Anjing ladang Denmark-Sweden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing ladang Denmark Sweden)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing ladang Denmark-Sweden
DanishFarmDog.jpg
Anjing ladang Denmark-Sweden
Nama lain Anjing terier Skåne
Negara asal Denmark Denmark
Sweden Sweden
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)
Danish Swedish Farmdog.jpg
Dansk-svensk gardshund.jpg
Danish Farm Dog1604fxcr wb.jpg

Anjing ladang Denmark-Sweden (Bahasa Denmark: dansk-svensk gårdhund; Bahasa Sweden: dansk-svensk gårdshund; Bahasa Inggeris: Danish-Swedish farmdog) atau anjing terier Skåne (Bahasa Sweden: skånsk terrier, skåneterrier; Bahasa Inggeris: Scanian terrier) ialah satu baka anjing yang berasal usul dari Denmark dan Sweden selatan, tetapi kini popular di seluruh Skandinavia. Anjing ialah satu baka asli lama yang dahulu tinggal di landang Denmark timur dan Sweden paling selatan (iaitu di kedua-dua belah Øresund, selat sempit yang membahagikan pulau Zealand milik Denmark dari bahagian selatan dari Semenanjung Skandinavia), berkhidmat sebagai anjing ladang, menjaga orangnya, haiwan ladang dan ladangnya sendiri daripada orang asing dan penceroboh, menangkap tikus dan sebagai anjing pemburu. Ada sesetengah tanda bahawa baka ini berasal daripada baka anjing pincer dan anjing terier pemburu putih British. Anjing ini mempunyai perangai lemah lembut, tetapi masih mempunyai kekuatan untuk menjaga keluarganya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]