Anjing belakang permatang Rhodesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing belakang permatang Rhodesia
Rhodesian ridgeback.jpg
Anjing belakang permatang Rhodesia berhidung hitam
Nama lain Anjing singa Afrika
Negara asal Rhodesia/Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe)
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing belakang permatang Rhodesia (Bahasa Inggeris: Rhodesian ridgeback dog) ialah satu baka anjing dikembangkan di Afrika Selatan. Leluhur Eropahnya boleh dijejak semula kepada peneroka awal Jajahan Tanjung di Selatan Afrika, yang menyilangkan anjing mereka dengan anjing pemburu berpermatang separa bela jinak Khoikhoi.

Pada bahagian awal sejarahnya, anjing belakang permatang Rhodesia dikenali sebagai anjing singa Van Rooyen (Bahasa Inggeris: Van Rooyen's lion dog), anjing pemburu singa Afrika atau anjing singa Afrika (Bahasa Ndebele: simba inja; Bahasa Shona: shumba imbwa; Bahasa Inggeris: African lion hound, African lion dog) kerana kebolehannya untuk menahan singa sementara menunggu tuannya untuk membunuh.

Piawaian baka asli didraf oleh F.R. Barnes, di Bulawayo, Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe), pada 1922. Berdasarkan piawaian anjing Dalmatia, piawaian anjing ini diterima oleh South African Kennel Union pada 1927.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tertentu
Umum

Pautan luar[sunting | sunting sumber]