Anjing gembala putih Switzerland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala putih Switzerland
Seekor anjing putih metah di dalam salji
Negara asalSwitzerland
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)
Betina 25–35 kg (55–77 lb)
Tinggi Jantan 60–66 cm (24–26 in)
Betina 55–61 cm (22–24 in)
Bulu tebal, sama ada sederhana panjang atau panjang
Warna putih
Jangka hayat melebihi 10 tahun[1]:68
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala putih Switzerland[a] ialah satu baka anjing gembala Switzerland. Ia diturunkan daripada anjing gembala putih Amerika Utara yang diimport ke Switzerland; anjing gembala putih itu sendiri diturunkan daripada anjing gembala Jerman baka tulen berwarna putih.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman berbulu putih pernah dihalang daripada pendaftaran di tanah airnya Jerman, tetapi di Amerika Syarikat dan di Kanada, pewarnaan ini kekal popular; sebuah kelab baka dibentuk dan anjing putih ini diiktiraf sebagai baka tersendiri, anjing gembala putih.[2]:104

Anjing gembala putih Switzerland berasal daripada anjing jenis ini yang diimport dari Amerika Utara ke Switzerland dari awal tahun 1970-an. Anjing pertama ialah anjing Amerika bernama Lobo, yang lahir pada 5 Mac 1966; anjing lain diimport dari Kanada dan dari Amerika Syarikat.[2]:104[3][4]

Ia diiktiraf sebagai baka di Switzerland pada Jun 1991 dan didaftarkan dalam Livre origin suisse bagi Société Cynologique Suisse.[1]:68[3][4] Ia diiktiraf sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2002 dan diterima secara muktamad pada tahun 2011.[5] Ia diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 2017.[6]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala putih Switzerland bersaiz sederhana dengan berat dalam julat 25–40 kg (55–88 lb) dan ketinggian pada paras kelasa biasanya dalam julat 53–66 cm (21–26 in).[1]:68 Terdapat dua jenis lapis bulu, sederhana panjang dan panjang; lapis bulunya sentiasa putih, sebaik-baiknya dengan kulit gelap.[7] Warna mata berkisar daripada perang terang hingga perang gelap dan berbentuk badam; telinganya tegak, menghala ke hadapan, berbentuk segi tiga, dan sedikit membulat di hujung.[5][7]

Kebolehan penggembalaannya adalah serupa dengan yang pada anjing gembala Jerman.[8] Pendaftaran tidak tertakluk kepada ujian kerja.[3][4]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ڤوتيه سوءيتزرلند; Perancis: berger blanc suisse; Jerman: weisser Schweizer Schäferhund; Itali: pastore svizzero bianco; bahasa Inggeris: white Swiss shepherd dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London; New York: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  2. ^ a b Tamsin Pickeral (2014). Dogs Unleashed (Inggeris). San Diego: Simon and Schuster. ISBN 9781626862739.
  3. ^ a b c "Standard-FCI N° 347 BERGER BLANC SUISSE" [Piawaian FCI No. 347 Anjing Gembala Putih Switzerland] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 28 Ogos 2011. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  4. ^ a b c "FCI-Standard N° 347 BERGER BLANC SUISSE (White Swiss Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 347 Anjing Gembala Putih Switzerland] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh R. Binder. 28 Ogos 2011. Dicapai pada 16 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ a b "Berger Blanc Suisse (347)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  6. ^ New Breed – White Swiss Shepherd Dog (Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan pada 23 Julai 2017.
  7. ^ a b White Swiss Shepherd Dog (Imp) (Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan pada 23 Julai 2017.
  8. ^ Jeanne Joy Hartnagle-Taylor, Ty Taylor (2010). Stockdog Savvy (Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065.