Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
中国人民解放军海军
People's Liberation Army Navy Jack and Ensign
Aktifsejak September, 1950
NegaraRepublik Rakyat China
CawanganTentera Pembebasan Rakyat
JenisTentera laut
Saiz250,000 anggota
58 kapal selam
77 penempur permukaan utama
84 kapal perang amfibia
~387 kapal perang pantai
~31 kapal perang periuk api
~370-480 kapal pendarat
~150 kapal sokongan/ bantuan
PertempuranPerang Saudara China, Perang China-Vietnam, Menentang pelanunan di Somalia
Komander
Komander
terkini
Laksamana Wu Shengli

Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (Cina Ringkas: 中国人民解放军海军; Cina Tradisional: 中國人民解放軍海軍; Pinyin: Zhōngguó Rénmín Jiěfàngjūn Hǎijūn) merupakan cabang laut bagi Tentera Pembebasan Rakyat, iaitu pasukan bersenjata di Republik Rakyat China. Sehingga awal 1990-an, tentera laut berada di bawah arahan Angkatan Darat Tentera Pembebasan Rakyat. Setelah mengalami pemodenan besar-besaran, ia kini memiliki kekuatan seramai lebih 250,000 orang anggota, termasuk 35,000 orang anggota Pasukan Pertahanan Pantai dan 56,000 anggota infantri laut/Marin, serta 56,000 anggota Penerbangan Tentera Laut yang mengendalikan beberapa ratus pesawat berpangkalan di darat dan helikopter yang berpangkalan di atas kapal. Sebagai sebahagian dari program pemodenan keseluruhan tentera lautnya, Angkatan Laut bercadang untuk membangunkan sebuah tentera laut laut-lepas.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam. [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]