Anita Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anita Sarawak
Kelahiran
Ithnaini binti Mohd Taib

(1952-03-23) 23 Mac 1952 (umur 72)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif1956–2010
Pasangan
  • Mohamed Abdul Samad (k. 1972; c. 1976)
  • Broery Marantika (k. 1981; c. 1985)
  • James Dean Nicholson (k. 1995; c. 1999)
  • Mohammad Mahathir Abdullah (k. 2001)
IbuSiput Sarawak
BapaDato' S. Roomai Noor
Keluarga

Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952)[1] atau Ithnaini binti Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura berketurunan Melayu (walaupun kampung halaman asalnya kesemuanya yang terletak di Malaysia seperti di Temerloh, Pahang, iaitu kampung sebelah bapanya, Dato' S. Roomai Noor dan juga Kuching, Sarawak serta Georgetown, Pulau Pinang, iaitu kampung sebelah ibunya, Siput Sarawak), dan pernah menerima anugerah dari "Asian Entertainment Establishment" kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain M. Nasir dan Allahyarhamah Sharifah Aini (1953 - 2014).[2]

Dilahirkan oleh seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang masyhur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibubapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak,[3] mempunyai seorang kakak iaitu Allahyarhamah Murni Sarawak (1946 - 2016) dan 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari.

Anita memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas tahun di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas.

Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada 1985 Anita meninggalkan Singapura untuk menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar's Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.

Popularitinya disebabkan oleh usahanya dalam sentiasa mengubah gaya persembahan. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa untuk sering menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain terbaik dalam dunia muzik.

Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudian memutuskan pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur. Sebelum menerima tawaran menjadi hos TV di Malaysia, Anita banyak mengacarakan rancangan2 hiburan Inggeris dan Melayu di Mediacorp TV & SURIA CHANNEL di Singapura antaranya seperti :

  • Phua Chu Kang (Penampilan khas)
  • Speak of a Diva
  • Bersama Anita
  • Mahligai Kita

Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu:

  • sewaktu dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia;
  • sewaktu menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan;
  • mengendalikan rancangan temu bualnya di Astro; serta
  • kontrak perakamannya dengan KRU.

Kini, Anita mempunyai sitkom sendiri dan ingin menumpukan masanya dalam bidang filem. Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, dia amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelarkan "Anita Sarawak, Koleksi Cinta".

Anita sudah menghasilkan banyak album EP dan LP dari 1969 dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam tahun 1975 , Anita berduet dengan Ismail Haron, dan membentuk pasangan duet yang ideal ketika itu. Maka lahirlah album Ismail & Anita. Judul dan lagu-lagu di bawah ini adalah seglintir sahaja.

Pada tahun 2008, Anita telah diberi Anugerah OXCEL (The Oxford Centre for Leadership) Lifetime Achievement Award di OXCEL International Conference. Anugerah itu mengiktiraf kejayaan sebagai professional yang berjaya bukan sahaja di Asia tetapi juga di Las Vegas, USA.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan pertamanya ialah dengan pemuzik dari kota Singa, Mohamed Abdul Samad pada 1972. Bagaimanapun, mereka berpisah pada April 1976. Menjelaskan sebab perceraian itu, Anita berkata, perkahwinan pertamanya itu bukan berlandaskan kepada cinta. Sebaliknya, dia berkahwin semata-mata kerana memenuhi permintaan Allahyarhamah ibunya.

Tahun 1981, Anita sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal dari Indonesia, Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontroversi yang bukan calang-calang kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristian. Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Malangnya, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian.

Ketika itulah Anita mengambil keputusan nekad berhijrah ke AS dan memperjudikan nasib seninya di pusat hiburan terkenal, Caesar's Palace. Sebelum berangkat ke AS, Anita meninggalkan peminat dengan sebuah album Melayu yang memuatkan lagu yang cukup istimewa - Bawalah Daku Pergi. Sedekad berlalu. Pintu hatinya diketuk oleh James Dean Nicholson (JD) bekas penyanyi kumpulan Commodores. Namun perkahwinan kali ini juga tidak terlepas daripada cabaran getir. Enam bulan sebelum mereka disatukan, pasangan itu ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana berkhalwat di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Belum sempat mengecapi kebahagiaan dan nikmat sebenar alam berumah tangga, Anita terpaksa menerima hakikat pahit yang dia harus kembali menjalani kehidupan secara solo. Anita dan JD berpisah empat tahun kemudiannya.

Pernikahannya yang keempat dengan Martin Cox, 47, atau nama Islamnya Mohamad Mahathir Abdullah dilangsungkan di sebuah masjid di Las Vegas pada Ogos 2001. Mahathir bagaimanapun telah memeluk Islam dan mempelajari selok-belok agama sebulan sebelum perkahwinan tersebut dilangsungkan. Mahathir yang berketurunan Inggeris merupakan pengurus Anita. Pengantin baru itu berkenalan pada penghujung tahun 1999. Bibit-bibit perkenalan yang membuahkan percintaan antara Anita-Mahathir itu bermula ketika Mahathir dan rakan-rakannya berkunjung ke Las Vegas untuk menonton aksi peninju dunia, Evander Holyfield [4]. Mahathir kemudian menjadi pengurus Anita ketika beliau mengambil keputusan untuk kembali menetap di Singapura dan Malaysia pada tahun 2002. Pada tahun 2012, Anita dan Mahathir menghilangkan diri daripada media dan peminat apabila pulang kembali ke Amerika Syarikat.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP & Singles:

  • With a Lot o' Soul (1969) [5]
  • Rain (1970) [6]
  • Rindu Ku Hilang (1970) [7]
  • Papa Ku Pulang (1971) [8]
  • Talipon Berbunyi (1971) [9]
  • Warna Gambaran Hati (1971)[10]
  • Kawan Ku Bintang Capricorn (1972)[11]
  • Pemandu Pelancong (1973) [12]
  • Antara Aku dan Dia (1974)
  • Pesan Ayah (1974) [13]
  • Lekaslah Kembali (1975)[14]
  • Gembira Bersama (1976) [15]


ALBUMS (LP/Cassette/CD):

  • La La La Lu (1972)
  • Beautiful Sunday/Hari Minggu (1973)
  • Antara Aku dan Dia (1974)
  • Live at The Mandarin Singapore (1975) [16]
  • Anita (1975) [17]
  • Alam Terpuja (1975)
  • Sophisticated Lady (1976)[18]
  • Berdendang Bersama Anita (1976)
  • Love Me (1977) [19]
  • Dancing In The City (1978)[20]
  • The Way I Feel Tonight (1978) [21]
  • Anita Sarawak (Capitol Records release) (1979)[22]
  • Gayamu Biar Sederhana (1979)
  • For the Love (1981) [23]
  • Damai (1982) [24]
  • Bawalah Daku Pergi (Indonesia release/Varia Nada Utama Record) (1984)
  • Dunia Oh Dunia (Indonesia release/Varia Nada Utama Record) (1985) [25]
  • Aku Menyayangimu (1985)
  • Asmara (1989) [26]
  • Cinta Nan Satu (1990)
  • Antara Yg Manis (1992)
  • Seksis (2004)
  • Another Dimension (2005)


ALBUMS (DUO/KOMPILASI):

  • Anita & Ismail Kesah Dol Dan Minah EP (1972) [27]
  • Anita & Ismail Keluarga Bahagia EP (1974) [28]
  • Ismail Haron & Anita Sarawak, Duo Terhebat (2010) [29]

Lagu Popular[sunting | sunting sumber]

  • Akhirnya Kini Pasti
  • Antara Yang Manis
  • Asmara
  • Ayam Den Lapeh
  • Bawalah Daku Pergi
  • Bercanda Di Pasiran Pantai (Duet bersama Sudirman Hj Arshad )
  • Bisikan Cinta
  • Cintamu Muzik Di Hatiku
  • Dengar Ini Cerita
  • Joget Sayang Di Sayang
  • Kisah Kawanku
  • Lagu Cinta Kita
  • Lodeh Mak Lodeh
  • Menunggu Nasi Minyak
  • Tragedi Buah Epal
  • Seksis
  • Ular

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1956 Penchuri Filem pertama, pelakon kanak - kanak
1966 Dua Kali Lima Ani
2003 Mr. Cinderella 2 Suria
2006 Diva Popular

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Selagi Ada Kasih Mediacorp Suria
2004 Agensi Melor Astro Ria
2008 Papaku Rock Astro Prima

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2004 Topeng Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2003–2004 Anita Pengacara Astro Ria
2007–2010 Kwek Mambo Anita Astro Prima
2009–2010 Astana Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-27. Dicapai pada 2008-01-17.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 2018-10-09.
  3. ^ Kak Nita Kenal Ayah Waktu 7 Tahun.[pautan mati kekal]
  4. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm
  5. ^ With a Lot o' Soul
  6. ^ Rain
  7. ^ Rindu Ku Hilang
  8. ^ Papa Ku Pulang
  9. ^ Talipon Berbunyi
  10. ^ Warna Gambarang Hati
  11. ^ Kawan Ku Bintang Capricorn
  12. ^ Pemandu Pelancong
  13. ^ Pesan Ayah
  14. ^ Lekaslah Kembali
  15. ^ Gembira Bersama
  16. ^ Live at The Mandarin Singapore
  17. ^ [1]
  18. ^ Sophisticated Lady
  19. ^ [2]
  20. ^ [3]
  21. ^ The Way I Feel Tonight
  22. ^ Anita Sarawak
  23. ^ [4]
  24. ^ [5]
  25. ^ [6]
  26. ^ Asmara
  27. ^ [7]
  28. ^ [8]
  29. ^ Anita Sarawak, Ismail Haron ‎– Duo terhebat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]