Anjing grifon penuding berbulu dawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing grifon penuding berbulu dawai
Korthalsgriffon.jpg
Anjing grifon penuding berbulu dawai
Nama lain Anjing grifon Korthals
Anjing grifon penuding berbulu dawai Korthals
Negara asal Belanda
Jerman
Ciri
Tinggi Jantan 22–24 in (56–61 cm)
Betina 20–22 in (51–56 cm)
Bulu Bulu dua lapis padat berdawai. Bulu lapis bawah adalah tebal dan menyediakan penebatan.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing grifon penuding berbulu dawai (Bahasa Inggeris: wirehaired pointing griffon), anjing grifon Korthals (Bahasa Inggeris: Korthals griffon), atau anjing grifon penuding berbulu dawai Korthals (Bahasa Perancis: griffon d'arrêt à poil dur Korthals), ialah satu baka anjing digunakan sebagai gundog. Ia kadang-kadang dianggap berketurunan Belanda, kerana kewarganegaraan pengasas baka ini, Eduard Karel Korthals. Yang lain pula menganggap anjing grifon ini sebagai baka Jerman kerana kenel Korthals, Ipenwoud, terletak di Biebesheim am Rhein, Jerman. Kennelnya di situ selama dua puluh tahun sehingga Korthals membaktikan hidupnya kepada pengembangan dan penyempurnaan anjing grifon penuding berbulu dawai.

Baka ini masah agak jarang di Amerika Syarikat, Kanada, dan United Kingdom sungguhpun pengakuan lama oleh kelab kenel masing-masing, serta FCI (Persekutuan Kinologi Antarabangsa). Anjing grifon penuding berbulu dawai secara tertentu sesuai untuk pemburuan di semak tebal dan di sekitar air, tempat bulu kasarnya merupakan pelindung cemerlang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]