Anjing gembala Brie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Brie)
Anjing gembala Brie
Anjing Brie
Nama lainAnjing Brie
Anjing gembala tanah pamah Perancis
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 62–68 cm (24–27 in)[1][2]
Betina 56–64 cm (22–25 in)[1][2]
Bulu panjang, sedikit beralun, mirip kambing
Warna hitam legam, perang kekuning-kuningan, kelabu, atau biru; perang kekuning-kuningan bertindih dengan hitam
Jangka hayat 10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing Brie

Anjing gembala Brie[a] atau hanya anjing Brie atau briard[b] ialah satu baka anjing gembala besar Perancis, yang secara tradisional digunakan untuk kedua-dua penggembalaan dan penjagaan biri-biri. Ia pertama kali ditunjukkan dalam pertunjukan anjing Paris pada tahun 1863; anjing Brie pertama yang didaftarkan dalam Livre des Origines Françaises, iaitu buku pembaka kebangsaan, ialah Sans Gêne pada tahun 1885.[3] Dahulu, ia juga dikenali sebagai anjing gembala tanah pamah Perancis.[c]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Briard berasal dari rantau bersejarah Brie di utara-tengah Perancis dan dinamai sempenanya. Di sana, ia secara tradisional digunakan untuk penggembalaan biri-biri dan untuk pertahanan biri-biri.[3][4]:287 Sebutan bertulis pertama tentang anjing gembala dari Brie dianggap berasal daripada Cours complet d'agriculture karya Jean-Baptiste François Rozier,[5]:41 yang pada tahun 1783 menulis bahawa "chien de Brie" ("anjing Brie") berbulu panjang dan biasanya hitam;[d] yang di dataran terbuka terdapat sedikit bahaya daripada serigala, dan oleh itu anjing itu lebih banyak digunakan untuk penggembalaan daripada untuk pertahanan;[e] dan bahawa anjing gembala mempunyai tugas untuk menghalang biri-biri daripada merayau ke kawasan tanaman atau ladang anggur sehingga dapat menyebabkan kerosakan.[4]:287[f][g] Pierre Mégnin, yang menulis pada tahun 1895, sejelasnya membezakan "Chien de Beauce" ("anjing Beauce") berbulu pendek – anjing gembala Beauce moden – daripada "Chien de Brie" atau "Briard" ("anjing Brie") berbulu panjang.[5]:41[6]:292 Pada tahun 1896, Mégnin meruapakan antara mereka yang mengasaskan Club des chiens de berger français ("Kelab Anjing Gembala Perancis").[5]:42

Berger de Brie ("anjing gembala Brie") pertama kali ditunjukkan dalam pertunjukan anjing pertama Paris pada tahun 1863, dengan kehadiran seekor betina bernama Charmant yang mengambil hadiah. Briard pertama yang didaftarkan dalam Livre des Origines Françaises [fr], buku pembaka kebangsaan, ialah Sans Gêne, pemenang pingat emas dalam pertunjukan Paris pada tahun 1885.[3][5]:42 Piawaian baka diasaskan pada tahun 1897, dengan dua keragaman yang diperihalkan: salah satu dengan lapis bulu wul atau mirip biri-biri, yang satu lagi dengan lapis bulu yang lebih serupa dengan yang pada kambing; jenis wul kemudiannya lenyap. Pada tahun 1909, sebuah persatuan baka, Les Amis du Briard ("Sahabat Anjing Brie"), dibentuk.[5]:42

Angka baka jatuh semasa Perang Dunia Pertama; mana-mana anjing yang dianggap sesuai untuk kegunaan ketenteraan dihantar ke barisan hadapan. Persatuan baka meneruskan aktivitinya pada tahun 1923 dan sebuah persatuan baka saingan telah dibentuk pada sekitar masa sama; pada tahun 1935, persatuan saingan itu menganjurkan pertunjukan baka tunggal pertama untuk Berger de Brie, dengan tujuh puluh lapan peserta.[5]:42 Angka sekali lagi jatuh secara mendadak di bawah pendudukan Nazi di Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Selepas peperangan, kedua-dua kelab baka bergabung dengan nama Club des Amis du Briard ("Kelab Sahabat Anjing Brie").[5]:42

Pada tahun 1954, Berger de Brie diiktiraf sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[7]

Sebahagiannya sebagai akibat daripada penjenteraan pertanian dan pengurangan penduduk luar bandar ikutan pada tahun-tahun pascaperang, Berger de Brie semakin banyak dibela sebagai anjing pendamping. Pada tahun 1970-an dan tahun 1980-an, bilangannya meningkat dengan banyak: pendaftaran tahunan dalam Livre des Origines Françaises meningkat daripada 317 pada tahun 1970 kepada 905 pada tahun 1975, kepada 4101 pada tahun 1980, dan kemudian ke puncak 6364 pada tahun 1986, selepas itu jatuh dengan mendadak; pada satu ketika, kelab baka itu mempunyai lebih daripada 6000 orang ahli, lebih daripada mana-mana persatuan baka Perancis lain pada bila-bila masa.[5]:44 Perselisihan pendapat dalam persatuan mengakibatkan pengusirannya daripada Société Centrale Canine; sebuah persatuan baka baharu, Association du Berger de Brie ("Persatuan Anjing Gembala Brie"), diiktiraf pada tahun 1989.[5]:45 Pada tahun 1996, sepuluh buah persatuan baka Eropah di sembilan buah negara berlainan bergabung untuk membentuk Union Européenne du Berger de Brie ("Kesatuan Anjing Gembala Brie Eropah").[5]:45[8]

Pada tahun 2001, kebutaan yang disebabkan oleh penyakit yang serupa dengan amaurosis kongenital Leber diterbalikkan sebahagiannya pada tiga ekor anak briard oleh para penyelidik di Universiti Cornell dan di Universiti Pennsylvania dengan menggunakan terapi gen.[9]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya panjang (tidak kurang daripada 7 sentimeter atau 2.8 inci), tebal, dan kasar seperti yang pada kambing; warnanya mungkin hitam padu, kelabu, biru, atau perang kekuning-kuningan, atau perang kekuning-kuningan yang bertindih dengan hitam; pengelabuan terlihat sehingga takat berlainan.[1][2] Jantan berdiri setinggi 62–68 cm (24–27 in) pada paras kelasa, betina pula setinggi kira-kira 56–64 cm (22–25 in).[1][2] Ciri luar biasa baka ini ialah kuku embun ganda pada tungkai belakang; piawaian baka menyebut kuku embun tunggal atau ketiadaan kuku embun sebagai kecacatan yang menyebabkan penyingkiran.[1][2]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jawi: انجيڠ ݢمبالا بري; Perancis: berger de Brie, disebut: [bɛʁʒe də bʁi][10]:89
  2. ^ a b Jawi: انجيڠ بري; بريار; Perancis: briard, disebut: [bʁijaʁ]  ( dengar)[10]:108
  3. ^ a b Jawi: انجيڠ ݢمبالا تانه ڤامه ڤرنچيس‎; Perancis: chien de berger français de plaine
  4. ^ a b "... le poil long sur tout le corps; le noir est la couleur dominante"
  5. ^ "Dans les pays de plaine, & découverts, où l’on n’a rien à craindre des loups, le chien de berger, plus connu sous le nom de chien de Brie, est plutôt le conducteur, que le défenseur du troupeau"
  6. ^ "Il ... défend les blés, les vignes, que les moutons auroient bientôt dévastés, s’il leur étoit permis de vaguer çà & là."
  7. ^ Atas sebab-sebab yang tidak jelas, beberapa sumber[1][2][3]:41[5] mentarikhkan sebutan berger de Brie ke tahun 1809. Rozier meninggal pada tahun 1793; jilid ketiga karya beliau Cours complet d'agriculture diterbitkan pada tahun 1783.
Ralat petik: Tag <ref> dalam <references> mempunyai atribut kumpulan yang bercanggah, "".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Standard FCI N° 113 BERGER DE BRIE" [Piawaian FCI No. 113 Anjing Gembala Brie] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 23 Januari 2009. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 113 BERGER DE BRIE (Briard)" [Piawaian FCI No. 113 Anjing Gembala Brie] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jennifer Mulholland. 23 Januari 2009. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c A la découverte du Berger de Brie (Perancis). Association du Berger de Brie. Diarkibkan pada 16 Februari 2009.
  4. ^ a b Jean-Baptiste François Rozier (1783). Cours complet d'agriculture théorique, pratique, économique, et de médecine rurale et vétérinaire, suivi d'une Méthode pour étudier l'agriculture par principes, ou Dictionnaire universel d'agriculture, par une société d'agriculteurs, et rédigé par M. l'abbé Rozier, jilid ke-3 (Perancis). Paris, Perancis: Rue et hôtel Serpente. (transkripsi moden)
  5. ^ a b c d e f g h i j Philippe de Wailly (1998). Les bergers français (Perancis). Paris, Perancis: Éditions Solar. ISBN 2263026584.
  6. ^ Pierre Mégnin (1895). Les chiens de berger: §1. Les chiens de berger français (Perancis). Revue des sciences naturelles appliquées, tahun ke-40. 1895 (1): 289–298. Paris, Perancis: Société nationale d'acclimatation de France.
  7. ^ "FCI breeds nomenclature: Berger de Brie (113)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  8. ^ Some information about the Union Européenne du Berger de Brie (Inggeris). Union Européenne du Berger de Brie. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  9. ^ Universiti Florida. "In Gene Therapy First, Scientists Restore Vision To Dogs Born Blind". ScienceDaily.com (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ a b Marie-Hélène Corréard, Valerie Grundy, Jean-Benoit Ormal-Grenon, Nathalie Pomier (penyunting) (2001). Le Grand Dictionnaire Hachette-Oxford = Kamus Besar Oxford-Hachette, edisi ketiga. Oxford; New York; Toronto: Oxford University Press; Paris, Perancis: Hachette Livre. ISBN 0198603630.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]