Andrew Zimmern

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andrew Zimmern
Zimmern di Punch Neapolitan Pizza[1]
Kelahiran
Andrew Scott Zimmern

(1961-07-04) 4 Julai 1961 (umur 62)
PekerjaanPakar masak-memasak, jurumasak, pengacara televisyen, personaliti radio, pengkritik makanan, penulis ruang
PasanganRishia Haas (1 anak)

Andrew Scott Zimmern (lahir 4 Julai 1961) ialah seorang pengacara televisyen, jurumasak (chef) dan penulis makanan A.S. Beliau merupakan pencipta bersama, pengacara dan penerbit perunding siri Travel Channel Bizarre Foods with Andrew Zimmern, Bizarre Foods America dan Andrew Zimmern's Bizarre World. Hasil kerjanya terhadap Bizarre Foods with Andrew Zimmern, beliau diberikan James Beard Foundation Award pada 2010 dan 2013. Beliau juga mengacara rancangan Dining with Death, yang membincangkan mengenai makanan yang boleh menyebabkan kematian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rachel Hutton, Punch Pizza lauded by Travel Channel, offers $3 pizzas Diarkibkan 2011-01-26 di Wayback Machine, City Pages, 24 Januari 2011, Dicapai 25 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]