Angkatan Pelukis SeMalaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) ialah sebuah pertubuhan yang bertujuan menggabungkan para pelukis dan peminat seni lukis di Malaysia.

Penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia adalah kesinambungan dari Majlis Kesenian Melayu (MKM) yang ditubuhkan pada 6 Julai 1956 diDewan UMNO Jalan Batu (sekarang Jalan Tunku Abdul Rahman) Kuala Lumpur. Seramai 30 orang yang hadir untuk menubuhkan MKM. Antara Jawatankuasa yang telah dilantik diawal penubuhan ialah: Penasihat: En. Senu Abdul Rahman dan En. Yaacob Latif. Pengerusi: Mohammad Hossein Enas, Setiausaha: En. Idris Salam, Pemangku S/U: Yusof Nordin, Bendahari: Cik Habibah Baharuddin dan En. Tamby Abdullah long, Jawatankuasa Seni Lukis: En. Zakaria Noor, Jawatankuasa Persuratan: En. Alang Hassan Long, Jawatankuasa Tarian dan Drama: En. Matari Rahman dan Jawatankuasa Penerangan: En. Sudin Majid. Aktiviti yang dapat dilakukan ialah 'Pameran Senilukis 1' di Dewan British Council, Kuala Lumpur. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaya Tun Abdul Razak. Disebabkan aktiviti Seni Lukis mendapat tempat dikalangan ahli pada ketika itu maka pada tahun 1957 MKM ditukar dengan nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Pada 15 April 1958 pendaftaran Petubuhan telah meluluskan nama APS yang baru. Hinggalah apabila Malaya bertukar kepada Malaysia pengerusi baru Rn. MAzli Mat Som telah menukar nama dari Semenanjong kepada Malaysia iaitu Angkatan Pelukis Se-Malaysia. APS terus mengorak langkah dengan memperjuangkan perjuangan pelukis-pelukis Malaysia. Kini APS telah diterajui oleh barisan pemimpin baru dan menghidupkan tradisi APS. Pada 6 Julai 2013 APS mengadakan mesyuarat Agung untuk mengaktifkan pertubuhan ini. Barisan Jawatankuasa yang baru ialah: Presiden: Hassan Mohd Ghazali, Naib Presiden: Amiruddin Ariffin, Setiausaha: Pn. Aminah Abd Rahman dan lain-lain.