Anjing Telom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Telom
Negara asalMalaysia
NaunganAmerika Syarikat
Trait
Berat 18–28 lb (8.2–12.7 kg)
Tinggi 15–18 in (38–46 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Telom (bahasa Inggeris: Telomian dog)[1] ialah satu baka dingo atau anjing yang berasal dari Malaysia. Sungguhpun jarang, baka ini tetap merupakan baka anjing Malaysia yang diketahui tinggal di luar tanah airnya.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing Telom pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing pemburu pengawal haiwan perosak oleh Orang Asli Malaysia. Anjing Telom mengembangkan kebolehan panjat tidak biasa, kerana Orang Asli membina rumah mereka di atas jangkungan untuk mengelakkan haiwan berbahaya di tanah. Ahli kinologi tertentu telah mencadangkan bahawa anjing Telom mungkin merupakan makhluk penghubung antara basenji dengan dingo.[2] Sungguhpun orang asli Tanah Melayu menyimpan anjing, mereka menganggap anjing ini walau bagaimanapun haiwan sial dan berbahaya yang meratapi kematian tuannya. Anjing jalang dianggap betul-betul tidak bertuah, kerana haiwan ini dianggap merupakan syaitan.[3]

Anjing ini ditemui secara rasmi oleh orang Barat pada 1963 oleh ahli antropologi Dr. Orville Elliot, yang menamai baka ini sempena Sungai Telom, tempat beliau pertama kali menjumpai baka ini. Sepasangan anjing dibawa ke Amerika Syarikat, dengan Kelab Anjing Telom diasaskan pada 1970. Pasangan anjing Telom kedua diimport ke Amerika Syarikat pada 1973 semua anjing Telom di Barat dipercayai diturunkan dariapda kedua-dua pasangan bela jinak ini.[2]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing Telom ialah baka kecil dengan belakang memanjang. Bulu pendek dan licin boleh merupakan mana-mana warna sabel, dengan putih dan coretan. Topeng hitam juga agak biasa. Anjing Telom dewasa ialah 15–18 in (38–46 cm) tingginya pada paras bahu dan berberat 18–28 lb (8.2–12.7 kg).[4] Seperti chow chow, baka ini mempunyai lidah biru.[2] Seperti saudara dekatnya, dingo dan anjing menyanyi New Guinea, anjing Telom mempunyai kitaran estrus tahunan tunggal, yang memuncak sepanjang September hingga Oktober.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.dibubasenjis.com/papers/comparison.pdf
  2. ^ a b c d Telomian (Malaysian Telemonian)
  3. ^ Malay magic: an introduction to the folklore and popular religion of the Malay Peninsular, Oleh Walter William Skeat, Charles Otto Blagden, Edisi: berilustrasi, Diterbitkan oleh Routledge, 1965, ISBN 0-7146-2026-2, 685 muka surat
  4. ^ "Telomian standard" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-10-27. Dicapai pada 2007-10-27.
  5. ^ Projek Ternakan Afrika Kelab Basenji Amerika Syarikat, The Basenji Annual Estrus: A comparison to other Canids oleh James E. Johannes