Anjing gembala Podhale Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing gembala Tatra Poland)
Anjing gembala Podhale Poland
Nama lain
  • Anjing gembala Tatra
  • Anjing gembala Podhale
  • Anjing gembala Tatra Poland
Negara asalPoland
Trait
Berat 35–60 kg (77–132 lb)[1]:78
Tinggi Jantan 65–70 cm (26–28 in)[2]
Betina 60–65 cm (24–26 in)[2]
Jangka hayat 10–12 tahun[3]:148
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Podhale Poland[a] atau anjing gembala Tatra[b] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar Poland yang berasal dari Pergunungan Tatra di rantau Podhale di Poland selatan.[1]:78[3]:148 Ia sepenuhnya diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963.[4] Ia merupakan salah satu daripada lima baka anjing yang berasal dari Poland, selebihnya merupakan grehaun Poland, ogar Poland, anjing pemburu Poland, dan anjing gembala tanah pamah Poland.[5]:254

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seperti anjing penjaga kawanan putih besar lain Eropah seperti kuvasz, anjing gembala Maremma, dan anjing gunung Pyrénées, anjing gembala Tatra dipercayai diterbitkan daripada daripada anjing yang dibawa dari Asia oleh pastoralis nomad.[5]:254

Pertunjukan pertama untuk anjing ini diadakan pada tahun 1937. Oleh sebab ia berada di kawasan terpencil di pergunungan, sebilangan kecil anjing ini terselamat daripada peristiwa Perang Dunia Kedua.[6] Menjelang tahun 1954, apabila pertunjukan pertama pascaperang dianjurkan, kira-kira 120 contoh telah ditemukan; sebaik sahaja Związek Kynologiczny w Polsce, kelab kenel Poland, dibentuk semula selepas peperangan, pertunjukan diadakan di Kraków.[6]

Baka ini diiktiraf sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963[4] atau tahun 1967.[6] Ia tidak lagi ditemukan hanya di kawasan asalnya tetapi tertabur di serata sebahagian besar Poland; sesetengah anjing berada di negara lain.[5]:254

Buku pembaka terbuka – anjing tidak berdaftar yang dinilai sebagai anjing tipikal baka ini boleh ditambahkan ke dalamnya. Kira-kira 300 ekor anak anjing lahir pada setiap tahun, dalam kira-kira 50 perinduk. Jumlah pendaftaran baharu tahunan dengan kelab kenel itu ialah 473 pada tahun 2011 dan 383 pada tahun 2012.[5]:254 Bukan semua anjing jenis ini didaftarkan dalam buku pembaka.[5]:254 Pada masa ini, AKC tidak mengiktiraf baka ini.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Ketinggian pada paras kelasa ialah 65–70 sentimeter (26–28 in) untuk jantan dan 60–65 sentimeter (24–26 in) untuk betina.[2]

Ia biasanya hidup sehingga usia antara sepuluh dengan dua belas tahun.[3]:148

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Tatra secara tradisional digunakan sebagai anjing penjaga kawanan ternakan untuk menghalang pemangsa daripada menyerang kawanan biri-biri di rupa bumi gunung-ganang di rantau Podhale. Di Poland moden, ia paling kerap dibela sama ada sebagai anjing pengawal atau sebagai haiwan pendamping.[5]:254

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ڤودهالي ڤولند; Poland: polski owczarek podhalański
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا تاترا; Poland: owczarek tatrzański; bahasa Inggeris: Tatra shepherd dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Bruce Fogle (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London; New York: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  2. ^ a b c "FCI breeds nomenclature: Polski Owczarek Podhalański (252)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  3. ^ a b c Tamsin Pickeral (2014). Dogs Unleashed (Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681.
  4. ^ a b "FCI-Standard N° 252 POLSKI OWCZAREK PODHALANSKI (Tatra Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 252 Anjing Gembala Podhale Poland (Anjing Gembala Tatra)] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dikemaskinikan oleh Dr. Paschoud. 14 Julai 1997. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ a b c d e f Anna Radko, Dominika Rubiś, Agnieszka Szumiec (2018). Analysis of microsatellite DNA polymorphism in the Tatra Shepherd Dog (Inggeris). Journal of Applied Animal Research 46 (1): 254–256. doi:10.1080/09712119.2017.1292912
  6. ^ a b c Joanna Kania-Gierdziewicz, Maciej Gierdziewicz, Bartłomiej Budzyński (2015). Genetic Structure Analysis of Tatra Shepherd Dog Population From Tatra Mountain Region (Inggeris). Annals of Animal Science 15 (2). doi:10.2478/aoas-2014-0090.