Anis Matta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anis Matta
Presiden Partai Keadilan Sejahtera
Dalam jawatan
1 Februari 2013 – 10 Ogos 2015
Didahului olehLuthfi Hasan Ishaaq
Digantikan olehSohibul Iman
Timbalan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat - Republik Indonesia dari PKS
Dalam jawatan
1 Oktober 2009 – 1 Februari 2013
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Ketua Umum Partai Gelombang Rakyat
Memegang jawatan
10 November 2019
Didahului olehBaru
Butiran peribadi
Lahir (1968-12-07) 7 Disember 1968 (umur 55)
Bone, Sulawesi Selatan
Parti politikPartai Gelombang Rakyat

Muhammad Anis Matta (lahir di Bone, Sulawesi Selatan, 7 Disember 1968; umur 55 tahun) adalah salah seorang ahli politik Indonesia. Anis adalah Timbalan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia penggal 2009-2014, namun mengundurkan diri pada 1 Februari 2013 setelah dilantik sebagai Presiden PKS [1] oleh Majlis Syura PKS menggantikan Luthfi Hasan Ishaaq yang menghadapi kes rasuah.[2]

Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islam dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) pada tahun 1992. Pada tahun 2001, beliau mengikuti pendidikan di Lembaga Ketahanan Nasional (Lemhannas). Beliau aktif sebagai Setiausaha Agong DPP Partai Keadilan Sejahtera selama empat penggal berturut-turut (1998-2013)[3] dan Lembaga Hikmah Pimpinan Persyarikatan Muhammadiyah.

Presiden PKS[sunting | sunting sumber]

Setelah mantan Presiden PKS, Luthfi Hasan Ishaaq, ditetapkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia disabitkan kesalahan dan mengundurkan diri, Majlis Syura PKS menetapkan Anis sebagai Presiden Partai Keadilan Sejahtera yang baru.[4] Setelah menjadi Presiden PKS[5], beliau kemudiannya mengundurkan diri daripada jawatan di Dewan Perwakilan Rakyat RI sekaligus daripada menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat RI.[6] Beliau memimpin PKS bermula 1 Februari 2013 hingga 10 Ogos 2015

Menubuhkan GELORA[sunting | sunting sumber]

Anis Matta menubuhkan Partai Gelombang Rakyat (GELORA) pada 10 November 2019 dan menjadi Ketua Umum parti tersebut. Beliau dibantu oleh Fahri Hamzah yang menjadi Timbalan Ketua Umum dan Mahfudz Sidik sebagai Setiausaha Agung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden Partai Keadilan Sejahtera
2013-2015
Penyandang Kemudian
Luthfi Hassan Ishaaq Sohibul Iman