Aniplex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aniplex Inc.
Jenis Anak Syarikat Sony Music Entertainment Japan
Industri Produksi anime dan muzik
Ditubuhkan Januari, 1997
Ibu pejabat Chiyoda, Tokyo, Jepun
Perancang utama Shigekazu Takeuchi, Presiden
Produk Fullmetal Alchemist
Blood: The Last Vampire
Rurouni Kenshin
Hasil ¥2,280,000,000
Pekerja 50
Induk Sony Music Entertainment Japan (100%)
Anak syarikat A-1 Pictures Inc. (100%)
Bancho Inc. (100%)
Voice & Heart Inc. (70%)
Laman web Laman rasmi Aniplex

Aniplex Inc. (株式会社アニプレックス Kabushiki Kaisha Anipurekkusu?), dikenali sehingga 2001 sebagai Sony Pictures Entertainment (SPE) Visual Works Inc. dan sehingga April 2003 sebagai Sony Music Entertainment (SME) Visual Works Inc., ialah sebuah perusahaan pengeluaran dan pengedaran anime dan muzik Jepun, dimiliki oleh Sony Music Entertainment Japan, dan ditubuhkan pada bulan Januari, 1997. Mereka telah terlibat dalam beberapa pengedaran dan produksi beberapa siri anime, misalnya Fullmetal Alchemist, Blood+, Rurouni Kenshin, Ginban Kaleidoscope dan sebagainya. Di samping itu, Aniplex juga terlibat dalam beberapa produksi dan pengedaran rekod-rekod muzik dan soundtrack, termasuk juga penghasilan soundtrack asli untuk setiap permainan komputer dan video Sony Computer Entertainment.

Pada asalnya dikenali sebagai Sony Pictures Entertainment (SPE) Visual Works Inc., syarikat tersebut ditubuhkan pada bulan September 1995 sebagai hubungan perkongsian di antara Sony Pictures Entertainment dan Sony Music Entertainment Japan, dan namanya ditukar dalam tahun 2001 kepada Sony Music Entertainment (SME) Visual Works Inc. selepas menjadi anak syarikat yang dimiliki penuh Sony Music Entertainment Japan. Dalam bulan April 2003, namanya ditukar kepada Aniplex Inc.

Dalam tahun 2005, syarikat tersebut menubuhkan studio animasi A-1 Pictures.

Produksi Anime[sunting | sunting sumber]

Aniplex telah menghasil siri-siri anime yang berikut:

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]