Andi Gutmans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Andi Gutmans
Andi Gutmans 1.jpg
Kelahiran k.k. 1976
Israel
Pekerjaan Pengasas bersama serta
Naib Presiden Teknologi Zend Technologies [1]
Laman web
Blog Andi Gutmans

Andi Gutmans (lahir k.k. 1976) ialah pengatur cara Israel yang berasal dari Switzerland, serta juga pembangun perisian PHP dan pengasas bersama syarikat Zend Technologies. Disebabkan sumbangannya kepada bahasa pengaturcaraan PHP, antara lain, beliau telah dinamakan oleh majalah Computerworld pada tahun 2007 sebagai salah satu daripada "40 Tokoh Teknologi Maklumat di Bawah Umur 40 Tahun untuk Memerhatikan".

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Switzerland, Gutmans belajar di Technion (Institut Teknologi Israel) yang terletak di Haifa. Bersama-sama dengan Zeev Suraski, rakannya di institut itu, beliau membangunkan PHP 3 pada tahun 1997. Versi mereka itu merupakan titik peralihan bagi bahasa pengaturcaraan PHP yang kini menguasai 20 juta laman sesawang dan memiliki melebihi 4.5 juta pembangun.

Pada tahun 1999, kedua-dua Gutmans dan Suraski menulis teras PHP 4 yang dinamai Enjin Zend, lalu mengasaskan syarikat Zend Technologies untuk mengendalikan pengembangannya. Nama Zend merupakan kata lakur yang terdiri daripada perkataan Zeev dan Andi, iaitu nama pertama Gutmans dan Suraski. Pada tahun yang sama, Gutmans dicalonkan untuk menerima Anugerah FSF bagi Pemajuan Perisian Bebas. Bersama-sama dengan Stig Bakken dan Derrick Rethans, beliau menulis sebuah buku yang berjudul "Pengaturcaraan Kuasa PHP 5" pada tahun 2004.

Gutmans ialah anggota Yayasan Perisian Apache. Beliau kini mengerjakan berbagai-bagai projek untuk meningkatkan perasaan nikmat para pembangun PHP. Tumpuannya yang khusus melibatkan perkhidmatan dan gelintaran laman sesawang, termasuklah projek Rangka Kerja Zend. Projek tersebut membekalkan rangka kerja sumber terbuka yang bermutu tinggi untuk membangunkan atur cara dan perkhidmatan laman sesawang moden. Salah satu contoh kegunaan teknologi maklumat Rangka Kerja Zend ialah projek QEDWiki, atur cara penggunaan IBM, yang membenarkan penciptaan atur cara perusahaan campuran dengan mudah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Alarm Clock: Zend

Pautan luar[sunting | sunting sumber]