Anak Dara Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anak Dara Cina merupakan sejenis serangga perosak. Nama saintifiknya adalah Oncopeltus fasciatus.


(Lygaeus kalmii), nimfa (bawah) dan matang (atas)
Pasangan mengawan

Serangga dewasa dan nimfa makan cecair pokok milkweed, bijibenih, dan kadang kala cecair tumbuhan lain. Apabila tumbuhan asal mereka kurang, mereka mungkin menjadi pemakan bangkai dan pemangsa. Kedua-dua nimfa dan dewasa menggunakan milkweed sebagai sumber makanan utama mereka.

Kitaran hidup dan biologi[sunting | sunting sumber]

Serangga dewasa muncul dari tahap nimfa terakhir.

Serangga dewasa yang terselamat musim sejuk mengawan pada May-Jun, ketika pokok milkweed biasa telah tumbuh cukup untuk memberikan perlindungan. Semasa mengawan, serangga jantan dan betina mungkin bercantum sehingga 10 jam. Telur yang terhasil akan diletakkan pada pod biji benih atau di bawah daun. Purata serangga betina bertelur 30 telur kuning bata pucat sehari, beberapa kali semasa musim panas. Telur bertukar warna, menjadi semakin terang apabila hampir menetas. Serangga ini melalui metamorfosis tak lengkap. Nimfa menetas selepas seminggu dan bersalin kulit 5 kali sebelum menjadi dewasa.

Selepas makan tumbuhan milkweed atau biji benihnya, serangga ini mengumpulkan racun glikosida, (sebatian yang mengandungi molekul karbohidrat, yang biasanya merupakan hasil semula jadi tumbuhan), dalam badan mereka. Ini digabung dengan warna kuning bata, melindungi mereka dari pemangsa (aposematisme).

Pembiakan dalam kurungan[sunting | sunting sumber]

Serangga ini dapat dibiakkan dengan mudah di rumah, sebagai contoh biologi. Dalam kurungan, mereka disimpan dalam balang dengan kait sebagai penutup. Sekiranya biji benih milkweed tiada, mereka diberi makan biji benih bunga matahari, buah berair (tembikai), atau kekacang. Air (dalam bentuk tisu basah) perlu dibekalkan bagi mengekalkan koloni.

Rujukan[sunting | sunting sumber]