Animasi pepotong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Animasi pepotong adalah sejenis teknik penghasilan animasi yang menggunakan watak-watak, prop dan latar leper yang dipotong dari bahan-bahan seperti kertas, kad, kain keras ataupun foto. Filem-filem cetera animasi terawal yang dikenali dunia merupakan animasi pepotong (buatan Argentina oleh Quirino Cristiani); seperti adanya filem cetera animasi tertua yang masih wujud di dunia.

Kini, animasi bergaya pepotong sering dihasilkan dengan menggunakan komputer, di mana gambar imbas atau grafik vektor mengambil tempat bahan terpotong. Misalnya, siri TV South Park (meskipun episod-episod terawal memang menggunakan potongan kertas); Angela Anaconda dan Charlie and Lola. South Park kini dibuat dengan perisian Maya dan Corel Draw. Antara juruanimasi terkenal yang masih menggunakan animasi pepotong lama pada zaman sekarang termasuk Yuriy Norshteyn.

Rujukan[sunting | sunting sumber]