Anjing gembala Beauce

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Beauce
Anjing Beauce
Nama lainAnjing Beauce
Beauceron
Bas-rouge
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 65–70 sentimeter (26–28 in)
Betina 61–68 sentimeter (24–27 in)
Bulu Lapis bulu ganda pendek, licin, dan tebal
Warna Hitam dan sawo matan atau kadang-kadang corak harlekuin
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Beauce[a] atau hanya anjing Beauce atau beauceron[b] ialah satu baka anjing gembala yang berasal dari dataran Perancis Tengah. Anjing Beauce juga dikenali sebagai bas-rouge ("stoking merah").

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Beauce harlekuin (kiri) dan seekor anjing Beauce hitam dan sawo matang (kanan)

Baka ini berdiri setinggi 61–70 cm (24–28 in) dan berukuran seberat 30–45 kg (66–99 lb). Beauceron mempunyai lapis bulu luar keras dan lapis bulu bawah mirip wul yang tumbuh tebal-tebal dalam cuaca sejuk, terutamanya jika anjing berkenaan tidur di ruangan luar. Pewarnaan piawainya merupakan hitam dan sawo matang (sawo matang dirujuk dalam bahasa Perancis sebagai rouge écureuil, "merah tupai") atau, kurang kerap, kelabu, hitam, dan sawo matang yang dipanggil harlekuin. Warna-warna lain, seperti kuning keperang-perangan, kelabu, atau kelabu/hitam yang lazim dahulu, kini dilarang oleh piawaian baka. Lapis bulu harlekuin patut mempunyai lebih hitam daripada kelabu tanpa putih. Pada anjing hitam dan sawo matang, penandaan sawo matang patut muncul dalam dua titik di atas mata, di sisi muncung, yang memudar ke pipi, tetapi tidak sampai ke sisi bawah telinga, juga pada tekak, di bawah ekor, dan pada tungkai dan pada dada. Penandaan sawo matang pada dada patut muncul sebagai dua tompok tetapi plat dada boleh diterima. Pemotongan telinga tidak lagi diizinkan di kebanyakan negara.

Kuku embun ganda ialah ciri anjing Beauce.

Anjing Beauce adalah luar biasa kerana mempunyai kuku embun ganda. Untuk ditunjukkan, anjing gembala Beauce mesti mempunyai kuku embun ganda yang membentuk "ibu jari" cukup terpisah dengan kuku pada setiap tungkai belakang; apa-apa yang kurang akan mengakibatkan penyingkiran daripada pertunjukan anjing. Kuku embun ganda anjing Beauce bersambung dengan tulang (tidak seperti kebanyakan baka) dan sesetengah anjing malah mampu melenturkan setiap satu secara individu.[1][2][3] Beauceron tidak mempunyai masalah kesihatan spesifik baka.[4]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Beauce
Anjing Beauce dengan telinga terpotong

Anjing Beauce dikenali di Perancis sebagai anjing pengawal, pembantu di sekeliling ladang (menggembala biri-biri atau lembu), dan/atau anjing sukan gelanggang (terutamanya pelatihan perlindungan). Baka atletik, sihat, dan berumur panjang ini telah dibiakbakakan untuk menjadi cerdas, tenang, lembut, dan tidak takut.[5] Anjing dewasa biasanya curiga terhadap orang asing dan merupakan anjing pengawal semula jadi cemerlang. Jika tidak terlatih dengan baik, ia dapat menjadi agresif.[6] Ia bertahan dengan baik apabila dibesarkan dalam keluarga tetapi ia dapat tidur di luar, lebih baik untuk bertindak sebagai pengawal (lapis bulu kalis cuaca menjadikannya pengguna kenel unggul walaupun dalam musim sejuk paling sejuk). Ia mempunyai lapis bulu ganda ganda licin yang pendek.[7] Ia merupakan pelajar bersemangat dan dapat dilatih ke tahap tinggi. Walau bagaimanapun, perkembangan fizikal dan mentalnya adalah perlahan berbanding dengan baka serupa lain (cth. anjing gembala Jerman dan anjing gembala besar lain): ia tidak matang secara mental atau fizikal sehingga berusia kira-kira tiga tahun, jadi pelatihannya tidak patut digesa-gesakan. Senaman main-latih sekitar lima hingga sepuluh minit sehari dapat membuahkan hasil lebih baik daripada sesi pelatihan panjang atau berat.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini berasal sebagai anjing gembala di Perancis. Ia pertama kali disebut pada tahun 1587 dan dinamai "berger de Beauce" ("[anjing] gembala Beauce") pada tahun 1809. Kelab baka pertama dibentuk pada tahun 1911. Semasa Perang Dunia Kedua, ia ditugasi sebagai anjing ketenteraan. Di Perancis moden, ia digunakan sebagai anjing pengawal atau anjing polis dan setakat tahun 1989 masih merupakan anjing gembala biri-biri popular.[6][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا بوس; Perancis: berger de Beauce; bahasa Inggeris: Beauce sheepdog; Beauce sheep dog
  2. ^ Jawi: انجيڠ بوس; بوسرون; Perancis: beauceron

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "American Beauceron Club - The Beauceron Standard" (dalam bahasa Inggeris). American Beauceron Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2014. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  2. ^ Pierre Morjarret. "Standard du Berger de Beauce" (dalam bahasa Perancis). Les Amis du Beauceron. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  3. ^ [1] (Perancis) Diarkibkan 5 Julai 2007 di Wayback Machine
  4. ^ "Health Information" (dalam bahasa Inggeris). 2 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2022. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  5. ^ "Beauceron: Dog Breed Selector: Animal Planet" (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  6. ^ a b Morris, Desmond (2002). Dogs : the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). Internet Archive. North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 978-1-57076-219-2.
  7. ^ "Beauceron Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  8. ^ Wilcox, Bonnie (1989). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Internet Archive. Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications. ISBN 978-0-86622-899-2.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Vous et votre beauceron (Perancis), dikarang oleh Pierre Boistel, diterbitkan oleh Editions de l'Homme, 8 Januari 1991, ISBN 2-7619-0900-3, 166 halaman.
  • Les Berger Francais (Perancis), dikarang oleh Philippe De Wailly dan Alain Dupont, diterbitkan oleh Solar, 12 September 1999, ISBN 2-263-02658-4.
  • Beauceron (Inggeris), dikarang oleh Meg Purnell Carpenter, diterbitkan oleh Kennel Club Books, Mei 2007, ISBN 978-1-59378-371-6, 160 halaman.
  • Le Beauceron (Perancis), dikarang oleh Monique Reverdy, diterbitkan oleh Artémis, 21 Mei 2003, ISBN 2-84416-181-2, 144 halaman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Beauceron di Wikimedia Commons