Anatomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carta anatomi dari Cyclopaedia, 1728

Anatomi (dari Yunani ἀνατομία anatomia, dari ἀνατέμνειν anatemnein, memotong, membedah), merupakan satu cabang biologi yang membincangkan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh makhluk hidup. Ia boleh dibahagikan kepada anatomi haiwan (zootomi) dan anatomi tumbuhan (fitotomi). Anatomi boleh dipelajari mengikut kawasan atau sistem, contohnya dengan mengkaji kepala dan dada (kawasan) atau sistem saraf dan pernafasan. Antara bidang utama anatomi ialah anatomi perbandingan, histologi dan anatomi manusia.