Anjing pemburu Ariège

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Ariège)
Anjing pemburu Ariège
Nama lainAnjing Ariège
Negara asalPerancis
Trait
Berat 25–27 kg (55–60 lb)
Tinggi Jantan 52–58 cm (20–23 in)
Betina 50–56 cm (20–22 in)
Bulu pendek, halus, dan padat
Warna putih atau putih berbelak, dengan tompok hitam dan tanda sawo matang
Jangka hayat 10–14 tahun[1]:164
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Ariège atau anjing Ariège[a] ialah satu baka anjing pemburu bau bersaiz sederhana dari département Ariège di rantau Midi-Pyrénées di Perancis selatan. Ia mungkin telah diperoleh daripada pembiakbakaan silang anjing-anjing pemburu berkawanan seperti anjing pemburu biru besar Gascogne dan anjing pemburu besar Gascogne Saintonge dengan briquet tempatan.[2][3] Ia berburu sama ada bersendirian atau dalam kawanan, dan digunakan sebagai courser dan untuk mengejar buruan ke arah senjata yang menunggu. Sementara paling berjaya dengan kelinci, ia juga digunakan untuk memburu rusa dan babi hutan.[4] Ia tidak menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehidupan bandar,[5] dan biasanya tidak dipelihara sebagai anjing teman.[6]:46

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Ariège ialah baka tradisional bagi Midi-Pyrenées, dan khususnya bagi Ariège. Ia mungkin telah diperoleh daripada pembiakbakaan silang anjing-anjing pemburu berkawanan seperti anjing pemburu biru besar Gascogne dan anjing pemburu besar Gascogne Saintonge dengan briquet tempatan.[2][3] Baka ini diiktiraf secara rasmi di Perancis pada tahun 1912,[1]:164 diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[2][3]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Ariège berpenampilan serupa dengan anjing pemburu biru besar Gascgone dan anjing pemburu besar Gascogne Saintonge, tetapi mempunyai tubuh lebih ringan dan setinggi begitu tinggi.[2][3] Berat biasa ialah kira-kira 25–27 kg (55–60 lb).[1]:164 Jantannya berdiri setinggi sekitar 52–58 cm (20–23 in) dan betinanya pula kurang sekitar dua sentimeter.[2][3] Kulitnya ketat tanpa kedut; mukosanya hitam. Lapis bulunya padat, licin, dan pendek, putih atau putih berbelak dengan tanda jelas hitam; ada tanda sawo matang di muka, dan titik sawo matang di atas mata.[1]:164[2][3] Telingaya lembut dan cukup panjang untuk mencapai hidung. Lehernya langsing dan sedikit melengkung. Kakinya berbentuk bujur panjang, seperti yang pada kelinci, dengan tapak dan cakar hitam; tiada kuku embun. Ekornya sedikit melengkung.[2][3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Ariège ialah anjing pemburu bau. Ia berburu sama ada bersendirian atau dalam kawanan, dan digunakan sebagai courser dan untuk mengejar buruan ke arah senjata yang menunggu. Sementara paling berjaya dengan kelinci, ia juga digunakan untuk menjejak rusa dan babi hutan.[4] Anjing ini ringan dan tegap dan mampu bekerja di rupa bumi susah malah juga di dalam semak tertebal, tetapi tidak begitu pantas.[7]:67[8]:31 Ia melolong sementara menjejak.[7]:67

Ia tidak menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehidupan bandar,[5] dan biasanya tidak dipelihara sebagai anjing teman.[6]:46

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ارييج; انجيڠ ارييج; Perancis: chien ariégeois; ariégeois; bahasa Inggeris: Ariège hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London; New York: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  2. ^ a b c d e f g "Standard FCI N° 20 ARIEGEOIS" [Piawaian FCI No. 20 Anjing Pemburu Ariège] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 2 Februari 1998. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  3. ^ a b c d e f g "FCI-Standard N° 20 ARIÉGEOIS (Ariege-Hound)" [Piawaian FCI No. 20 Anjing Pemburu Ariège] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 3 September 1996. Dicapai pada 19 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b Standard de l'Ariegeois (Perancis). Club du Bleu de Gascogne. Diarkibkan pada 1 Jun 2002.
  5. ^ a b Ariegeois (Perancis). Société Centrale Canine. Dicapai pada Januari 2022.
  6. ^ a b Tamsin Pickeral (2014). Dogs Unleashed (Inggeris). San Diego: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681.
  7. ^ a b Maxence Ponroy (2000). Toutes les chasses du chevreuil (Perancis). Paris: Editions Jean-Paul Gisserot. ISBN 9782877475310.
  8. ^ Pierre Rousselet-Blanc (2019). Le Larousse du chien et du chiot (Perancis). Paris: Larousse. ISBN 9782035968562.