Anjing fousek Czech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing fousek Czech
Czeski fousek 777.jpg
Nama lain Anjing grifon penuding berbulu dawai Bohemia
Anjing penuding Bohemia berbulu kasar
Anjing berjanggut Czech
Negara asal Republik Czech
Ciri
Nota UKC tidak mempunyai piawaian sendiri: UKC setakat ini menggunakan piawaian FCI
Anjing (Canis lupus familiaris)
Český Fousek have almond-shaped, amber-coloured eyes

Anjing fousek Czech (Bahasa Czech: český fousek), anjing grifon penuding berbulu dawai Bohemia (Bahasa Inggeris: Bohemian wire-haired pointing griffon), anjing penuding Bohemia berbulu kasar (Bahasa Inggeris: rough-coated Bohemian pointer dog), atau anjing berjanggut Czech (Bahasa Perancis: chien barbu tchèque) ialah satu baka gundog serba guna Czech. Ia berbulu dawai, dan mempunyai janggut dan kumis ("hiasan muka") biasa pada baka anjing berbulu dawai. Ada perbezaan dramatik antara saiz anjing betina dengan saiz anjing jantan baka ini.

Anjing fousek Czech difikirkan merupakan satu baka purba, sungguhpun piawaian baka tertulis pertama diasaskan pada abad ke-19. Baka ini hampir pupus pada tahun 1920-an, dan diselamatkan dengan pembiakbakaan dengan stichelhaar.

Anjing fousek Czech digunakan dalam penciptaan ternakan asasi anjing penuding berbulu kasar Slovakia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]