Anjing corgi Wales Pembroke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing corgi Wales Pembroke
Welchcorgipembroke.JPG
Seekor anjing corgi Wales Pembroke
Nama ringkas Pembroke, PWC, Pem, Corgi
Negara asal Wales
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing corgi Wales Pembroke (Bahasa Inggeris: Pembroke Welsh corgi) ialah satu baka anjing gembala yang berasal dari Pembrokeshire, Wales.[1] Ia merupakan salah satu daripada dua baka dikenali sebagai anjing corgi Wales: yang lagi satu merupakan anjing corgi Wales Cardigan. Anjing corgi Wales Pembroke ialah yang lebih mudah daripada kedua-dua baka anjing corgi ini dan merupakan satu baka terpisah dan tersendiri[2] daripada anjing Cardigan.[1] Anjing corgi ialah salah satu anjing terkecil dalam Kumpulan Gembala. Anjing corgi Wales Pembroke dimasyhurkan kerana merupakan baka yang lebih disukai oleh Ratu Elizabeth II, yang pernah memiliki melebihi 30 ekor semasa pemerintahannya.[3] Anjing ini lebih dipilih oleh kerabat diraja British selama melebihi tujuh puluh tahun.

Anjing corgi Wales Pembroke telah ditempatkan di kedudukan #11 dalam Kecerdikan Anjing Stanley Coren, dan lalu dianggap sebagai anjing pekerja cemerlang. Anjing corgi Wales Pembroke ditempatkan sebagai anjing ke-25 paling popular pada 2011.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • MyCorgi.com (yayasan & jaringan sosial untuk pemilik anjing corgi)
  • Cor.gi (Penggemar Anjing Corgi Gibraltar)