Podenco Andalusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing pemburu Andalusia)
Podenco Andalusia
Seekor contoh kecil berlapis bulu licin
Nama lainAnjing pemburu sarang arnab Andalusia
Negara asalSepanyol
Trait
Berat
  • Kecil: 5–11 kg (11–24 lb)
  • Sederhana: 10–22 kg (22–49 lb)
  • Besar: 21–33 kg (46–73 lb)
Tinggi Jantan
  • Kecil: 35–42 cm (14–17 in)
  • Sederhana: 43–53 cm (17–21 in)
  • Besar: 54–64 cm (21–25 in)
Betina
  • Kecil: 32–41 cm (13–16 in)
  • Sederhana: 42–53 cm (17–21 in)
  • Besar: 53–61 cm (21–24 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Podenco Andalusia[a] ialah satu baka anjing pemburu sarang arnab purba Sepanyol yang digunakan untuk memburu buruan kecil di Andalusia, Sepanyol.[1][2] Ia merupakan salah satu daripada empat baka podenco yang diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España.[1] Ia merupakan anjing tangkas yang pada umumnya digunakan untuk memburu itik, arnab, babi hutan, dan unggas.[1][3] Terdapat tiga saiz yang diterima (kecil, sederhana, dan besar) dan tiga jenis lapis bulu (berbulu dawai, berbulu panjang, dan licin).[2][4][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seperti sesetengah anjing pemburu penglihatan Mediterranean lain, podenco kadang-kadang didakwa diturunkan daripada anjing pemburu Mesir seperti tesem atau saluki yang ditaburkan oleh pedangang Fenikia pada abad ke-1 SM.[2] Walau bagaimanapun, hanya mulai tahun 1990 sebuah kelab baka dibentuk untuk menggalakkan perkembangan piawaian baka. Phillipe Bloque-Rentón dan rakan-rakan sekerja di fakulti perubatan veterinar Universiti Córdoba menjalankan kerja penyelidikan yang diperlukan untuk menentukan baka; kajian mereka, yang dibentangkan pada Simposium de las razas caninas españolas kedua (simpsosium baka anjing Sepanyol) pada tahun 1992, diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España pada April tahun itu sebagai piawaian baka pentakrif.[1] Di Sepanyol, podenco Andalusia disertakan dalam Kumpulan V - Spits dan Jenis Primitif, di bawah Seksyen 7, Jenis primitif - Anjing pemburu. Walau bagaimanapun, baka ini tidak diiktiraf sama ada oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mahupun oleh mana-mana persatuan baka anjing antarabangsa lain, kerana jumlah besar padanan dengan piawaian podengo Portugis — hakikat yang menyebabkan keraguan tentang dakwaannya untuk dianggap sebagai baka terpisah.[6] Secara genetik, podenco Andalusia paling berkait rapat dengan grehaun Sepanyol.[7] Pada Januari 2015, ia diiktiraf oleh Verband für das Deutsche Hundewesen di Jerman.[8]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Podenco Andalusia yang berdiri di dalam salji

Terdapat tiga saiz – besar, sederhana, dan kecil – dan tiga jenis lapis bulu – berbulu dawai (cerdeño), berbulu panjang (sedeño), dan licin.[1][4][5][3] Gabungan faktor ini dapat menghasilkan sembilan keragaman berlainan.[2][4][9] Kebolehubahan ini mungkin merupakan hasil adaptasi terhadap mikroiklim berlainan di dalam Andalusia, termasuk pergunungan, tanah pertanian, dan rawa, serta pelbagai buruan yang disasarkan oleh pemburu.[10] Warna lapis bulu berkisar dalam lingkungan daripada putih hingga merah pekat.[5] Podenco Andalusia mempunyai ligasan sepantas derapannya.[3]

Seperti anjing pemburu sarang arnab lain, podenco ini mempunyai penglihatan, pendengaran, dan deria bau cemerlang.[2][11][3] Ia terkenal kerana gaya perburuan berkaedah, serta stamina dan daya ketahanan semasa bekerja dalam musim sejuk ringan dengan kerpasan tidak nalar dan musim panas kering, hangat, dan cerah di Andalusia.[11][3] Podenco Andalusia ialah anjing bersemangat, penyayang, dan setia kepada tuannya, tetapi berwaspada dengan orang asing.[3]

Podenco Andalusia digunakan sama ada secara tunggal, berpasangan, atau sebagai sebahagian daripada kawanan perburuan besar yang dikenali sebagai rehala. Podenco Andalusia kecil dan sederhana memburu arnab dengan salah seekor anjing yang memasuki semak berduri untuk mengusir arnab ke luar, sementara anjing lain duduk menunggu untuk menangkap arnab itu.[3] Anjing sederhana dan lebih kecil mencari-cari rusa atau babi hutan, sementara anjing lebih besar digunakan untuk menyerang mangsa.[3]

Podenco Andalusia (sisi hadapan)

Salah satu fungsi paling tipikal bagi anjing pemburu Andalusia ialah yang dipanggil quitaor[12] yang mengiringi collera[13] grehaun Sepanyol semasa pemburuan kelinci. Kerja quitaor terdiri terutamanya daripada penggarahan kelinci ke luar dari sarang atau tempat persembunyian dan pembunuhan kelinci itu; kemudian, bersama-sama dengan grehaun itu, mengutip kelinci itu untuk pemilik. Rumah ladang di Andalusia menggunakan anjing lebih besar sebagai anjing pengawal dan anjing lebih kecil digunakan untuk membunuh rodensia.[3]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ڤوديڠکو اندالوسيا; انجيڠ ڤمبورو سارڠ ارنب اندالوسيا; Sepanyol: podenco andaluz; bahasa Inggeris: Andalusian podenco; Andalusian warren hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e González, A.; Luque, M.; Rodero, E.; González, C.; Aguilera, R.; Jiménez, J.; Sepúlveda, N.; Bravo, S.; Herrera, M. (2011). "Use of Morphometric Variables for Differentiating Spanish Hound Breeds: Uso de Variables Morfométricas para la Diferenciación de Razas de Sabueso Español". International Journal of Morphology (dalam bahasa Inggeris). 29 (4): 1248–1255. doi:10.4067/S0717-95022011000400030.
  2. ^ a b c d e Morris, Desmond (2002). Dogs : the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 1-57076-219-8. OCLC 49515650.
  3. ^ a b c d e f g h i "Andalusian Warren Hound RSCE Standard No. 401 (Not Accepted FCI)" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. 1992. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b c González Rodríguez, S.; Barba Capote, C. J.; Molina Alcalá, Antonio; Delgado-Bermejo, J. V. (1998). "Estructura poblacional del Podenco Andaluz" [Struktur populasi podenco Andalusia]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 47 (293). ISSN 1885-4494.
  5. ^ a b c Lama, L.; Barba Capote, C.J.; Delgado-Bermejo, J.V. (1998). "Contribución al estudio faneróptico en la raza canina Podenco Andaluz: Contribution to phaneroptical study in andalusian hound dog breed". Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 47 (178–179): 207–211.
  6. ^ "El Club Nacional del Podenco Andaluz". El Club Nacional del Podenco Andaluz (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 22 Mac 2024.
  7. ^ Morera, L.; Barba, C.J.; Garrido, J.J.; Barbancho, M.; de Andres, D.F. (1999). "Brief communication. Genetic variation detected by microsatellites in five Spanish dog breeds". Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 90 (6): 654–656. doi:10.1093/jhered/90.6.654. PMID 10589516 – melalui Oxford Academic.
  8. ^ "Der VDH erkennt vier neue Rassen national an » VDH.de". Verband für das Deutsche Hundewesen (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 22 Mac 2024.
  9. ^ Fuentes Garcia, F.; Aparicio Macario, J. B.; Herrera Garcia, M. (1985). "Ethnological study on the big Andalusian Podenco dog". Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 34 (129): 169–182. ISSN 0004-0592.
  10. ^ Delgado, Juan V.; Lobo, M.; Capote, Cecilio Barba (1998). "Plan de preservación para las variedades minoritarias de la raza canina Podenco Andaluz" [Rancangan pemuliharaan untuk keragaman minoriti baka anjing podenco Andalusia]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 47 (178): 491–495. ISSN 0004-0592 – melalui Dialnet.
  11. ^ a b "Spain's Andalusian Hound". National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). 6 Mac 2022. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  12. ^ Quitaor ialah perkataan dialek Andalusia yang sepadan dengan quitador bahasa Sepanyol Castilla. Anjing pemburu dengan peranan ini dilatih untuk tidak makan atau merobek mangsanya.
  13. ^ Menurut Diccionario de la lengua española, dalam bahasa Sepanyol Andalusia, perkataan collera ditakrifkan sebagai Pareja de ciertos animales, seperti dalam Una collera de pavos ("sepasang haiwan, seperti sepasang ayam belanda"). Dalam perburuan, pasangan tidak perlu terdiri daripada jantan dan betina, namun maksud collera biasanya berkenaan dengan pasangan mengawan.