Anjing gembala Mallorca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Mallorca
Seekor anjing gembala Mallorca
Nama lainCa de bestiar
Negara asalSepanyol
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Mallorca[a] atau ca de bestiar[b] ialah satu baka anjing bela jinak,[1] yang digunakan di Kepulauan Balear di Sepanyol, untuk kedua-dua penjagaan dan penggembalaan biri-biri dan sebagai anjing ladang kegunaan umum.[2] Ia merupakan anjing bersaiz sederhana dengan bulu hitam atau hitam dengan tanda-tanda putih pada dadanya. Ia terdapat dalam kedua-dua keragaman berbulu pendek dan berbulu panjang.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun masa ketibaannya tidak diketahui, baka ini tiba dengan penaklukan Raja Chaime I dari Aragon atau tidak lama selepas itu, dan, sepanjang berabad-abad, anjing gembala Mallorca memperoleh ciri-ciri tersendiri, bukan sahaja daripada anjing pulau lain, tetapi juga jirannya di sekitar Laut Tengah.[3] Ia digunakan sebagai anjing gembala untuk lembu, anjing burung, dan untuk menjaga dan mempertahankan rumah.[perlu rujukan] Ia telah mendapat manfaat, di kepulauan itu, daripada kehampiran kelenyapan baka dogo Mallorca.

Pemilihan dan pembiakbakaan terkawal bermula pada tahun 1970-an dan piawaian baka dirangka pada tahun 1980. Prototaip ini diterima oleh RSCPFRCE dan juga diiktiraf oleh badan teratas sedunia, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI), pada 13 September 1982.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing Gembala Mallorca ialah anjing gembala dan pengawal tinggi sehingga 73 cm (29 in) dan sehingga seberat 40 kg (88 lb). Kebanyakan anjing baka ini berbulu pendek, kira-kira sepanjang 1.5–3 cm (0.59–1.18 in) di atas belakangnya, dengan lapis bulu bawah sangat halus dan nipis. Pada keragaman berbulu panjang, helaian bulunya sedikit beralun di belakang dan dapat mencapai panjang lebih daripada 7 cm (2.8 in) pada musim sejuk. Pada keragaman berbulu panjang juga, lapis bulu bawah tertabur dengan baik dan tidak tebal, menunjukkan cahaya warna hitam berlainan. Telinganya, yang sedikit bengkok dari sisi, adalah agak kecil, berbentuk segi tiga, tebal, dan terletak tinggi-tinggi di atas kepala. Warna bulu diperihalkan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa seperti berikut: "Satu-satunya warna yang dapat diterima ialah hitam pekat, hitam normal, dan hitam kumbang. Putih hanya diizinkan pada dada, "tali leher" nipis pada leher dan di arah hadapan dan di arah belakang (...)".[1] Räber menyebut pewarnaan brindle gelap tambahan.[4]

Anjing gembala Mallorca yang bersenam di pergunungan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ماليورکا; Sepanyol: perro de pastor mallorquín; pastor mallorquín; bahasa Inggeris: Majorca shepherd dog; Majorca shepherd; Majorca sheepdog
  2. ^ Jawi: کا د بستيار; Catalan: ca de bestiar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Estándar-FCI N° 321 CA DE BESTIAR (Perro de pastor mallorquín)" [Piawaian FCI No. 321 Ca de Bestiar (Anjing Gembala Mallorca)] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Sepanyol). 30 Ogos 2002. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  2. ^ "Ca de Bestiar (Majorca Shepherd Dog) Breed" (Inggeris) Diarkibkan 21 Februari 2014 di Wayback Machine Go Pets America, Inc.
  3. ^ C, Paula (18 Mei 2019). "11 Majorca Shepherd Temperament Traits (What Makes It Unique?)". Dog Temperament (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2024.
  4. ^ "Der Ca de Bestiar" dalam Räber, Hans Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung (Jerman) jilid 1, Franckh-Kosmos Verlag, Stuttgart, halaman 377, ISBN 3-440-06555-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]