Anjing Broholm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Broholm
Seekor anjing Broholm jantan
Nama lain
  • Broholmer
  • Anjing Broholm Denmark
  • Broholmer Denmark
  • Mastif Denmark
Negara asalDenmark
Trait
Berat Jantan 65–90 kg (143–198 lb)
Betina 40–60 kg (88–132 lb)
Tinggi Jantan 75 cm (30 in)
Betina 70 cm (28 in)
Bulu Pendek dengan lapis bulu bawah tebal
Warna Kuning dengan topen hitam; merah keemasan; hitam
Jangka hayat 10–13 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Broholm, broholmer,[a] atau mastif Denmark[b] ialah satu baka anjing mastif besar dari Denmark yang diiktiraf oleh Dansk Kennel Klub dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Ia telah ditugasi kerja anjing pengawal di rumah orang kaya. Bilangan baka ini menyusut dengan mendadak pada Perang Dunia Kedua, tetapi anjing ini pulang dengan berjaya pada tahun 1970-an.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing Broholm betina yang berlari di sebelah basikal

Anjing Broholm Denmark ialah anjing yang sangat menyerupai mastif. Ia besar dan berkuasa, dengan salakan lantang dan mengagumkan dan gaya jalan dominan. Anjing Broholm yang terlatih dengan baik patut tenang, berangin baik, dan ramah, namun berwaspada terhadap orang asing. Betina berdiri setinggi kira-kira 27.5 inci (70 cm) dan berukuran seberat 90–130 paun (41–59 kg). Jantan pula berdiri setinggi kira-kira 29.5 inci (75 cm) dan berukuran seberat 110–150 paun (50–68 kg). Tubuhnya berprofil segi empat sama dan segi empat tepat dengan kepala amat besar. Lebar dan panjang tengkorak dan panjang hidung patut seukuran. Kepalanya pada umumnya tidak terangkat dengan sangat tinggi. Lapis bulunya pendek dan kasar dan warnanya sama ada kuning muda atau keperang-perangan atau hitam. Sesetengah tanda putih pada lapis bulu diizinkan dan topeng hitam mungkin ada. Purata jangka hayat ialah sekitar 7–12 tahun.

Kajian kepala bagi seekor anjing Broholm
Anjing Broholm jantan

Catatan sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini diimport ke United Kingdom pada tahun 2009 dengan pendapat untuk dimasukkan ke dalam senarai import kelab kenel United Kingdom.[1] Pada tahun-tahun kebelakangan ini (2016), anjing Broholm yang diimport ke Amerika Syarikat semuanya didapati mengalami mielopati degeneratif (DM), iaitu gangguan saraf tunjang onset dewasa yang berlaku secara spontan yang menjejaskan anjing dan serupa dengan sklerosis lateral amiotrofik (ALS) atau penyakit Lou Gehrig pada manusia (1). Dengan DM, terdapat degenerasi "jirim putih" bagi saraf tunjang dan saraf-saraf periferi. Saluran jirim putih saraf tunjang mengandungi fiber yang menghantar arahan pergerakan dari otak ke anggota tubuh dan maklumat deria dari anggota tubuh ke otak. Anjing Broholm pertama yang diimport ke Amerika Syarikat dengan niat untuk membiakbakakannya, mati pada tahun 2018 akibat DM, dan semua anjing lain yang diimport mempunyai DM juga. Anjing-anjing ini tidak pernah dipersembahkan dan, oleh itu, tidak pernah diterima oleh Broholmer Selskabet, pertubuhan utama Denmark untuk perlindungan dan pembiakbakaan anjing Broholm sihat. Seekor anjing Broholm jantan yang sihat sepenuhnya, Bodholdts Bedste Bergthor, yang diluluskan untuk pembiakbakaan oleh Broholmer Selskab, diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, ia tidak pernah dibiakbakakan di Amerika Syarikat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ بروهول‌م; بروهولمر; Denmark: broholmer
  2. ^ Jawi: مستيف دينمرک; bahasa Inggeris: Danish mastiff

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cunliffe, Juliette (2004) [1999]. The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Parragon Publishing. m/s. 299.