Analisis dasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Analisis dasar boleh ditakrifkan sebagai "penentuan mana-mana satu dasar antara berbagai-bagai alternatif yang paling dapat mencapai sesuatu set matlamat, berdasarkan hubungan antara dasar-dasar yang dirumuskan dengan matlamat-matlamatnya".[1] Bidang ini boleh dibahagikan lagi kepada dua subbidang yang utama:

  • Analisis dasar bersifat analisis dan deskriptif, iaitu ia mencuba menerangkan dasar dan pembinaannya;
  • Analiss untuk dasar bersifat preskriptif, iaitu ia melibatkan perumusan dasar dan cadangan (misalnya, untuk memperbaiki kebajikan sosial).[2]

Lingkungan dan tujuan analisis menentukan jenis analisis yang perlu dilakukan. Gabungan analisis dasar dan penilaian program ditakrifkan sebagai kajian dasar.[3]

Analisis dasar seringnya digunakan oleh sektor awam, tetapi juga boleh digunakan untuk jenis-jenis pertubuhan yang lain. Kebanyakan penganalisis dasar mendapat ijazah daripada pusat pengajian dasar awam. Bidang analisis dasar berakar umbi daripada analisis sistem yang dimulakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Syarikat Robert McNamara semasa Perang Vietnam.[4]

Penganalisis dasar boleh memiliki latar-latar belakang yang berbeza, termasuk sosiologi, psikologi, ekonomi, geografi, falsafah, undang-undang, sains politik, kajian Amerika, antropologi, dasar awam, kajian dasar, kerja sosial, perancangan persekitaran, dan pentadbiran awam, antara lain.

Pendekatan analisis dasar[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat berbagai-bagai pendekatan analisis dasar, tiga pendekatan yang umum dapat dibezakan: [5]

  1. Pendekatan analisentrik menumpukan masalah-masalah yang berasingan serta penyelesaiannya; ruang lingkupnya berskala mikro, dengan penafsiran masalah biasanya bersifat teknikal. Tujuannya yang utama adalah untuk mengenal pasti penyelesaian yang paling berkesan dan paling cekap dari segi teknikal dan ekonomi, misalnya peruntukan sumber yang paling cekap.
  2. Pendekatan proses dasar menumpukan proses politik dan melibatkan entiti-entiti yang berkepentingan. Ruang lingkupnya berskala meso, dengan penafsiran masalah biasanya bersifat politik. Tujuannya adalah untuk menentukan proses-proses dan cara-cara yang digunakan serta untuk mencuba menerangkan peranan dan pengaruh entiti-entiti yang berkepentingan dalam proses dasar. Dengan mengubah kuasa dan pengaruh antara satu kumpulan sama lain, misalnya mengukuhkan penyertaan dan perundingan awam, penyelesaian terhadap sesuatu masalah dapat dikenal pasti.
  3. Pendekatan metapolisi ialah pendekatan sistem dan konteks, iaitu ruang lingkupnya berskala makro, dengan penafsiran masalah biasanya bersifat struktur. Ia bertujuan untuk menerangkan faktor-faktor konteks proses dasar, iaitu apakah faktor politik, ekonomi dan sosiobudaya yang mempengaruhi masalah itu. Oleh sebab masalah boleh timbul kerana faktor-faktor struktur, misalnya sesuatu sistem ekonomi atau institusi politik, penyelesaian terhadap masalah itu mungkin akan melibatkan perubahan struktur pada dirinya.

Perkaedahan[sunting | sunting sumber]

Policy analysis is methodologically diverse using both qualitative methods and quantitative methods, including case studies, survey research, statistical analysis, and model building among others. One common methodology is to define the problem and evaluation criteria; identify all alternatives; evaluate them; and recommend the best policy agenda per favor.

Model analisis dasar[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak model untuk menganalisis penciptaan dan penggunaan dasar awam. Para penganalisis menggunakan model itu untuk mengenal pasti aspek-aspek dasar yang penting, selain daripada menggunakannya untuk menerangkan dan meramalkan dasar serta hasilnya. Sesetengah model adalah seperti yang berikut:

Model institusi[sunting | sunting sumber]

Dasar awam ditentukan oleh institusi-institusi politik yang memberikannya kesahan. Pemerintahan mengenakan dasar pada semua rakyat dan memonopoli penggunaan kuasa untuk menguatkuasakan dasarnya.

Model proses[sunting | sunting sumber]

Penciptaan dasar ialah proses yang merangkumi empat langkah seperti yang berikut:

  1. Pengenalpastian masalah dan penuntutan tindakan pemerintahan
  2. Perumusan cadangan dasar oleh berbagai-bagai pihak, misalnya jawatankuasa kongres, kumpulan pemikir, dan kelompok sekepentingan
  3. Pemilihan dan penggubalan dasar, dikenali sebagai "pengesahan dasar"
  4. Penilaian dasar.

Model rasional[sunting | sunting sumber]

Dasar awam bertujuan untuk mencapai "gandaan sosial yang maksimum", dengan dasar yang memaksimunkan manfaat melalui kos yang minimum merupakan dasar yang terbaik dari segi rasional. Ini merupakan salah sebahagian teori pilihan rasional. Bagaimanapun, cara analisis langkah demi langkah ini mempunyai batasan sendiri. Tatacara pemikiran yang linear ini boleh menimbulkan kesukaran dalam penyelesaian masalah-masalah yang luar biasa atau yang tidak mempunyai urutan kejadian yang tertentu.

Model tokokan[sunting | sunting sumber]

Dasar awam ialah sambungan kegiatan kerajaan sebelumnya, dengan perubahan minimum dibuat pada dasar terdahulu. Matlamatnya ialah kajian semula berkala yang sistematik.

Model kumpulan[sunting | sunting sumber]

Peranan sistem politik adalah untuk mengasaskan dan menguatkuasakan tolak ansur antara berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan dalam masyarakat.

Model elit[sunting | sunting sumber]

Dasar awam ialah bayangan kepentingan mereka yang paling berkuasa dalam masyarakat, dan bukannya tuntutan khalayak.

Analisis dasar dalam enam langkah yang mudah[sunting | sunting sumber]

  1. Menentusahkan, mentakrifkan, dan memperincikan masalah
  2. Mengasaskan kriteria penilaian
  3. Mengenal pasti dasar-dasar alternatif
  4. Menilai dasar-dasar alternatif
  5. Memaparkan dan membezakan antara dasar-dasar alternatif
  6. Mengawasi dasar yang dilaksanakan.

Lihat kitaran dasar untuk pendekatan lima langkah dan pendekatan lapan langkah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nagel, Stuart S. (Ed.), 1999, Policy Analysis Methods. New Science Publishers, Inc.
  2. Bührs, Ton and Bartlett, Robert V., 1993. Environmental Policy in New Zealand. The Politics of Clean and Green. Oxford University Press
  3. Building the Policy Studies Enterprise: A Work in Progress
  4. Radin, Beryl (2000), Beyond Machiavelli : Policy Analysis Comes of Age. Georgetown University Press.
  5. Lihat Bührs, Ton and Bartlett, Robert V., 1993. Environmental Policy in New Zealand. The Politics of Clean and Green. Oxford University Press

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Eugene Bardach, A Practical Guide for Policy Analysis: The Eightfold Path to More Effective Problem Solving
  • David L. Weimer and Aidan R. Vining, Policy Analysis: Concepts and Practice, Prentice Hall
  • Frank Fischer, Gerald J. Miller. & Mara S. Sidney (eds.) Handbook of Public Policy Analysis: Theory, Methods, and Politics, New York, Marcel Dekker Inc. 2006.
  • William, Dunn " Public Policy Analysis: An Introduction". Prentice Hall 2003

Pautan luar[sunting | sunting sumber]