Anjing collie Scotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anjing collie Scotland (Bahasa Inggeris: Scottish collie, Scotch collie) atau anjing gembala Scotland ialah anjing collie dari Scotland dan kawasan di sekitar. Kepelbagaian jenis adalah lebih kerap pada abad ke-17 ke awal abad ke-20. Jenisnya berubah-ubah, tetapi anjing ini biasanya mudah dianggap sebagai anjing collie. "Scotch" digugurkan daripada namnya menjelang penghujung abad ke-20. Sekumpulan kecil penggemar jenis collie fesyen lama telah cuba membangkitkan jenis anjing ini semula, dan menggunakan nama anjing collie Scotland. Malangnya, hanya sebilangan kecil "ciri" jenis fesyen lama wujud, dan lalu penggemar kerap menggunakan baka lain daripada keluarga collie (paling ketara anjing gembala Inggeris, anjing gembala Australia atau anjing collie sempadan) untuk bantu membawa jenis yang dikehendaki semula.

Anjing collie Scotland merupakan nama yang diberikan kepada yang kini biasa dikenali sebagai anjing collie (berbulu kasar dan berbulu lembut). Baka tertentu lain, paling ketara keturunan anjing collie seperti anjing gembala Inggeris, anjing gembala Australia, dan anjing collie sempadan, kadang-kadang juga dirujuk sebagai anjing collie Scotland. Semasa zaman Victoria dan Edward namnya digunakan untuk hampir menggambarkan semua jenis anjing collie berleluhur Inggeris, Ireland, dan Wales. Di sesetengah kawasan, ini menggambarkan anjing mempunyai keserupaan dan jurai keturunan diperoleh dari kawasan sempadan Scotland; Di kawasan lain, untuk anjing dari kawasan tanah tinggi.

Di Amerika Syarikat, istilah ini palng digunakan untuk menggambarkan seluruh baka tempatan anjing collie. Selepas peralian abad ke-20 di Amerika Syarikat, anjing collie Scotland AKC dikembangkan menggunakan anjing terutamanya dari kawasan tanah tinggi Scotland, desa rendah dan kawasan sempadan Scotland dan England. Walau bagaimanapun, anjing collie dari kedua-dua Ireland dan Wales dipercayai termasuk (lihat anjing collie kasar). Anjing collie tanah tinggi cenderung menjadi sedikit lebih besar, tetapi bertulang lebih ringan dan berkaki lebih panjang daripada anjing collie desa sempadan, memerlukan kebolehan untuk mandiri sedikit mungkin, tetapi masih boleh mengurus "biri-biri muka hitam atau Colley" besar dan perengus. Hanya beberapa nama lain yang pernah digunakan untuk merujuk baka ini termasuk: Colley, Shepherd Dog, Cur Dog, Ban Dog, Scottish Shepherd of Sheepdog, English Sheepdog, Smooth English Sheepdog, dan nama-nama lain untuk baka atau baka tempatan anjing sama.[1]

Buku seperti Bob, Son of Battle (Alfred Olliphant) dan Lassie Come Home (Eric Knight; kemudian dijadikan filem besar), dalamnya terkarang tentang anjing collie Sctoalnd yang merupakan satu dan yang sama seperti anjing collie Pada sekitar pertengahan 1900-an penggunaan "scotch" pada umunya digugurkan sebaik baka ini menjadi sangat popular dan "rough/kasar" atau "smooth/lembut" membezakan dua jenis bulu sebagai "anjing collie kasar" dan "anjing collie lembut."[1]

Anjing collie Scotland digunakan dalam pengembangan baka anjing moden seperti anjing gembala Shetland, anjing gembala Australia, anjing gembala Inggeris, anjing collie sempadan, anjing seter Gordon , anjing kelpie Australia, anjing lembu Australia, anjing pengutip keemasan, anjing gembala Jerman, dll. Lihat Anjing collie untuk jenis anjing collie lain dan jenis anjing berkaitan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 A Celebration of the Working Collie, Cindy M. Dorsten c. 2002

Pautan luar[sunting | sunting sumber]