Anjing Weimar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Weimar
Betina berbulu pendek, berusia dua tahun
Nama lainWeimaraner
Anjing penuding Weimar
Nama ringkasRaner
Weim
"Grey Ghost"
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)[1][2]
Betina 25–35 kg (55–77 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 59–70 cm (23–28 in)[1][2]
Betina 57–65 cm (22–26 in)[1][2]
Jangka hayat 11–14 tahun[3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Weimar, weimaraner,[a] atau anjing penuding Weimar[b] ialah satu baka anjing pemburu bersaiz sederhana hingga besar dengan sejarah yang sekurang-kurangnya seawal awal abad kesembilan belas.[4] Anjing Weimar awal digunakan oleh kerabat diraja untuk pemburuan buruan besar seperti babi hutan, beruang, dan rusa. Sebaik kepopularan pemburuan buruan besar mula menurun, anjing Weimar digunakan untuk pemburuan haiwan lebih kecil seperti unggas, arnab, dan rubah.

Namanya diperoleh daripada Großherzog Saxe-Weimar-Eisenach, Karl August, yang mempunyai isi istana baginda, yang terletak di bandar raya Weimar (kini di negeri Thüringen di Jerman masa kini), menikmati perburuan. Anjing Weimar ialah gundog serba guna dan memiliki trait seperti kelajuan, stamina, deria bau tajam, mata bagus, keberanian, dan kecerdasan.[5] Baka ini kadang-kadang dirujuk sebagai "grey ghost" ("hantu kelabu") di dunia anjing kerana lapis bulu seakan-akan hantu dan warna mata serta gaya perburuan senyap-senyap.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Leithund, calon leluhur kepada baka weimaraner[1][2]

Weimaraner dibela di perkarangan istana Weimar pada abad ke-19 dan membawa banyak keleluhuran leithound.[1][2] Dua teori mencadangkan bahawa ia diturunkan daripada chien-gris,[6] atau daripada anjing pemburu Santo Hubert, yang keturunannya ialah anjing pemburu darah.[7] Pada mulanya, Großherzog Jerman Karl August menggunakan weimaraner untuk memburu buruan besar seperti serigala, beruang, dan babi hutan, tetapi apabila bilangan haiwan buruan besar di Eropah berkurangan, weimaraner bertukar menjadi pemburu tuding-dan-kutip untuk buruan kecil.[8] Baka ini tiba di Amerika pada lewat tahun 1920-an dan kepopularannya meningkat pada tahun 1950-an,[8] sebahagian besarnya disebabkan oleh selebriti seperti Grace Kelly, Presiden Dwight D. Eisenhower, dan Dick Clark. Artis dan jurugambar masyhur William Wegman meningkatkan lagi kepopularan baka ini dengan potret dan segmen video anjing Weimar yang terkenal di dunia.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Betina berbulu panjang

Mata anjing Weimar mungkin berwarna ambar muda, kelabu, atau kelabu biru, dan telinganya panjang dan mirip baldu.[perlu rujukan]

Pada November 2009 dan pada 1 Januari 2010, United Kennel Club (UKC) menggugurkan penyingkiran kelayakan daripada anjing Weimar biru and berbulu panjang. Lapis bulu hitam kekal sebagai syarat penyingkiran automatik, walaupun tanda putih kecil di bahagian dada sahaja diizinkan. Anjing dengan lapis bulu biru disingkirkan daripada pertandingan pengakuran/pertunjukan,[9] tetapi diiktiraf sebagai weimaraner baka tulen oleh AKC.

Keragaman berbulu panjang diiktiraf oleh kebanyakan kelab kenel di seluruh dunia kecuali American Kennel Club. Anjing Weimar berbulu panjang mempunyai lapis bulu sutera dengan ekor berjumbai tidak terpotong.[perlu rujukan]

Menurut piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa, anjing Weimar jantan berdiri setinggi 59–70 cm (23–28 in) pada paras kelasa. Betina adalah setinggi 57–65 cm (22–26 in). Jantan biasanya berukuran seberat kira-kira 30–40 kg (66–88 lb). Betina pula pada umumnya 25–35 kg (55–77 lb).[1][2] Anjing Weimar patut memberikan penampilan anjing berotot dan atletik.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Menurut Orthopedic Foundation for Animals, anjing Weimar mengalami kadar rendah bagi displasia. Baka ini ditempatkan di kedudukan ke-102 daripada sejumlah 153 baka dan mempunyai kadar ujian sangat tinggi dan peratusan sangat tinggi bagi penarafan cemerlang dalam kalangan anjing yang diuji.[10]

Isu kesihatan lain termasuk:

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ وايمر;وايمارانر; Jerman: Weimaraner; /ˈvmərɑːnər/
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ وايمر; Jerman: Weimaraner Vorstehhund

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "FCI-Standard Nr.99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  2. ^ a b c d e f g "FCI-Standard N° 99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ O’Neill, D. G.; Church, D. B.; McGreevy, P. D.; Thomson, P. C.; Brodbelt, D. C. (2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" (PDF). The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. PMID 24206631. "n=26, median=12.6, IQR=11.1–13.5"
  4. ^ "Weimaraner" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  5. ^ a b "Weimaraner | Gundog breeds | Gundog Journal". gundog-journal.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
  6. ^ Deep, John. "Weimaraner". 2puppies (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.
  7. ^ Kočov, Dr. Jana. "Weimaraner Breed History". Royal Splendour (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ a b "Weimaraner Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.
  9. ^ Weimaraner Page (Inggeris)
  10. ^ "Weimaraner" (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals.
  11. ^ a b c d e "Weimaraners" (dalam bahasa Inggeris). Canine Inherited Disorders Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2007.
  12. ^ FITZPATRICK, NOEL; SMITH, THOMAS J.; EVANS, RICHARD B.; YEADON, RUSSELL (Februari 2009). "Radiographic and Arthroscopic Findings in the Elbow Joints of 263 Dogs with Medial Coronoid Disease". Veterinary Surgery (dalam bahasa Inggeris). 38 (2): 213–223. doi:10.1111/j.1532-950X.2008.00489.x. PMID 19236680.
  13. ^ a b c d e "List of common problems afflicting Weimaraners" (dalam bahasa Inggeris). Weimaraner Club of America.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]