Angkatan tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pasukan bersenjata dalam sebuah negara adalah merupakan pertubuhan, pasukan tempur atau pertahanan yang dibiayai oleh kerajaan. Ia diwujudkan bagi melebarkan polisi dalam dan luar negara badan pentadbir, dan untuk mempertahankan badan dan negara yang diwakilinya dari penceroboh luar atau dalam. Di beberapa negara, pasukan separa tentera dimasukkan sebagai salah sebuah cabang angkatan tentera negara. Kuasa bersenjata adalah penggunaan pasukan bersenjata bagi mencapai tujuan politik.

Kajian penggunaan pasukan bersenjata dikenali sebagai sains ketenteraan. Secara umumnya, ia melibatkan serangan dan pertahanan pada tiga "tahap": strategi, seni operasi dan taktik. Kesemua tiga tahap ini mengkaji penggunaan kekuatan bagi mencapai objektif yang ingin dicapai.