Anjing Eskimo Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Eskimo Amerika
Anjing Eskimo Amerika (saiz kecil)
Nama lainSpits Eskimo
Spits Eskimo Amerika
Spits Amerika
Spits Jerman
Nama ringkasEskie
Negara asalJerman
Trait
Bulu Lembut
padat
Warna Putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Eskimo Amerika (bahasa Inggeris: American Eskimo dog), spits Eskimo (bahasa Inggeris: Eskimo spitz), spits Eskimo Amerika (bahasa Inggeris: American Eskimo spitz), atau spits Amerika (bahasa Inggeris: American spitz) ialah satu baka anjing teman berasal dari Jerman. Anjing Eskimo Amerika ialah anggota keluarga spits. Sungguhpun namanya dan penampilannya, anjing Eskimo Amerika bukan dari Alaska; warisan anjing ini dijejak semula ke Eropah Utara. Leluhur baka ini ialah spits Jerman, tetapi kerana prasangka anti-Jerman semasa Perang Dunia Pertama, ia dinamai semula "anjing Eskimo Amerika". Sungguhpun anjing Eskimo Amerika moden telah dieksport sebagai spits Jerman besar (atau sederhana, bergantung pada ketinggian anjing), piawaian baka ini sebenarnya kelihatan berlainan. Tambahan kepada khidmat sebagai anjing penjaga dan teman, anjing Eskimo Amerika juga mencapai darjah kepopularan tinggi di Amerika Syarikat 1930-an dan 1940-an sebagai penghibur sarkas.

Ada tiga keragaman saiz baka anjing Eskimo Amerika, mainan, kecil, dan piawai. Ketiga-tiga ini mengongsi keserupaan biasa dengan spits Jepun dan anjing Samoyed.

Anjing Eskimo Amerika kecil, dengan kecerdasan tingginya dan sifat ingin tahunya, akan sukan "menyiasat". Sekiranya menjumpai sesuatu yang sangat menarik ia kerap akan mahu pemiliknya, atau jurulatihnya, untuk turut menyiasat, dan pada masa-masanya tidak akan melepaskan "perkara" itu sehingga orangnya turut serta. Tingkah laku ini kerap dijumpai apabila adanya kanak-kanak, contohnya, sekiranya bayi atau anak sedang menangis, anjing Eskimo Amerika akan mahu tuannya melihat masalahnya dan tidak akan berhenti "merisaukannya' sehingga tuannya melihat. Sifat sungguh "sedar" pada anjing Eskimo Amerika ialah salah satu ciri yang menjadikannya baka yang disenangi di sekitar kanak-kanak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]