, Amy menjalani penggambaran filem Kuala Lumpur Universiti (KLU) bersama Azhar Sulaiman. Pun begitu, filem tersebut tidak ditayangkan sehinggalah 1999.

Filem kedua Amy iaitu Impian ditayangkan pada tahun 1996 dan sejak itu Amy popular sebagai seorang pelakon menerusi filem-filem seperti Tragedi Oktober, Puteri Impian dan Puteri Impian 2. Ketika itu juga Amy menubuhkan syarikatnya, Amy Mastura Entertainment Sdn Bhd yang pada awalnya diusahasamakan bersama Ajin daripada kumpulan Blackrose.

Amy muncul dengan album kedua pada tahun 1996, dan album kali ini berjudul Pujaanku mendapat sambutan memberangsangkan dari beberapa buah negara di Asia. Seterusnya, Amy muncul dengan album ketiga berjudul Puteri. Album ketiga bagaimanapun tidak menyerlahkan diri Amy sebagai penyanyi apabila bakat lakonan beliau mula diperkatakan akibat keberkesanan karekter Puteri Nora dalam filem Puteri Impian pada tahun 1997, dan sekualnya pada tahun 1998.

Bergelar Aktres Terbaik (1997 - 1999)[sunting | sunting sumber]

Kejayaan dalam bidang lakonan membuka mata pengkritik filem apabila Amy berjaya melakonkan watak komedi dan dramatik secara seimbang di bawah bimbingan pengarah terkenal Aziz M. Osman. Kedua-dua filem Puteri Impian itu mencatat kutipan box office sekaligus menobatkan Amy sebagai Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1999.

Lebih manis lagi, ketika Festival Filem Malaysia ke 14, Amy berjaya mengalah aktres-aktres hebat seperti Vanidah Imran, Nasha Aziz dan Normah Damanhuri untuk bergelar Pelakon Wanita Terbaik (FFM). Amy dicalonkan menerusi siri pertama filem tersebut. Kejayaan tersebut menjadikan Amy satu-satunya finalis Persembahan Vokal Wanita Terbaik di AIM yang berjaya menggondol anugerah Aktres Terbaik di FFM.

Bintang Hati & Alam Rumahtangga (2000 - 2002)[sunting | sunting sumber]

Ekoran namanya lebih dikenali di gelanggang filem berbanding bakat nyanyian, Amy bersama Sony Music berusaha untuk mengembalikan imej Amy sebagai penyanyi. Album yang diterbitkan oleh Boon Tan ini juga mendapat sentuhan Amy sebagai komposer. Ini bukan percubaan pertama Amy sebagai penulis lagu kerana sebelum ini menerusi album Puteri, Amy telah menulis beberapa lagu. Akhirnya, muncullah album Bintang Hati pada 8 Januari 2000. Album ini mendapat sambutan hangat, beberapa lagu-lagunya popular di corong radio. Album ini juga mengembalikan semula populariti Amy di Indonesia apabila lagu duetnya bersama Glenn Fredley mendapat tempat di stesen-stesen radio.

Ketika populariti album ini sedang memuncak, Amy mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada 1 Julai 2000 bersama teman lamanya, Alvin Thamm Suffian. Perkahwinan yang berlangsung di Ipoh, Perak ini disifatkan sebagai Wedding of The Year 2000. Sebelum menamatkan zaman gadis, Amy berpeluang mengadakan konsert solo di Life Centre, Kuala Lumpur.

Menerusi album ini, Amy berjaya meraih trofi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu 2000 menerusi lagu ciptaan Goh Boon Hoe berjudul Bintang Hati. Lagu ciptaan Amy juga mara ke peringkat akhir iaitu lagu Sha Na Na serta dua buah lagu ballad ciptaan Helen Yap berjudul Dengarkanlah dan Siapalah Aku (Zul Mahat) pula mara ke peringkat separuh akhir Balada masing-masing pada tahun 2000 dan 2001.

Pada penghujung tahun 2000, Amy muncul di pentas Istana Budaya menerusi teater Siti Di Alam Fantasi. Lakonan hebat Amy di pentas teater menyaksikan teater itu menjadi teater yang mencatat kutipan tiket paling tinggi selama 8 tahun di Istana Budaya. Amy dikatakan mengalami komplikasi kerana ketika beraksi untuk teater tersebut, beliau tidak menyedari yang beliau sedang mengandung anak pertama. Kandungan Amy selamat, namun Amy terpaksa melupakan hasrat untuk membintangi filem Seri Dewi Malam yang dicipta khas untuknya memegang watak gadis buta psikik.

Amy tidak berehat panjang daripada kerjaya nyanyian selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2001. Kemunculan semula Amy pada tahun 2002 menerusi album Akan Datang ternyata ditunggu-tunggu oleh peminat. Menerusi album ini, Amy terus melakar populariti sebagai penyanyi pop biarpun selepas bergelar isteri dan ibu. Lagu Akan Datang juga membawa Amy ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-17 selain kulit album ini berjaya memenangi kategori Kulit Album Terbaik di AIM. Dalam AIM pada tahun itu juga, muzik video Kasih Suci tercalon untuk Kategori Muzik Video Terbaik. Muzik video tersebut telah ditaja oleh Lux, manakala lagu dan lirik telah digarap sendiri oleh Amy Mastura.

Kembali ke pentas lakonan (2003-2004)[sunting | sunting sumber]

Usai album Akan Datang, Amy kembali semula ke pentas lakonan. Kemunculan pertama Amy di kaca televisyen pada tahun 2001 menerusi telefilem arahan Osman Ali berjudul Toll Gate Girl bersama aktres Rita Rudaini mendapat sambutan hangat dan menunjukkan begitu ramai yang menanti kemunculan Amy di layar lebar.

Bagi mengubati rindu peminat, Amy Mastura Entertainment bersama ACE Motion Picture milik Aziz M.Osman menerbitkan siri VCD drama Cinta 3 Musim yang dipasarkan secara tiga peringkat pada tahun 2003. Lakonan Amy bersama pelakon-pelakon hebat seperti Aqasha, Eja, Aida Aris dan Ako Mustapha itu mencatat jualan yang membanggakan. Menariknya, suami Amy sendiri turut berlakon dalam drama ini sebagai watak pembantu.

Selepas itu, Amy muncul dengan dua buah filem bersama Aziz M. Osman iaitu Trauma dan Bintang Hati. Filem Trauma menyaksikan Amy pertama kali mencuba watak drama sekaligus mengetepikan klise watak komedi yang sering dilakonkannya. Manakala menerusi filem Bintang Hati, Amy bertindak sebagai penulis skrip dan hasilnya begitu membanggakan apabila Amy dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke 18 untuk kategori Cerita Terbaik dan lakonan beliau dalam dua watak, Tasha dan Syakila menerima nominasi Pelakon Wanita Terbaik (FFM). Kedua-dua filem tersebut mencapai kutipan box-office.

Lebih Baik (2005 - 2007)[sunting | sunting sumber]

Setelah sibuk di lokasi tanpa henti, Amy berehat seketika apabila mengandungkan anak kedua, Adalia pada penghujung tahun 2004. Sepanjang tempoh mengandung dan berpantang, Amy sibuk di belakang tabir untuk mencipta lagu-lagu terbaru yang akan dimuatkan dalam album seterusnya.

Penghujung tahun 2005, Amy muncul dengan album solo keenam berjudul Lebih Baik. Album itu bagaimanapun pada awalnya kurang mendapat perhatian apabila single pertamanya Bukakanlah Pintu gagal meraih perhatian pendengar, begitu juga dengan single ketiga berjudul Bingung. Pun begitu, nama Amy melonjak pada tahun 2006 apabila lagu ciptaan Amy sendiri berjudul Cinta dan Kasihku Sinar (ciptaan Amy bersama Hazami dan Anuar Zain) mula diputarkan di corong-corong radio serta dijadikan lagu tema siri TV.

Amy muncul dalam siri drama komedi Puteri musim kelima sepanjang tahun 2006 yang menyaksikan gandingan Amy bersama pelawak Salih Yaakup sebagai suami isteri yang memiliki syarikat Sha Na Na Catering. Mereka merupakan watak sokongan kepada pelakon utama siri itu Nora Danish. Menerusi siri ini, Amy melakonkan watak kakak kepada Roslan, kekasih Puteri yang garang dan jahat. Lagu Cinta dijadikan lagu tema siri TV ini.

Amy juga kembali sibuk di lokasi penggambaran filem dan drama serta sibuk sebagai jurucakap produk seperti Quacker Oat, Omega dan lain-lain.

Amy Mastura Kekal Muda (2008 hingga kini)[sunting | sunting sumber]

Biarpun terpaksa bersaing dengan ramai bakat muda, aura Amy masih utuh di persada seni. Amy muncul dalam banyak drama TV antaranya, siri Kasut Tumit Tinggi serta telefilem Ice Cappucino Machiato. Seiring usia, Amy membawakan watak-watak dewasa dan keibuan.

Tahun 2009 menyaksikan Amy muncul dengan buah tangan terbaru berjudul Happy. Namun album kali ini gagal menyerlahkan kembali sisi Amy sebagai penyanyi kerana imej lakonan beliau lebih dekat di hati penonton. Sepanjang tahun 2010, Amy muncul dalam filem Hooperz dan Aku Tak Bodoh serta beraksi dalam filem seram Damping Malam arahan Ahmad Idham. Amy juga kembali beraksi di pentas teater apabila muncul dalam Muzikal Gamat yang turut dibintangi anak gadisnya, Adalia.

Kini Amy dikenali sebagai salah seorang aktres hebat yang masih aktif di arena seni lakon, sementara auranya sebagai selebriti juga tidak pudar apabila masih menjadi duta kepada produk-produk popular tempatan dan antarabangsa. Lagu-lagu Amy masih menjadi siulan, dan beliau sudahpun memahat nama sebagai salah seorang selebriti Malaysia yang serba boleh dan disayangi jutaan peminat.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Amy merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pesara askar. Ibu Amy, Che Pora Din pernah membintang filem Puteri Impian 2 memegang watak sebagai ibu saudara karekter Puteri Nora. Amy dan abangnya dibesarkan di negeri Perak Darul Ridzuan. Sepupu Amy, Mazuin Hamzah dan abangnya Mazlan Hamzah terlebih dahulu menyertai bidang seni apabila menganggotai kumpulan Quinary M yang popular pada era 80an. Kerjaya Amy dalam bidang seni pula diuruskan oleh sepupunya, Nana sejak bersama Sony Music Malaysia.

Amy dikenali sebagai seorang artis yang berdisiplin dan bersih daripada gossip. Pada era 90an, Amy dikatakan intim dengan ahli kumpulan Blackrose iaitu Ajin. Ajin dan Amy sama-sama mengusahakan Amy Mastura Entertainment ketika usia muda. Namun jodoh mereka tiada, sebaliknya Amy memilih teman zaman kecilnya iaitu Alvin Thamm Suffian, seorang jurutera carigali sebagai suami. Pelawak Zul Yahya merupakan rakan sekolahnya ketika remaja.

Amy dikurniakan dua orang anak gadis yang comel, Adriana & Adalia serta bahagia bersama suami tersayang hingga kini. Amy juga mempunyai pertalian saudara dengan pemain bolasepak antarabangsa Nazmi Faiz.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Impian (1996)
  • Tragedi Oktober (1996)
  • Puteri Impian (1997)
  • Puteri Impian 2 (1998)
  • KLU (1999)
  • Senario Lagi (2000)
  • Trauma (2004)
  • Bintang Hati (2004)
  • Hooperz (2010)
  • Aku Tak Bodoh (2010)
  • Damping Malam (2010)
  • Syhh...Dia Datang (2011)

VCD[sunting | sunting sumber]

  • Cinta 3 Musim (2003)
  • Cinta Q (2006)

Filem Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Tol Gate Girl (2001)
  • Ice Cappucino Machiato (2007)
  • Siapa Boss? (2008)
  • Gegar Gitu Raya (2009)
  • Cheritera (2010)
  • Hikayat (2010)
  • Hantu Susu (2011)
  • Hantu Susu Kembali (2012)
  • Kami Janji Kami Berzanji (2012)

Siri Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Spanar Jaya (2000) Episod: Gong Xi
  • Puteri Musim Kelima (2005)
  • Kasut Tumit Tinggi (2009)
  • Dalam Hati Ada Taman (2012)
  • Nur Melinda (2013)

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Siti Di Alam Fantasi (2000)
  • Selamat Hari Raya Perantau (2008) rakaman untuk TV
  • Muzikal Gamat (2009)
  • Muzikal Gamat 2 (2010)

Nyanyian[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Konsert Solo[sunting | sunting sumber]

  • Amy Mastura Live in Concert 2000 @ Life Centre (2000)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1993 "Harapan Semalam"
duet bersama Azmeer
2 Single CD
1994 "Meniti Hari" 1 Amy Mastura
"Kasih"
"Jawapan Kasih" 1
"Suria Khatulistiwa"
"Flora & Fauna"
1995 "Warkah Biru" 4
"The Best Part"
duet bersama Tommy Page
Single CD
"Diam Diam Rindu" 1 OST Impian
1996 "Lagu Untukmu"
"Nada Rindu" Pujaanku
"Kasih Kita"
"Pujaanku" 2
"Kembalilah"
1997 "Bicara Hati"
"Di Antara Cinta" Puteri
"Hanya Dalam Lagu"
"Gema Rembulan"
1998 "Puteri"
"Strive For The Best"
duet bersama Ziana Zain
Sukan Komanwel 1998
"Akar" The Best of Amy Mastura
"Kedua" 5 OST Puteri Impian 2
1999 "Cahaya" 6
"Dengarkanlah"
duet bersama Glenn Fredley
1 Bintang Hati
2000 "Sha Na Na" 1
"Bintang Hati" 1
"Siapalah Aku" 1
2002 "Akan Datang" 2 Akan Datang
"Kasih Suci" 3
"Hati Berlagu" 6
2003 "Bulan Bertemu Bintang"
"Kembara Cinta"
"Tiada Ragu"
duet bersama Firdee Aqasha
OST Cinta Tiga Musim
2004 "Kelip Kelip" Akan Datang
"Andai"
duet bersama Anuar Zain
6 OST Bintang Hati
2005 "Bukakanlah Pintu" 1 Lebih Baik
2006 "Kasihku Sinar" 2
"Bingung" 7
"Cinta" 2
2008 "Eyok Eyok"
trio bersama Daniel Lee & Sasi The Don
Single CD
2009 "Langkah Di Hatimu" Happy
"Lagu Happy" 7
2010 "Bahasa Langit"
2012 "Tapi Itu Dulu" The Best of Amy Mastura

VCD[sunting | sunting sumber]

  1. Hanya Untukmu (1996)
  2. Amy Mastura Video Hits (2000)
  3. Bintang Karaoke : Amy Mastura (2002)
  4. Amy Mastura MTV Karaoke (2004)
  5. Keunggulan Amy Mastura VCD Karaoke (2005)

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Program TV[sunting | sunting sumber]

  1. MTV Syok @ MTV Channel (Asia) (1995 - 1997)
  2. Casa Impian Musim Ketujuh @ TV3 (2005)
  3. Kraft Single With Kids @ ntv7 (2008)
  4. Apa-Apa Aje Musim Kelima @ TV3 (2009)

Majlis Hiburan / Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Juara Lagu 1994 @ TV3 (1994)
  2. Anugerah Skrin 1995 @ TV3 (1995)
  3. Anugerah Juara Lagu 2005 @ TV3 (2005)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]