Anjing Billy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Billy
Anjing pemburu Poitou, tahun 1915
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 60–70 cm (24–28 in)
Betina 58–62 cm (23–24 in)
Bulu Pendek
Kasar kepada sentuhan
Warna Putih atau putih pudar; mungkin ada tompok atau mantel jingga atau lemon
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Billy atau billy (Sebutan bahasa Melayu: [biji~bili])[a] ialah satu baka anjing pemburu bau besar yang berasal dari Perancis barat tengah.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing Billy boleh berwarna putih tulen, putih pudar, atau kelabu, kadang-kadang dengan tompok jingga atau lemon pada kepala dan tubuh. Bulunya pendek, licin, kasar kepada sentuhan. Beratnya berukuran 72–104 lb (33–47 kg) dan tingginya berukuran 60–70 cm (24–28 in) pada paras bahu untuk jantan dan 58–62 cm (23–24 in) untuk betina.

Piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa menyarankan bahawa anjing ini patut bercongklang dengan mudah dalam pergerakannya. Piawaian untuk baka ini diasaskan pada tahun 1885.[1][2]

Anjing Billy tidak sesuai untuk rumah kecil kerana ia memerlukan banyak senaman dan susah dikekang serta amat pantas.

Sejarah dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing Billy dihasilkan oleh Monsieur Gaston Hublot de Rivault Taco pada abad ke-19, dan dinamai sempena rumah beliau Château de Billy di Poitou. Anjing Billy dihasilkan dengan menggabungkan tiga strain asli anjing pemburu Poitou, iaitu anjing Montembœuf, anjing Céris, anjing Larrye. Sementara anjing pemburu Poitou modern lebih hampir menyerupai susur galur triwarna Larrye, Rivault lebih tertarik kepada warna-warna lebih pudar yang dikatikan dengan susur-susur galur Montembœuf dan Céris, dan pewarnaan merupakan penentu utama dalam pemilihan baka pengasas.[3] Kawanannya disuraikan pada tahun 1927 dan baka ini hampir menghadapi kepupusan dengan hanya dua ekor anjing pemburu yang terselamat dalam Perang Dunia Kedua.[4] Walau bagaimanapun, anak kepada de Rivault, iaitu Anthony, berusaha untuk menghidupkan baka ini semula melalui penggunaan cermat anjing pemburu Poitou, anjing pemburu porselin, dan harrier.[5]

Anjing Billy merupakan salah satu baka pengasas yang digunakan dalam perkembangan anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis pada hujung abad ke-19.

Anjing Billy kekal sebagai baka jarang, walaupun terdapat beberapa kawanan di negeri asalnya Perancis yang digunakan untuk memburu rusa roe, dan dua kawanan untuk memburu babi hutan.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ بييي; بييي; Perancis: billy

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Standard FCI N° 25 BILLY" [Piawaian FCI No. 24 Anjing Billy] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 24 April 1997. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  2. ^ "FCI-Standard N° 25 BILLY" [Piawaian FCI No. 24 Anjing Billy] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Pn. Kincaid, dikemaskinikan oleh Dr. Paschoud. 24 April 1997. Dicapai pada 19 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Alderton, Hounds of the World (Inggeris), hlm. 94.
  4. ^ Fogle, The Encyclopedia of the Dog (Inggeris), hlm. 196.
  5. ^ Alderton, Hounds of the World (Inggeris), hlm. 94–95.
  6. ^ Alderton, Hounds of the World (Inggeris), hlm. 95.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]