Anjing air Cantabria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing air Cantabria
Nama lainPerro de lanas
Merlucero
Nama ringkasCWD, PAC
Negara asalSepanyol
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing air Cantabria[a] ialah satu baka landrace anjing yang dikembangkan di pinggir laut Cantabria, Sepanyol utara, sebagai pembantu kepada nelayan. Baka ini telah dikelaskan dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Baka Kementerian Alam Sekitar Sepanyol pada 22 Mac 2011.[1] Ia diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España sebagai keragaman bagi anjing air Sepanyol.[1]

Sejarah keragaman[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing air Cantabria pada awal abad ke-20 di pelabuhan Santander, Cantabria

Anjing air Cantabria ialah populasi leluhur di utara Semenanjung Iberia yang asal usulnya kelihatan sama bagi barbet.[2] Baka ini berakar dari segi sosial, kebudayaan, dan sejarah di bandar-bandar dan di kampung-kampung di seluruh pinggir laut Cantabria dan Asturias timur. Kerja baka ini secara tradisional berkaitan dengan kerja perikanan: pengumpulan ikan yang terjatuh ke dalam air, pengawasan kapal ketika bertambat di pelabuhan, pengambilan tali di antara kapal dengan limbungan, atau peranan sebagai penyelamat nyawa.[3]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Populasi anjing air Cantabria menunjukkan pembezaan morfologi dan genetik jelas yang membolehkan diskriminasi daripada populasi anjing lain dalam kelompok sama dengan taburan geografi dekat. Sebuah kajian genetik menempatkannya hampir dengan anjing air Sepanyol seperti barbet atau pudel.[2] Haiwan ini adalah lebih ringan dan lebih pendek berbanding dengan anjing air Sepanyol, yang dalamnya ia dimasukkan sebelum ini. Oleh itu, 75% jantan dan 38% betina dikecualikan daripada piawaian baka untuk ketinggian pada paras kelasa, sementara dengan menggunakan kriteria berat, 91% jantan dan 80% betina dikecualikan.[2] Lapis bulunya mirip wul dan keriting dan warnanya mungkin hitam, perang, kuning air, atau putih. Jantan biasanya lebih rendah daripada 20 inci (51 cm)} pada paras bahu.[4] Jangka hayatnya ialah kira-kira 12–14 tahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ اءير کنتابريا; Sepanyol: perro de agua cantábrico; bahasa Inggeris: Cantabrian water dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b El Diario Montañés (2011). "Larga vida al perro de agua del Cantábrico" (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2011. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  2. ^ a b c Méndez, S.; Dunner, S.; García, J.A.; de Argüello, S.; Crespo, M.J.; Chomón, N.; Calderón, L.A.; Sañudo, B.; Cañón, J. (2011). "Caracterización del Perro de Agua del Cantábrico" (PDF). Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 60 (231): 405–408. doi:10.4321/S0004-05922011000300022. ISSN 0004-0592. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  3. ^ Asociación Perro de Agua del Cantábrico (2009). "Estándar del Perro de Agua del Cantábrico" (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 31 Mac 2024.
  4. ^ "American Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 31 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]