Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
| Angkatan Bersenjata Diraja Brunei |
|
|---|---|
| Diasaskan | 31 Mei, 1961 |
| Bentuk kini | 1 Januari, 1984 |
| Cabang khidmat | Tentera Darat Diraja Brunei Tentera Udara Diraja Brunei Tentera Laut Diraja Brunei Institut Latihan |
| Usia masuk tentera | 18 tahun ke atas |
| Sedia berkhidmat dalam tentera |
108,356 lelaki, usia 16-49, 110,153 wanita, usia 16-49 |
| Sesuai untuk berkhidmat |
92,543 lelaki, usia 16-49, 95,301 wanita, usia 16-49 |
| Capaian usia masuk tentera tahunan |
3,460 lelaki, 3,399 wanita |
| Perbelanjaan | |
| Peratusan KDNK | 4.5% (2006) |
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah ditubuhkan pada 31 Mei, 1961. Pada awalnya ia dikenali dengan nama Askar Melayu Brunei sebelum dianugerahkan gelaran "Diraja" pada 31 Mei, 1965. Ia kemudian dikenali sebagai Askar Melayu Diraja Brunei. Setelah mendapat kemerdekaan pada 1 Januari, 1984, Askar Melayu Diraja Brunei telah dinamakan semula sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei[1].
Disebabkan sejarahnya, hanya warganegara Brunei yang berbangsa Melayu (Bumiputera) boleh memasuki angkatan tentera[2]. Etnik-etnik Melayu terdiri daripada suku kaum asli Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut, dan Tutong sebagaimana ditakrifkan di dalam perlembagaan Brunei[3]. Perkhidmatan ketenteraan tidak diwajipkan kepada mana-mana penduduk tertentu dan tidak terdapat dasar ketenteraan di Brunei.
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menggunakan pelbagai jenis peralatan ketenteraan buatan luar negara, yang mana sebahagian besar dibeli dari United Kingdom, Perancis/Eropah dan Amerika Syarikat. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei merupakan pasukan bersenjata yang terbesar, yang mana terdiri daripada sepasukan kecil pasukan tentera laut dan tentera udara. Meskipun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kekurangan pengalaman bertempur, ia sering kali diatur gerak di wilayah sekitar bagi misi-misi kemanusiaan dan pengaman. Brunei juga memiliki hubungan ekstensif ketenteraan dengan Singapura.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Nota
- ↑ Introduction - Royal Brunei Armed Forces - retrieved 19-04-2007
- ↑ Military Record, Brunei - retrieved 20-04-2007
- ↑ Brunei: The Abode of Peace - retrieved 20-04-2007