Anjing penuding kecil Münster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Münster kecil)
Anjing penuding kecil Münster
Seekor anjing penuding kecil Münster
Nama lainAnjing kecil Münster
Münsterländer kecil
Spion
Heidewachtel
Nama ringkasMunster
Negara asalJerman
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding kecil Münster,[a] anjing kecil Münster, atau münsterländer kecil[b] ialah satu baka anjing pemburu-penuding-pengutip serba guna yang mencapai bentuk semasanya di kawasan di sekitar Münster, Jerman. Anjing penuding besar Münster adalah dari kawasan sama, tetapi dikembangkan daripada ternakan pembiakbakaan berbeza dan tidak berkaitan seperti yang tersebut pada namanya. Anjing penuding kecil Münster menyerupai kedua-dua spaniel dan seter tetapi lebih serba guna sementara memburu di darat dan di air. Anjing penuding kecil Münster diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 7, Seksyen 1.2, Anjing Penuding Benua Jenis Spaniel, oleh American Kennel Club sebagai baka Khidmat Ternakan Asasi,[1] dan oleh The Kennel Club dan United Kennel Club sebagai gundog.[2] Ia berkaitan dengan spaniel Perancis dan Drentsche patrijshond.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing penuding kecil Münster patut mempunyai mata baik hati dan ekspresif

Jantan patut berdiri setinggi 20.5–22 in (52–56 cm) dan betina pula patut berdiri setinggi 19.75–21.25 in (50.2–54.0 cm) pada paras kelasa. Berat berada dalam lingkungan 38–58 lb (17–26 kg) dengan jantan yang lebih besar daripada betina. Dengan binaan bersaiz sederhana yang kukuh dan berharmoni, ia menunjukkan perkadaran seimbang dengan banyak kualiti dan keanggunan. Dalam postur tegak, anjing ini memaparkan garis luar berjela-jela dengan ekor yang terangkat secara mendatar dan cukup lebat. Anjing ini patut kelihatan kuat pada sukuan belakang dan seimbang dengan kepala tersendiri yang tidak terlalu gempal. Tungkai hadapannya cukup berjumbai, tungkai belakang dengan jumbai pelitup. Lapis bulunya patut sederhana panjang, licau, padat, dan lurus atau sedikit beralun. Pergerakan anjing patut atletik, anggun, dan menjangkau jauh.

Pewarnaan anjing ini ialah tompok perang besar pada latar belakang putih berbintik atau padu.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Münsterländer kecil adalah amat cerdas, mudah dilatih, dan penuh perhatian tetapi memerlukan pelatihan lemah lembut dan sabar. Ditambah dengan kecerdasannya, jika ia menentukan bahawa pemilik tidak tekal atau tidak pasti, pemilik mungkin mendapati bahawa anjing berkenaan akan mencabar pemiliknya. Untuk pelatihan, kedua-dua isyarat suara dan tangan digunakan dan münsterländer kecil secara rutin akan memandang ke belakang untuk memeriksa pemburu untuk mendapatkan isyarat senyap pada selangan apabila sedang menahan atau menuding. Ia mempunyai dorongan pemangsa sangat kuat dan suka mengganjari pemiliknya dengan perburuan produktif. Ia bertahan dengan perburuan atau senaman mencabar yang setanding selama sejam atau lebih setiap hari. Ia merupakan perenang kuat, terutamanya jika dibandingkan dengan baka pemburu berbulu pendek lain.

Kekurangan senaman dan cabaran mental kerap dan mencukupi berkemungkinan untuk menghasilkan tingkah laku yang tidak diingini, yang lazim pada baka sangat pintar dan terdorong. Münsterländer Kecil ialah haiwan peliharaan keluarga yang ceria dan penyayang apabila berada di dalam rumah, sambil kekal sebagai pemburu-penuding-pengutip setajamnya bertumpuan, malah terdorong apabila berada di padang. Ia tidak sesuai untuk kehidupan di dalam kenel kerana sifat suka bergaul dan perlu berinteraksi dengan orang ramai – ia perlu tinggal di dalam rumah keluarganya. Münsterländer kecil memilih individu untuk menjalin ikatan paling rapat dengannya, biasanya orang yang berburu dengan anjing ini, tetapi akan berseronok dalam kehadiran ahli keluarga lain. Apabila dibesarkan bersama haiwan peliharaan lain di dalam rumah, seperti kucing, ia dapat hidup bersama dengan gembira walaupun mungkin menikmati permainan kejar-mengejar dan penudingan. Haiwan kecil yang tidak dikenali di luar rumah tidak diterima dengan cara yang sama.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab pertubuhan baka, kenel bertanggungjawab, dan pemilik yang mempunyai komitmen kuat terhadap kesihatan baka ini, program baka adalah terlebih selektif dalam pembiakbakaan anjing yang bebas dari segi OFA/Penn Hip, CERF, dan perangai yang jelas. Hasilnya, kejadian penyakit dan keadaan kongenital adalah amat rendah dan mana-mana anjing yang jelas-jelas menunjukkan keabnormalan fizikal atau tingkah laku akan disingkirkan daripada program pembiakbakaan. Baka ini sangat sihat dengan isu jarang melainkan kulit kering dalam iklim lebih sejuk dan air di dalam telinganya selepas berenang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gangsa Patung Löns

Pada asalnya anjing dibiakbakakan secara eksklusif untuk keluarga bangsawan dan untuk bekerja dengan falkoner keluarga mereka sebelum senjata api digunakan dalam pemburuan burung dan buruan kecil, leluhur münsterländer kecil (dahulunya anjing penuding kecil Münster) perlu bekerja di kawasan tanah tinggi untuk menggarah mangsa untuk falkon, kemudian membolehkan falkon berpegang pada mangsa sehingga falkoner dapat mengutipnya sambil anjing itu menuding ke arah tangkapan. Sehingga kini, münsterländer kecil mempunyai dorongan pencarian dekat dan penudingan cemerlang. Semua keistimewaan dan kekebalan kebangsawanan Jerman sebagai kelas yang ditakrifkan secara perundangan dimansuhkan pada 11 Ogos 1919, dengan pengisytiharan Perlembagaan Weimar, yang mengiktiraf semua orang Jerman sebagai sama rata di hadapan undang-undang negara mereka. Dengan ketersediaan lebih meluas bagi senjata api dan penggunaan tanah untuk orang kebanyakan, perburuan menjadi lebih popular, dan baka ini dikembangkan selanjutnya sebagai anjing pengutip bekerja dengan baik di ladang dan di dalam air. Baka ini dianggap berkesan secara unik dalam kerja sebagai satu pasukan dengan pemburu dalam semua fasa perburuan, serupa dengan kerjasama erat antara gembala biri-biri dengan collie sempadan. Ia merupakan pemburu elit di arena anjing pemburu serba guna dan dilatih untuk mengutip, memburu, dan menjejak yang berikut: woodcock, sintar, grouse, merpati, partridge, chukar, puyuh, kuang, itik, angsa, arnab, rusa, dan rubah. Münsterländer kecil bukan anjing jarak jauh, biasanya memburu dekat-dekat di dalam semak lebih tebal dan dalam jarak 100–150 ela di dalam semak ringan, semuanya dalam usaha untuk mengekalkan perkongsian perburuan dengan pemiliknya.

Münsterländer kecil ialah salah satu daripada empat baka serba gunda tertua dan anjing pemburu serba guna berbulu panjang ber-evolusi daripada münsterländer kecil dan anjing pengutip berbulu rata. Münsterländer kecil dianggap berusia lebih daripada 500 tahun dengan asal usul dari rantau Münster di Jerman tetapi tidak berkaitan dengan münsterländer besar dan pendokumenan leluhur adalah dari sekitar abad ke-13 dan abad ke-14. Menjelang tahun 1800-an, baka ini telah terjerumus ke dalam kekaburan. Münsterlander kecil kurang dikenali kerana dibela oleh sedikit keluarga di ladang di sekitar Münster. Selama setengah abad, anjing sedikit yang dibiakbakakan terutamanya merupakan pendamping dan digunakan semasa perburuan untuk mendapatkan makanan untuk keluarga dan bukannya untuk sukan. Ia membangunkan reputasi tempatan sebagai anjing yang perlu dimiliki apabila kejayaan atau kegagalan pemburu menentukan sama ada keluarganya akan cukup makan. Pada penghujung abad ke-19, usaha bersepadu dibuat untuk mengasaskan baka ini semula daripada susur galur yang tinggal di rantau Münster. Hasil bertuah daripada fasa pendamping dalam sejarah münsterländer kecil ialah keperibadian dalaman cemerlang. Perubahan penggunaan kebudayaan dan hidupan liar secara perlahan-lahan menamatkan "pemburuan roti" dan digantikan dengan perburuan rekreasi. Dengan kemajuan senjata api, falkonri juga menjadi ketinggalan zaman. Pada pergantian abad, Edmund Lons, saudara kepada pemburu dan penyair alam semula jadi masyhur Hermann Lons, menemukan münsterländer kecil di dua buah bandar di Sachsen Hilir. Lons memperoleh anjing daripada dua susur galur. Salah satu susur galur terdiri daripada anjing bertulang halus, tangkas, cergas, dan cerdas, yang cukup terkenal dengan "bunyi jejak" semasa penjejakan. Anjing daripada susur galur lagi satu adalah perlahan dalam pencarian, bertubuh tegap, dan cemerlang dalam penggunaan hidungnya. Latar belakang dan pembiakbakaan anjing ini dapat dijejak kembali selama beberapa generasi.

Kepopularan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Anjing penuding kecil Münster pada titik teguh

Anjing penuding kecil Münster ialah baka jarang di Amerika Syarikat, berjumlah sekitar 2000 ekor anjing, dan permintaan daripada pemburu melampaui bilangan anjing tersedia, maka pembiak baka biasanya memberikan keutamaan kepada pemburu. Ia amat sukar didapati oleh bukan pemburu di sana dan walau apa pun anjing mereka perlu diuji di lapangan dan mematuhi pengekalan profil kesihatan kemas kini. Ia lebih banyak di Jerman, di Belanda, di Denmark, dan di Republik Czech dan dibiakbakakan, dilatih, dan diuji ke paras piawaian tinggi untuk mengekalkan keserbagunaan unggul.

Oleh sebab prevalens sangat rendah dan piawaian tinggi oleh pertubuhan baka, kenel, dan pemilik yang mempunyai komitmen kuat untuk kesihatan baka, atur cara baka adalah terlebih selektif dalam pembiakbakaan anjing dan diperlukan untuk mengekalkan OFA/Penn Hip, CERF, dan perangai jelas. Hasilnya, kejadian penyakit dan keadaan kongenital adalah sangat rendah.

Di United Kingdom, baka ini adalah masih jarang. Ia yang diiktiraf oleh The Kennel Club sebagai baka import pada tahun 2006 masih belum berasas dalam masyarakat pemburu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ کچيل مونستر; Jerman: kleiner Münsterländer Vorstehhund
  2. ^ Jawi: انجيڠ کچيل مونستر; مونسترليندر کچيل; Jerman: kleiner Münsterländer; bahasa Inggeris: small münsterländer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Small Munsterlander - Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ "Breed Standards : Small Munsterlander | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]